Tingkatan pertama dari tingkatan-tingkatan Tauhid ialah Tauhid Zat ( mengesakan Tuhan pada zatNya ).Tauhid Zat mempunyai dua makna :
Pertama : Innallaha Wahid,La mathila lahu wala Nazir Wala Shabih Wala Adeel/Allah itu Satu ( Esa ),tiada yang seperti denganNya,tiada yang serupa baginya,tiada yang seumpama dan tiada regu dan setara denganNya.Berkata Imam Ali a.s : Huwa Wahidun Laisa lahu Fil Ashya’ Shabahun / Allah Maha Esa,tiada seumpama denganNya dari kalangan benda-benda.
Kedua : InnazzatalIlahiyyah Zatun Basitatun La Kathrata fiha Wala Tarakkub/Zat Ilahi adalah zat yang tidak terbina dari bahagian-bahagian,juzuk-juzuk dan tiada kebanyakan padaNya.Berkata Imam Ali a.s : Wa innahu azza wajalla Ahadiyyul makna La Yanqasimu fi wujudin Wala Wahmin Wala Aqlin / esa maknanya,tidak terbahagi kewujudannya, tidak di dalam waham dan tidak di dalam akal fikiran ( Tauhid Saduq m.s 84 ).
Surah Al-Ikhlas yang menggambarkan aqidah umat Islam tentang Tauhid mengisyaratkan kepada kedua-dua bahagian tersebut : Walam Yakun Lahu Kufuwan Ahad/Tiada sesuatu yang setara bagiNya merujuk kepada bahagian pertama Tauhid.
Qul Huwallahu Ahad/Katakanlah Dia lah Allah yang Maha Esa merujuk kepada bahagian kedua Tauhid.
Soalan : Berhadapan dengan Tauhid Zat adalah Syirik berkenaan dengan Zat.Cuba anda terangkan aqidah yang syirik berkenaan dengan zat Tuhan dalam kedua-dua konteks tadi.Wassalam dan Solawat.
No comments:
Post a Comment