Sunday, 12 June 2011

Tawakkal,Cenderahati Maulid Imam Jawwad a.s.






Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan memberinya rezeki dari tempat yang tidak ia duga dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melangsungkan perintahNya.Sungguh Allah menjadikan kadar bagi tiap-tiap sesuatu.(At Talaq 2,3).
      
         Makna Tawakkal ialah bergantungnya hati kepada Allah di dalam semua urusan dan terputus dari selain Allah.

Nota: Melakukan urusan-urusan menggunakan sebab-sebab tabie tidaklah bertentangan dengan Tawakkal jika hati tidak bergantung kepada sebab-sebab tersebut bahkan kebergantungannya adalah kepada Allah Taala.Ini memberi perlepasan kepada manusia untuk mendapat kehendaknya yang dikurniakan Allah tanpa melalui sebab-sebab tabie samaada untuk mendapat sesuatu manfaat atau menghindarkan sesuatu kemudharatan atau menghilangkan sesuatu yang merosakkan.
         
       Adalah Tawakkal itu terhasil dengan (1) Kekuatan Kalb/ hati dan (2) Kekuatan Yakin.Betapa di sana terdapat keyakinan tanpa kekuatan hati,tiada tuma’ninah disebabkan oleh waham-waham yang menguasai seseorang itu. (Al Baqarah 260:Awalam tu’min? Qaala Bala Walaakin Liyathmainna Qalbi/Apakah kamu tidak beriman?Ia berkata aku beriman tetapi untuk mententeramkan hatiku.)

      Betapa contohnya seorang Yahudi atau penganut apa sahaja pegangan(agama,bukan agama,mazhab,sesat atau tak sesat ikut dakwaan masing-masing)kuat hati kepada pegangannya tetapi tiada yakin,hanya sekadar dhzon sahaja(nak buat camna dah jadi orang suruhan kata dia atau nak jaga periuk nasi kata dia.Pada hal Tuan dia tu dua kali lima macam dia jugak,lalat atau bari-bari hinggap batang hidung dia pun tak mampu nak halau…Yang peraun pun terbenam dalam laut,yang Qorun pun kena telan dengan bumi,hangpa toksah dok eklah…La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azeem.Wasaya’lamullazina Zalamu Ayya Munqalabin Yanqalibuun )
         
           Adapun Tawakkal itu (1)Di dalam semua perkara atau (2)Di dalam sebahagian perkara.
Allahummaj’alna minal Mutawakkilin.Wassalam
         
         Adapun malam ini (malam 10 Rejab,malam maulidnya Imam Muhammad Taqi Al Jawwad,Imam ke Sembilan Ahlul Bait yang lahir pada tahun 195H dan syahid pada 220H.Tahniah kepada semesta alam khasnya Al Imam Al Mahdi a.f.
          
           Cenderahati sempena Birthday Anniversary Imam untuk kita ialah sabda beliau:
‘’Kemuliaan Mu’min ialah kayanya ia dari bergantung kepada manusia.Sesiapa yang bergantung kepada selain Allah,Allah akan menyerahkannya kepada orang tersebut.’’


            Petua: Zikir 10 kali ‘’Ya Allahu’’sebelum memohon sesuatu hajat dari Allah.
  Atau ‘’Ya Allahu Rabbi’’ sehingga putus nafas sebelum minta hajat dari Allah.Solawat.

No comments:

Post a Comment