Monday 13 June 2011

Ahlul Bait a.s:Kuliah Ayatullah Uzma Behjat r.a




Ahlul Bait adalah Nur yang satu
            Ahlul Bait a.s kesemua mereka adalah satu nur (cahaya).Maka itu apabila seseorang bertawassul kepada salah seorang dari mereka,ia akan mendapat jawapan dari yang lainnya.Sepertimana apabila seseorang itu menyampaikan hajat kepada Rasulullah s.a.w,baginda lalu menyerahkan kepada Amirul mukminin Ali a.s dan beliau pula merujukkan kepada Imam Hassan a.s sehinggalah kepada Imam Zaman a.f (Imam Mahdi) kerana pelaksana urusan pada zaman ini ialah Imam Mahdi a.f.
            Ada seseorang di Mashad telah datang kepadaku,berkata: ‘’Semalam di maqam Imam Redha a.s saya telah menyaksikan lima kekeramatan berlaku’’.
            Saya pun telah mendengar dua orang berketurunan Arab telah jatuh sakit yang sangat tenat telah datang bertawassul kepada Imam Redha a.s dan kedua-dua mereka yang datang berasingan itu berkata: Malam setelah tawassul kami didatangi oleh Sayyidah Fatimah Ma’sumah a.s ( adinda Imam Redha a.s yang maqamnya di kota Qom ) di dalam mimpi lalu berkata: “Hajat kamu telah tercapai’’dan kepada salah seorang yang perlukan pembedahan : ‘’Kamu tak perlu pembedahan lagi’’dan kepada yang lainnya: ‘’Kamu begitu kuat menangis.Cukuplah kerana Imam,para penziarah dan rakan-rakan terganggu dengan tangisan kamu’’.
Ahlul Bait punya ittihad ( kesatuan ) dan ittisal (perhubungan ) di antara satu sama lain.
Kita tak kenal insan-insan Ilahi apa lagi Nabi-nabi dan Pewasi (Imam-Imam ).
             Muqorrobun (orang-orang yang hampir kepada Tuhan ) takut akan kejatuhan martabat mereka,bukan sahaja takut akan api neraka. ((Sabartu ala azabika fakaifa asbiru ala firaaqika/aku bersabar akan azabmu tetapi bagaimana dapat bersabar akan perpisahan denganmu)).Ini ialah untuk orang-orang yang sangat tinggi kedudukan dari kita.Kita belum sampai martabat mereka.Salman,Miqdad dan Abu Zar berada di tahap mana?!
Kita tidak kenal mereka ini,bagaimana kita nak kenal Anbiya’ dan Ausiya’?!
Cinta Ahlul Bait Ibadah terbesar
              Mahabbah ( cinta ) dan Wilayat ( Wala’ ) Ahlul Bait adalah satu amalan dan wajib bahkan dari ketaatan-ketaatan dan kewajipan terbesar.((La Yunada Bishai’in kama nudia Bil Wilayah/Tidak diseru kepada sesuatu sepertimana diseru kepada Wilayat/kepimpinan Ahlul Bait a.s)).
              Solat,Puasa,Zakat dan Haji adalah wajib. Mahabbah,semakin besar ia kesannya keatas amalan-amalan lain juga lebih besar.Al-Qur’an berkata ((…Mawaddata Fil Qurba/…kecintaan kepada kerabat Nabi )) Kalau ada perkara lain yang lebih baik dari Mawaddah Qurba,sudah pasti diterangkan.
Malang sekali kita cinta,mahabbah kepada mereka tetapi tidak berada di jalan dan maktab mereka.

Petua Ayt Behjat r.a : Banyak bersolawat (( Allahumma Salle Ala Muhammadin Wa Ale Muhammad )) dengan penuh aqidah untuk redakan kemarahan.

No comments:

Post a Comment