Friday, 17 June 2011

MEMORANDUM OF PROTEST ( UNITED NATION )












Penindasan Syiah : ArRidha Serah Memo Ke PBB

17 Jun 2011

ArRidha telah menyerahkan memorandum bantahan penindasan terhadap pengikut
Mazhab Syiah di Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di
Bukit Damansara pagi tadi. Memorandum tersebut diterima oleh Penasihat
Keselamatan PBB di Malaysia Singapura dan Brunei, Devendra Patel.

Penyerahan memorandum tersebut dihadiri sekitar 11 orang wakil pengikut
Mazhab Syiah dan berlangsung dengan aman sekitar 15 minit dengan dikawal
rapi oleh sepasukan Polis DiRaja Malaysia.

Di dalam memorandum tersebut, ArRidha mengecam tindakan Marzuki Hussin
(Ketua Pengarah JAIS), dan sebahagian laporan media yang menggambarkan
Syiah sebagai “kafir”, “musyrik”, “sesat”, dan mazhab ini perlu
dihapuskan. Tindakan ini bertentangan dengan pendirian Malaysia di persada
antarabangsa sebagaimana yang dipersetujui pada deklarasi OIC di Islamabad
(RESOLUTION NO. 28/34-POL ON STRENGTHENING THE ISLAMIC UNITY). Deklarasi
ini turut didokumentasikan di PBB : A/61/981 S/2007./656, antara lain
menyebut Mazhab Syiah Imamiyyah diiktiraf sebagai Mazhab yang SAH.

Kecaman turut dibuat ke atas tindakan JAIS menceroboh Majlis Kebudayaan
dan Kesenian bersempena hari ulang tahun kelahiran Fatimah AzZahra, puteri
Nabi Muhammad s.a.w, pada 24 Mei lalu. Majlis tersebut dihadiri lebih 1500
orang tetamu dari pelbagai Agama, Bangsa, dan lapisan masyarakat yang
sebenarnya merujuk kepada keharmonian pelbagai kaum dan agama.

Terdahulu, ArRiha yang telah menfailkan saman terhadap bekas ketua
pengarah JAIS, Utusan Malaysia, dan JAIS, turut meminta masyarakat
Malaysia tidak termakan dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dan
menggesa pihak berkuasa agama khususnya JAKIM untuk berdialog.


ArRidha Press



Nota:
Takziah sempena kewafatan Srikandikarbala Sayyidah Zainab Kubra binti Amiril Mukminin Ali bin Abi Talib(as) 15 rejab kepada seluruh umat Islam khasnya Imamul Asri Wazzaman Al Mahdi(ajf). 
Sila layari  makalah 'JADILAH SEPERTI ZAINAB(AS) di   srikandikarbala.blogspot.com
Solawat.

1 comment:

  1. salam ustaz. kami mahasiswa uitm shah alam mendoakan ustaz agar sentiasa berada dibawah naungan yang maha esa. setiap kali diuji, difitnah, sebenarnya disitulah kekuatan kita. kerana kita kuat, mereka takut pada kita.

    insha allah...segala pertolongan akan Allah uruskan buat pejuang dan pecinta AB.

    ReplyDelete