Soalan 1 : Saya berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bersuluk,apakah caranya?
Jawapan : Jika seseorang itu sebenar-benarnya mencari,meninggalkan dosa dan maksiat adalah cukup dan memadai sepanjang umur,walaupun seribu tahun.
Soalan 2 : Tolong beritahu saya bagaimana untuk menjadi lebih jinak dengan Tuhan dan para Imam yang suci ?
Jawapan : Dengan mentaati Tuhan,Rasul dan Imam serta meninggalkan maksiat di dalam aqidah dan amal perbuatan.
Soalan 3 : Kami ini telah tercemar dengan kekotoran dalaman dan luaran,ubatilah kami dan bimbinglah kami di jalan ini !
Jawapan : Banyakkan berkata (( Astaghfirullah )) dan jangan jemu,percayalah bahawa inilah rawatannya (( Da’ukumuzZunub wa Dawa’ukumulIstighfar / Penyakit kamu adalah dosa-dosa dan ubat kamu adalah Istighfar(minta ampun)-sabda Nabi s.a.w.
Soalan 4 : Saya berhadapan dengan was was,tolonglah bimbing saya untuk menghilangkannya!.
Jawapan : Banyak berTahlil (berkata La Ilaha Illallah)berguna untuk hilangkan was was.
Soalan 5 : Apakah nasihat untuk menghilangkan sombong ?
Jawapan : Banyak Hauqalah (berkata La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim) menghilangkan sombong dan bongkak.
Soalan 6 : Apakah Zuhud yang hakiki ? dan bagaimana kami boleh menjadi orang yang zuhud?
Jawapan : ((Zuhud)) ialah kamu memiliki dirimu dan ketika berbuat atau meninggalkan sesuatu kamu memerhatikan izin Tuhan.
Soalan 7 : Bagaimana nak menghilangkan Su’ Dzon (Buruk sangka)?
Jawapan : Buruk sangka kepada musuh paling ketat yaitu musuh dalaman dan hawa nafsu menyibukkan kamu dan menghalang dari buruk sangka kepada orang lain.
Soalan 8 : Beberapa waktu yang lalu saya telah jatuh cinta kepada seseorang,apa perlu saya buat?
Jawapan : Orang berakal jatuh cinta kepada yang Maha Sempurna,Maha Indah,Yang Maha Bermanfaat,Maha Berkekalan dan mengutamakan kecintaannya keatas cinta yang lain di mana cinta kepada Yang Maha Sempurna mengenepikan keburukan dan bala bencana berbeza dengan cinta yang lain.
No comments:
Post a Comment