Jannatul Baqi' makam imam-imam Ahlul Bait Imam Hassan, Imam Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad Baqir dan Imam Ja'far Sadiq sebelum diruntuhkan Wahhabi pada 1925 dan setelah diruntuhkan sedangkan mereka inilah yang paling soleh dari segala Salafussoleh yang di dakwa menjadi pegangan para so-called Salafiyyin dan Wahabi. Dimanakah kesolehan anda meruntuhkan makam anakcucu Nabi yang paling soleh. Semua orang tidak dapat ditipu pada setiap masa wahai so-called jaguh-jaguh pembela Salaf ??!! malu anda pada Nabi !!!
Warisan Nabi dan Ahlul Bait dimusnahkan warisan anda diwartakan sebagai monumen dan warisan terpelihara umat Islam. Malu anda dan saya pada Nabi !!!
Berkata Imam Muhammad Al-Baqir ibnu Ali Zainal Abidin ibnu Hussein ibnu Ali ibnu Abi Talib a.s cicit Rasulullah s.a.w kepada Jabir Al-Ansari :
Wahai Jabir apakah memadai orang mengaku dirinya Syiah ( Pengikut Sejati dan Setia Ahlul Bait Nabi s.a.w ) dengan hanya mendakwa dia mencintai kami Ahlul Bait ?
Demi Allah bukanlah Syiah kecuali orang yang bertakwa kepada Allah dan mentaatiNya dan mereka itu tidak dikenali wahai Jabir kecuali dengan tawadhu' ( merendah diri ) dan khusyu' dan beramanah dan banyak zikrullah dan berpuasa dan solat dan berbuat baik kepada ibu bapa dan peduli kepada jiran tetangga dari kalangan orang-orang fakir, miskin, orang-orang yang menanggung hutang dan anak-anak yatim dan benar tutur kata dan mengaji Al-Quran dan menahan lidah dari berkata tentang orang lain kecuali tentang kebaikan dan mereka adalah pemegang amanah kaum kerabat mereka di dalam harta benda.
Berkata Jabir bin Abdullah Al-Ansari : Wahai Putera Rasulullah s.a.w, kami tidak mengenali seorang pun pada hari ini dengan sifat begini.
Berkata Imam Baqir a.s : Wahai Jabir, janganlah pegangan-pegangan dan mazhab-mazhab menyesatkan kamu dimana seseorang itu cukup mengatakan aku mencintai Ali dan berpegang dan berwala' kepada beliau tetapi amal perbuatannya tidak mengiyakannya.
Maka jika ia mendakwa, aku mencintai Rasulullah s.a.w maka Rasulullah s.a.w lebih mulia dari Ali a.s, pantas orang itu tidak mengikuti sirahnya baginda s.a.w dan tidak pun beramal dengan Sunnah baginda s.a.w maka tidaklah bermanfaat langsung dakwaan cintanya kepada Rasulullah s.a.w.
Maka bertakwalah kepada Allah dan beramallah untuk ganjaran yang ada di sisi Allah. Tidak ada hubungan kekerabatan diantara Allah dengan seseorang.
Orang yang paling dicintai di sisi Allah dan paling mulia ialah yang paling bertakwa dan yang paling mentaati Allah . Wahai Jabir, demi Allah tidak dekat kepada Allah kecuali dengan ketaatan dan tiadalah perlepasan dari api neraka bersama kami dan tiadalah hujjah bagi seseorang keatas Allah kerana sesiapa yang taat kepada Allah maka dia pencinta kami dan sesiapa yang mengingkari Tuhan dia memusuhi kami dan wilayat kami Ahlul Bait tidak tercapai kecuali dengan amalan dan kewarakan ( Menjauhkan diri dari dosa ) [ Kitab Al-Kafi Jilid 2 ]
Tahniah kepada semua khasnya Imam Zaman Al-Mahdi Al-Muntazar a.f.s ulangtahun Maulid Imam Mahammad Al-Baqir a.s 1 Rejab 57 Hijrah yang telah syahid pada tahun 114H dengan arahan khalifah Hisham bin Abdul Malik Bani Marwan dan dikebumikan di perkuburan Baqi' Madinah Munawwarah.
Petua Ayatullah Fakhr : Orang yang punya stress disemburkan sedikit semburan mawar di bantal tidurnya, sangat berfaedah untuk menenangkannya dan memperbaiki gangguan saraf.
Sekadar Hiasan :
No comments:
Post a Comment