Tuesday 8 March 2011

Kisah bunga di musim bunga




    Riwayat dari imam Jaafar Sadiq a.s bahawa minyak bunga Banafsh(violet) adalah penghulu bagi segala minyak..
    Banyaklah menyapu minyak bunga Banafsh kerana ia menghilangkan sakit kepala dan mata.Sabda Rasulullah s.a.w,jika orang mengetahui faedah-faedah minyak ini, mereka akan banyak memakainya.Rasulullah s.a.w juga bersabda ,redakan kepanasan demam dengan minyak banafsh (violet)(m/s 198 Hilyatul Muttaqin Allamah Majlisi )
Dari Rasulullah s.a.w :Bunga ros menyerikan wajah ,mencurah air bunga ros kemuka menghilangkan keresahan dan ketika menyapu kemuka hendaklah dizikirkan ''Alhamdulillah'' dan bersolawat keatas nabi dan keluarga baginda s.a.w.
Amirul Mukminin berkata:Ini adalah bunga yang terbaik dari bunga-bunga syurga setelah bunga myrtle(mawrid).
    Didalam riwayat mengatakan mencium bunga Nargis (Primrose/Narcissus) dan menyapu minyaknya mempunyai khasiat yang banyak dan apabila Nabi Ibrahim a.s  dilontar ke dalam api ,Allah Taala menyejukkan api itu dan menyelamatkan beliau . Ketika itulah tumbuhnya bunga nargis.
Dari Imam Musa Kazim a.s ,Rasulullah s.a.w bersabda bahawa cecair dari bunga Marzanjush(Mouse-ear flower/Myosotis) adalah penawar bagi mata.Di dalam riwayat lain mengatakan bahawa mencium bunga ini menguatkan deria bau.
    Telah diriwayatkan dari Imam Ali Hadi a.s,barangsiapa mencium bunga dan meletakkannya keatas kedua matanya lalu bersolawat keatas nabi s.a.w dan para Imam a.s, Allah memberi kebaikan-kebaikan kepadanya sekadar padang pasir di antara Mekah ,Syam dan Iraq dan menghapuskan dosa-dosanya sebanyak pasir-pasir di padang pasir.
Rasulullah s.a.w bersabda apabila diberi bunga kepada anda,ciumlah dan letakkan pada kedua mata anda kerana ia berasal dari syurga.
Inilah sekelumit dari kisahnya bunga-bunga di musim bunga  ini.
Semoga kita semua diberkati dengan kedatangan bulan Rabi’ul Akhir(Rabi' bermakna musim bunga.Sabda Nabi s.a.w”bagi setiap sesuatu ada Rabi’(musim bunga) baginya…”
Kita mendoakan agar bulan Rabi’ yang terakhir ini mempunyai Rabi’ yang cukup bermakna bagi kita semua kearah merealisasikan tujuan pengutusan Nabi Muhammad s.a.w.”Innama buisttu li u tammima makarimal akhlaq” bermakna Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Moga kita dihiasi dengan akhlak yang mulia dan cantik secantik bunga-bunga Muhammadi s.a.w di taman syurgawi.Solawat

Petua:Amalkan zikir ''Lailahaillallah'' sekiranya ada lintasan-lintasan fikiran yang tidak keruan(Ayatullah Sy Hashim Haddad) 

6 comments:

  1. Salam wbt.

    Bagaimana saya boleh berhubung dengan Hujjatullah Kamil Zuhairi? Saya ingin bertanya beberapa perkara..

    Moshtakeram..

    ReplyDelete
  2. bukan hujjatullah la el zahra,hujjatul islam...

    ReplyDelete
  3. Asif..
    silap tulis.
    Hujjatullah tu utk para Imam as, mgkin terkesan drp doa tawasul.

    ReplyDelete
  4. moga2 el-Zahra sekeluarga sentiasa dlm lindungan para maksumin...Rasanya Hujjatul Islam Hj Mohd Kamil Zuhairi ni sentiasa sibuk jd cuba el-Zahra dtg je ke Hauzah Ar-Ridha utk bertemu beliau...sekadar cadangan dari saya...

    ReplyDelete
  5. Maaf mencelah. Hauzah Ar Ridha ni kat mn?

    ReplyDelete