Friday, 24 June 2011

Bantahan terhadap Sinar Harian ( Artikel menghina Imam Khomeini r.a )







24 JUN 2011
KENYATAAN AKHBAR

BANTAHAN TERHADAP SINAR HARIAN BERHUBUNG ARTIKEL
RAHSIA DEMONSTRASI IRAN 1970 OLEH ABU NUMAIR NAWAWI SUBANDI



Kami dari NGO ArRidha menyatakan bantahan terhadap akhbar Sinar Harian dan penulisnya Abu Numair Nawawi Subandi atas artikel bertajuk ?Rahsia Demonstrasi Iran 1970? yang menimbulkan kemarahan dan kebencian masyarakat Malaysia terhadap Republik Islam Iran yang berpaksi kepada penganut Mazhab Syiah yang berjumlah 700 juta orang seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Akhbar Sinar Harian dan penulisnya dengan sengaja ingin mencetuskan huru-hura dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam seluruh dunia khasnya di Malaysia.

Artikel yang diterbitkan oleh akhbar Sinar Harian pada 18 Jun 2011 telah mengundang bencana perpecahan ummah yang dilarang dan bercanggah dengan ketetapan kitab suci Al-Quran yang diguna pakai oleh Mazhab Ahlus Sunnah dan Mazhab Syiah Imamiah.

ArRidha ingin menafikan segala tohmahan serta fitnah yang melampau yang dilemparkan di akhbar tersebut yang merupakan pelanggaran etika kewartawanan sejagat. Kerendahan hati budi penulis dan akhbar tersebut mencerminkan kerendahan akhlak, peradaban dan ketamadunan kemanusiaan.

Provokasi penulis dan akhbar Sinar Harian dengan mengaitkan Abdullah Saba? dengan Mazhab Syiah adalah satu tindakan ?illiterate?, ?unislamic? dan ?barbarian?.

Tuduhan kononnya Mazhab Syiah mencaci maki sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. hasil seminar berkaitan Syiah di Al-Madinah International University, Shah Alam pada 15 Mei 2011 adalah keterlaluan dan fitnah untuk mengaburi masyarakat melalui agenda terancang penghapusan kepercayaan 700 juta pengikut Mazhab Syiah seluruh dunia.

Fitnah menghubungkaitkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, isu-isu penaklukan Afghanistan dan Iraq oleh Amerika Syarikat didalangi oleh Syiah, dengan keterlibatan Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat mencerminkan penulis dangkal memahami  dan mempelajari realiti ?global economic politic?.

ArRidha mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan undang-undang atas penyiaran artikel oleh akhbar Sinar Harian dan penulis (Abu Numair Nawawi Subandi) bertarikh 18 Jun 2011 yang mencetuskan keretakan hubungan diplomatik antara Republik Islam Iran dan kerajaan Malaysia yang sedia terjalin selama ini.

ArRidha mendesak akhbar Sinar Harian dan penulis yang rendah moral ini agar memohon maaf secara terbuka atas kebiadaban melaknat  Almarhum Ayatullah Imam Khomeini kepada Republik Islam Iran dan seluruh penganut Mazhab Syiah yang berjumlah 700 juta. Sekiranya engkar kami (700 juta pengikut Mazhab Syiah) memohon kehadrat Allah swt memulangkan perkataan laknatullah tersebut kepada akhbar Sinar Harian dan penulisnya.


ArRidha Press

1 comment: