Selamat Berpuasa pada 1 Ogos 2011/ 1 Ramadhan 1432 H ( Isnin )
Jalan-jalan untuk membuktikan awal bulan Ramadhan :
1.Mukallaf sendiri yang melihat anak bulan.
2.Dua orang adil memberi penyaksian yang mereka melihat anak bulan.
3.Masyhur yang anak bulan telah kelihatan.(Kemasyhuran yang menghasilkan ilmu).
4.Telah berlalu 30 hari dari awal bulan Sya’ban jika anak bulan tidak kelihatan.
5.Hakim Syara’ telah mengeluarkan hukum tentang tibanya awal bulan.
Soalan : Kalau telah kelihatan anak bulan Ramadhan yang diberkati di sebuah kota, adakah terbukti juga awal bulan di kota- kota lain yang seufuk dengannya ataupun berbeza ufuk dari bandar tersebut sebanyak 2 jam contohnya ?
Jawapan : Jika terbukti kelaziman di antara 2 kota di dalam kemungkinan melihat anak bulan maka kelaziman itu adalah memadai dinisbahkan bagi kota-kota yang lain dan semata-mata perbezaan waktu terbenam matahari tidak dikira sebagai garis panduan.
Jawapan : Yang dimaksudkan sama ufuk ialah satu tempat yang mana kemungkinan/tidak mungkin melihat anak bulan dengan kota yang dimaksudkan adalah sama.
Soalan : Apakah maksud bahawa mujtahid hendaklah mengeluarkan hukum tentang khusus melihat anak bulan supaya ianya mesti diikuti oleh semua dan siapakan yang dirangkumi oleh hukum ini ?
Jawapan : Yang dimaksudkan ialah menzahirkan pandangan tentang penentuan awal bulan dan semata-mata tersabitnya anak bulan di sisi Mujtahid tidak dikira sebagai hukum.Yang dimaksudkan dengan hakim ialah mujtahid yang cukup syarat-syarat. SOLAWAT