Monday 6 June 2011

Kisah Keramat Abu Fadil Abbas a.s





Kisah Saddam di maqam Abu Fadl

Seorang Hindustan yang menetap di Dubai bernama Muhammad Hussein Ghulami berkata : 
 Kami telah pergi ke Karbala menziarahi Abu Fadil Abbas.  Diperkarangan maqam riuh rendah kedengaran teriakan " Ya Abal Fadl "
  
  Pengawal-pengawal keselamatan yang mengawal maqam telah diarahkan untuk menenangkan keadaan tetapi tidak berjaya.  Ketika itu Presiden Iraq, Saddam Hussein tiba di maqam.  Orang ramai tidak mengendahkannya kerana asyik berteriak " Ya Abal Fadl !! " bahakan semakin kuat berteriak.  Tiba-tiba orang ramai memekik " Lihatlah ke Kubah ".
  
  Saddam Hussein ketika itu menoleh ke kubah terlihat seorang Sayyid berserban hijau dengan pedang terhunus di tangan diatas kubah berkata kepadanya " Jika engkau cuba mendiamkan orang-orang ini aku akan pisahkan kepala dari badan engkau ".  Saddam diselubungi ketakutan memerintahkan pengawal-pengawal presiden tidak mengganggu para penziarah lalu keluar dari kawasan maqam. 

Tawassul peniaga kepada Abal Fadl 

Di zaman Nasiruddin Shah di kota Tabriz Iran, salah seorang dari penguatkuasa Shah telah datang untuk memungut cukai kepala atau ufti dari seorang pekedai yang malang.  Pekedai meminta tempoh dan meminta tangguh.  Pada suatu pagi penguatkuasa datang tercegat di pintu kedai awal pagi lalu berkata " Selagi engkau tidak jelaskan cukai kepala aku tidak akan berganjak dari sini !" peniaga berkata " Maafkan aku demi Abal Fadl ".  Penguatkuasa berkata " Kalau Abal Fadl punya kekuatan halanglah aku ".  Peniaga mengeluh lalu berkata " Wahai Abal Fadl, bantulah daku !
  
  Tiba-tiba sahaja kuda tunggangan penguatkuasa Shah menjadi liar dan menggila lalu menghempaskan penguatkuasa ke tanah dan memijak-mijak dada penguatkuasa itu dengan kaki-kakinya sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan keadaan yang dahsyat.

Ziarat Abu Fadil Abbas ibnu Ali bin Abi Talib :





















Sekadar hiasan :


Benteng diri : Tawassul kepada Babul Hawa'ij Abu Fadil Abbas ( Abdallah Abal Fadlil Abbas Dakhilaka )

1 comment:

  1. Peniaga mengeluh lalu berkata " Wahai Abal Fadl, bantulah daku.....Kisah2 syirik seperti ini janganlah poskan buat malu je.Kenapa tak mintak pertolongan dgn ALLAH.

    ReplyDelete