Thursday 16 June 2011

Saman Utusan, Khusrin dan JAIS





KENYATAAN AKHBAR

16 Jun 2011
ArRidha, sebuah NGO pengikut Mazhab Syiah Imamiyyah melalui pengerusinya
Haji Mohd Kamilzuhairi Bin Haji Abd. Aziz, telah memfailkan saman terhadap
Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (defenden pertama), Datuk Muhammad Khusrin
Bin Munawi (defenden kedua), dan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS)(Defenden ketiga) di Komplek Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.
Tindakan diambil setelah ketiga-tiga pihak tidak mengakui penah
mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah pada malam serbuan di Hauzah
ArRidha, Gombak pada 15 Disember 2010.

Defenden Kedua sebagai Ketua Pengarah JAIS (pada waktu itu) telah
mengeluarkan kata-kata fitnah pada sidang media selepas serbuan 15
Disember dan diterbitkan dan dicetak oleh akhbar Utusan Malaysia pada 16
Disember 2010, antaranya :

“Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam
keselamatan Negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam
mazhab lain sebagai kafir.

Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna
penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.

Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al-Arqam.
Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam
semata-mata berbeza fahaman.

Inilah yang ingin dielakkan berlaku di Negara ini dan tujuan ia disekat”.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam
989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan
syariah.

Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara
keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan
oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis mutawatir dan mengkafirkan
para sahabat Rasulullah.

Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias,
dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai
penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur
Saidina Husin.

Selain itu menyiksa diri memukul badan menggunakan rantai sehingga
berdarah 10 Muharram, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan
dan tidak mewajibkan haji.”

ArRidha turut menafikan sekeras-kerasnya akan tohmahan yang dilemparkan
oleh pihak terbabit terhadap Syiah. Tohmahan yang tidak berasas ini telah
memberikan impak negatif terhadap pengikut-pengikut Syiah di Malaysia dan
seluruh dunia yang ketika ini berjumlah hampir 600 juta orang.

Walaupun begitu, permohonan maaf secara terbuka  tetap diminta oleh
ArRidha bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dalam tempoh masa yang
ditetapkan di dalam writ saman tersebut.

ArRidha Press

1 comment:

  1. Masyarakat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa Imam Mahdi akan muncul pada akhir zaman nanti. Bukankah beliau daripada keluarga rasulullah? Cintailah keluarga Rasulullah.

    ReplyDelete