Wednesday 9 March 2011

Kota Qom, Sayyidah Fatimah Maksumah dan Ayatullah Khomeini(sempena kembalinya Ayatullah Khomeini ke Kota Qom setelah 15 tahun di dalam buangan pada RabiulAkhir 1399 hijrah )



               



Berkata Imam Jaafar Sadiq a.s( lahir pada 83H dan telah diracun oleh Khalifah Al-Mansur Abbasiyah tahun 148H dan
lapisan kelima zuriat nabi Muhammad s.a.w yang dikatakan oleh Imam Malik bin Anas.”Aku tidak pernah melihat seorangpun lebih Faqih dari Imam Jaafar Sadiq a.s”)
dengan melontar persoalan kepada  seorang yang bernama Affan Al-Basri.
Adakah kamu tahu kenapa dinamakan Qom(Qom didalam bahasa Arab bererti” bangunlah”)?
Aku menjawab:Allah ,Rasulnya dan tuan lebih mengetahui.
Beliau berkata:Bahawasanya dinamakan Qom kerana ahlinya akan berhimpun bersama-sama dengan( Qaim) (Imam Mahdi yang bergelar Al-Qaim yakni orang yang akan bangun dari keturunan nabi Muhammad di akhir zaman) , bangun bersama-samanya dan istiqamah membantunya (Rujuk kitab Biharul Anwar Majlisi jilid57 m/s 216)
Ya , perkara kebangkitan penyelamat umat manusia di akhir zaman (dengan nama dan panggilan yang berbagai didalam agama-agama dan yang dipanggil Imam Mahdi di dalam Islam) adalah satu hakikat yang disepakati walaupun tahap kepercayaan,penghayatan dan pembudayaannya adalah berbeza diantara umat dan ianya adalah merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian dan difikirkan secara serius.
Berkata Imam Ja’afar As Sadiq lagi:Sesungguhnya bagi Allah adanya haram (tempat suci) yaitu Mekah bagi Rasulullah adanya tempat suci yaitu Madinah dan bagi Amirul Mukminin(Ali bin Abi Talib)tempat suci yaitu Kufah.Sesungguhnya Qom adalah Kufah yang kecil.Akan diwafatkan seorang perempuan didalamnya dari anak keturunanku bernama Fatimah binti Musa dan dengan syafaatnya akan masuk ke syurga semua para pengikutku.
Salam ke atasmu wahai Puteri Rasulullah , Salam ke atasmu wahai Puteri Fatimah dan Khadijah, Salam  ke atasmu wahai Puteri Penghulu orang-orang beriman, Salam keatasmu wahai Puteri  Hasan dan Hussein. Salam ke atasmu wahai Puteri Wali Allah, Salam ke atasmu wahai Bonda saudaranya Wali Allah, Salam ke atasmu wahai Puteri Musa Ibnu Ja’afar dengan rahmat Allah dan keberkatannya.
Ini adalah sebahagian ungkapan ketika menziarah Sayyidah Fatimah Al-Ma’sumah di Qom, puteri Imam Musa Ibnu Ja’afar Al-Kazim (adindanya imam Ali Ridha a.s yang maqamnya berada di Kota Mashad, Khorasan, Iran) (tempat Lauren Booth iparnya Tony Blair menerima Islam) dan Imam Sadiq juga berpesan :
Sesiapapun yang menziarahi Fatimah Ma’sumah dengan mengenali akan haknya maka ganjarannya adalah syurga.
Qom seperti yang terdapat di dalam kitab Biharul Anwar , ketika Rasulullah s.a.w isra’ ke langit ternampak satu kawasan pergunungan  yang warnanya lebih cantik dari kemerahan za’faran dan lebih wangi dari kasturi lalu Rasulullah s.a.w ternampak seorang tua yang bertopi panjang:
Maka aku bertanya kepada  Jibrail apakah tempat yang lebih cantik dari warna za’faran dan lebih wangi dari kasturi?. Maka jawab Jibrail:itulah tempat pengikutmu dan pengikut pewasimu Ali.
Siapakah orang tua bertopi panjang?
Berkata Jibrail: Dialah Iblis,maka aku berkata, Apakah yang dia mahu dari mereka?
Jibrail berkata: Dia mahu menghalang mereka dari  wilayahnya Amirul Mukminin dan mengajak mereka kepada  kefasikan dan dosa. Maka bersabda Rasulullah s.a.w: Wahai Jibrail bawalah daku turun kepada mereka. Maka Jibrail membawa Rasulullah turun dengan lebih pantas dari kilat dan kelipan mata. Maka aku berkata bangunlah wahai yang dilaknat, bersekutulah kamu dengan musuh-musuh mereka di dalam harta, anak-anak dan perempuan-perempuan mereka. Sesungguhnya pengikutku dan pengikut Ali tiada penguasaan bagimu keatas mereka. Maka dinamakan “Qom” (Biharul Anwar Jilid60, 63 Ilal Syarai’ Jilid2. rujuk 40 hadis fhadilat Qom dan Ahli Qom. Dari Sy Ja’afar Tabatabai Amiri)
Imam Musa Al-Kazim (128H-183H), ayahanda kepada Imam Ali Redha dan Sayyidah Fatimah Ma'sumah lebih seribu tahun dahulu berkata:
Seorang lelaki dari ahli Qom akan mengajak manusia kepada kebenaran dan akan berhimpun bersamanya kaum yang seumpama kepingan besi yang tidak bergoyang ditiup angin kencang dan tidak letih dari berperang dan tidak gentar dan bertawakkal kepada Allah Taala dan akibat yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Nota: Saya menukilkan riwayat ini tidak bermakna saya ahli perang walaupun kita dituntut untuk berperang dengan hawa nafsu sendiri dan ini mengingatkan kita ke zaman perang yang dipaksa ke atas Ayatullah Khomeini oleh kuasa-kuasa besar dan Saddam ketika itu.)
 
