Lima Ruh pada Nabi
Di dalam sebahagian riwayat di dalam kitab Usul Kafi telah bertanya Mufaddhal kepada Imam Sadik a.s tentang ilmu Imam.Berkata Imam Sadik a.s : Wahai Mufaddhal sesungguhnya Allah Taala telah meletakkan lima Ruh pada Nabi : Ruh Hayat yang dengannya ia bergerak dan berjalan, Ruhul Quwwah yang dengannya ia bangkit dan berjuang,Ruh Shahwah Yang dengannya ia makan,minum dan bercampur dengan wanita secara halal,Ruh Iman yang dengannya ia beraqidah dan berlaku adil dan Ruhul Qudsi yang dengannya ia memikul kenabian.Apabila Nabi wafat Ruhul Qudsi akan berpindah darinya dan tertakluk kepada Imam.
Air mencari Si dahaga ( Kisah Ayatullah Hasan Zadeh Amuli )
Jika seseorang itu dahaga akibatnya ia akan sampai kepada air.Anda jika dahagakan makrifat-makrifat akibatnya anda akan sampai kepada air.Hikmat di dalam Qadha’ dan Qadar Ilahi adalah begini dimana Si Dahaga mencari air dan air mencari Si dahaga.
Saya kadangkala bermusafir melalui jalan Hezar ke wilayah Amul.Di pertengahan jalan saya perhatikan sungai Hezar yang dengan susah payah melalui batu-batu,bukit-bukau,tanah tinggi dan lurah dan kadangkala terjun berbentuk air terjun membentuk buih-buih ! Saya bertanya kepadanya :
Kenapa begitu tergesa-gesa engkau bergerak ? Dia berkata : Tuan,tanah-tanah yang dahaga banyak sekali yang menantiku dengan mulut-mulut yang ternganga untuk dihilangkan dahaga denganku,maka aku pergi kepada mereka!
Ya,Tuan .Hikmat Tuhan di kalangan benda-benda wujud adanya tarikan,tertarik dan asyik! Insan yang dahagakan Makrifat-Makrifat juga akhirnya menemui air.Sekarang ini banyak sekali air yang menantikan kamu semua wahai orang-orang yang dahaga!.
Solawat.
saya belajar Roh ada sembilan
ReplyDeleteitu sebab boleh mati sebahagian badan, tak maut
(kena angin ahmar sebagai contoh- comma)
Ilmu sebahagian besarnya tidak berkitab
yang menulis kitab adakalanya terbabas di perdayakan syaitan
subhanallah
Kebenaran itu dari Allah
inshallah ya tuan