Wednesday 8 June 2011

KENYATAAN MEDIA







ArRidha 8 Jun 2011

Kuang - Siasatan terhadap empat orang yang ditahan JAIS semasa Sambutan
Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fatimah AzZahra Puteri Nabi Muhammad S.A.W
pada 24 Mei 2011 lalu, telah dilanjutkan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Barat membebaskan Orang Yang Disyaki (OYDS) dengan jaminan RM1500
setiap seorang bagi membantu siasatan walaupun pada awalnya dicadangkan
sebanyak RM2000 dengan dua orang penjamin setiap seorang oleh Pegawai
Penyiasat, Mohd Nordin Abdullah.

Keempat-empat OYDS, Mohd Kamilzuhairi, Raden Ahmad Faizul, Syed Mohd
Syafiq dan Mohd Ashraf disiasat mengikut Seksyen 12(c) dan 52, Enakmen
Jenayah Syariah Selangor 1995. Hakim turut memerintahkan Pegawai Penyiasat
menyiapkan fail siasatan dengan segera bagi sebutan semula kes ini pada 7
Julai 2011. Terdahulu, prosiding mahkamah yang sepatutnya bermula jam 8
pagi itu bermula lewat empat jam disebabkan masalah "teknikal" yang
dihadapi oleh pihak JAIS.

Pada 24 Mei 2011 lalu, berdasarkan maklumat yang diterima, Penguatkuasa
JAIS bersama-sama anggota Polis, serta Majlis Perbandaran Selayang,
menahan OYDS pada operasi yang dinamakan OPS MEMBANTAH SAMBUTAN FATIMAH
AZZAHRA di Dataran Padang Rakyat Sri Gombak. ArRidha menegaskan majlis
tersebut sebenarnya berbentuk perpaduan sesama rakyat Malaysia yang turut
dihadiri oleh wakil pemimpin pelbagai agama, serta masyarakat setempat.


Mohd Kamilzuhairi,
Pengarah ArRidha


1 comment:

  1. salam..

    ikhwan di pontianak turut mendoakan segala kebaikan dan berkah Ahlul Bait as bagi ikhwan di Malaysia..

    Allaahumma shalli 'alaa Muhammad wa aali Muhammad

    ReplyDelete