Benar seperti yang dikatakan Imam Musa Kazim a.s, sejak sampainya saya ke Iran pada tahun 1983 bulan September sehinggalah kini 2011 yakni sejak zaman hayatnya Al-Marhum Imam Ayatullah Ruhollah Khomeini sampailah beralihnya kepimpinan Faqih kepada Ayatullah Uzma Syed Ali Khamenei dan presiden Ahmadinejad, di zaman perang yang dipaksa Syaitan Besar Amerika melalui ejennya Saddam sehinggalah kehari ini,hakikat inilah yang disaksikan di Iran dan khasnya di Kota Suci Qom.
Imam Ja’afar Sadiq pernah berkata: Akan datang satu masa dimana Kota Qom dan penghuninya menjadi hujjah keatas sekalian makhluk dan ketika itulah zaman keghaiban Qaim dari kami (Imam Mahdi yang akan bangkit dari keluarga Nabi s.a.w) sehingga zahirnya dan kalau tiada hujjah sedemikian maka hancurlah bumi dengan penghuninya.
Setelah kemenangan Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, empat tahun selepas itu saya telah berangkat ke Republik Islam Iran. Mula mempelajari bahasa Parsi di sebuah pekan kecil yang terletak di Wilayah Isfahan, bekas ibu Negara Iran sebelum Tehran, terkenal dengan gelaran “Nesfe Jehan” (Separuh Dunia). Pemandangannya indah, kaya dengan kesenian dan kraftangan, terdapat binaan-binaan bersejarah yang unik, begitu asyik bagi karyawan dan seniman. Dialek Parsi berbeda dari kota-kota Iran yang lain, punya irama ketika bertutur bicara , pantulan keindahan jiwa kecerahan hati.
Dari Isfahan berpindah ke Qom yang jalan dan lorongnya dipenuhi dengan para Rohani()ilmuwan agama yang berjubah dan berserban yang putih warnanya dan hitam dan talabeh-talabeh dari pelusuk dunia, Amerika dan Afrika, India dan China, Arab dan Ajam, Indonesia, Filipina, Jepun, Thailand dan Malaysia pun ada berbagai-bagai Mazhab dan pegangannya semua dengan berkat kewujudan  cicit Nabi Muhammad s.a.w. Manusia suci bernama “Fatimah Ma’sumah" yang wafat dalam  usia yang begitu muda , belasan tahun dalam perjalanan untuk mengubat kerinduan menemui kekandanya Imam Ali Ibni Musa Ar-Ridha pada tahun 201 Hijrah tetapi tidak kesampaian di alam dunia. Keberkatan yang suci ini tidak terbatas di zaman hayatnya semata-mata. Maqam dan martabatnya disisi Allah taala yang semakin tinggi, maka, kesan setelah kewafatannya semakin terserlah dan karamahnya melimpahkan kemuliaan kepada yang berhak, pada diri yang layak.
Ya Fatimah, berilah syafaat kepadaku di dalam syurga
Bagimu satu kedudukan yang begitu tinggi di sisi Allah sehingga tak mampu diungkapkan.
Tiada diskriminasi darjat pada zahir yang berbeza dari segi jantina dan usia satu pencapaian kerohanian yang diluar jangkaan kefahaman manusiawi.Itulah  keindahan dan keunikan Fatimah Ma’sumah ,Hidayah pelosok alam,Ins dan Jaan(manusia dan jin)
Marilah sama-sama kita memohon syafaatnya kerana dengan syafaatnya seluruh pengikut Sadiq Ale Muhammad akan ke syurga.
Kalau Isfahan mendapat jolokan “separuh dunia” hebatnya Qom ialah sebagai(sarang keluarga Nabi Muhammad s.a.w)  .Tempat perlindungan orang-orang tertindas.
Wassalam..
Petua Ayatullah Syed Abdul Kareem Kashmiri:Untuk penyakit yang sukar dirawat bacalah setiap hari Surah An-NAJm  dan hadiahkanlah kepada Imam Zainal Abidin a.s.

Nota:Setingi-tinggi penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas kenyataan beliau mengenai kebenaran beramal bagi mereka yang berfahaman Syiah di negara Malaysia tanah airku.. 

Solawat..

2 comments:

  1. Solawat dan salam ke atas Rasulullah, Ahl Bayt tercinta dan sekalian pengikut mereka.

    Terima kasih atas catatan indah yang sangat menyayat hati. Semoga kesampaian hajat untuk menziarah makam-makam suci tersebut, insyaAllah.

    Solawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Ustaz KamilZuhairi dan semua yang dimuliakan..

      Saya ingin memohon jasa baik semua.. Saya ingin mengenali Mazhab Ahlul Bait.. Disusun sepuluh jari untuk membantu

      0189092459

      Delete