Thursday, 30 June 2011

Isra' dan Mikraj part 1






       
         Daya Graviti,ketiadaan Oksijen,komet-komet di ruang angkasa,tekanan udara dan apa pun alasan tidak menjadi halangan.’’Subhanallazi Asra Biabdihi Lailan Minal MasjidilHaram Ilal MasjidilAqsa../Mahasuci (Tuhan)yang telah memperjalankan hambanya (Muhammad) di malam hari dari MasjidilHaram ke MasjidilAqsa..’’Al-Isra’:1
      
      ‘’WanNajmi Iza Hawa/Demi bintang bila ia terbenam(tafsiran dari Imam Sadik a.s: AnNajm yakni Muhammad s.a.w apabila berMikraj atau kembali dari Mikraj)...Wahuwa Bil Ufuqil A’la/Sedang Jibrail berada di ufuk tertinggi langit...Afatumaaruunahu Ala ma Yara/Adakah kamu membantahnya(Muhammad)tentang apa yang dilihatnya?(pada malam Mikraj)
      
‘’Wa laqad Ra’ahu nazlatan Ukhra Inda SidratilMuntaha/Sesungguhnya ia telah melihat Jibrail pada kali yang lainnya di sisi SidratilMuntaha

 Indaha Jannatul Ma’wa/Disisinya Syurga Jannatul Ma’wa

 Laqad Ra’a Min AayaatiRabbihil Kubra/Sesungguhnya dia telah melihat dari petanda-petanda Tuhannya yang terbesar.Surah AnNajm :1 hingga 18.Ayat-ayat dari surah Al-Isra’ dan An-Najm ini merujuk kepada peristiwa Isra’ dan Mikrajnya Nabi Muhammad s.a.w.

        Imam Ali Redha a.s: Sesiapa yang tidak mempercayai Mikraj ia telah mendustakan Rasulullah s.a.w (Biharul Anwar Jld 18).

     Imam Ja’far Sadik a.s: Bukan dari Syiah (pengikut)kami orang yang mengingkari empat perkara :Mikraj,Soalan di Kubur,Penciptaan syurga dan Neraka,Syafaat (Biharul Anwar Jld1

      Kehairanan sebahagian manusia tentang peristiwa ini dengan pelancaran SPUTNIG ke angkasa tahun1957,penerokaan angkasa oleh Yuri Gagarin selama satu jam setengah mengelilingi bumi tahun 1961,pendaratan APOLLO di permukaan bulan tahun 1969 telah diketepikan samasekali.Apa yang nak dihairankan kerana semua sebab-sebab Tabie dan halangan-halangan luaran patuh di hadapan Iradah Tuhan Yang Maha Kuasa yang telah membawa hambanya Muhammad bin Abdullah kekasih Allah,penutup segala Nabi,penghulu segala Rasul untuk diperlihatkan keajaiban-keajaiban ciptaan Tuhan dan dimuliakan dengan kedatangannya para Malaikat dan penghuni-penghuni langit (seperti yang diterangkan Imam Musa Kazim a.s tentang tujuan Mikraj(tafsir Burhan jilid 2).
      
       Adapun para ulama Syiah sepakat tentang berlakunya Mikraj Rasulullah s.a.w secara jasmani (Tabrasi,Tafsir Majmaul Bayan jld 3).
       
         Berkenaan dengan tarikh  berlakunya Isra’ dan Mikraj terdapat beberapa tarikh yang disebut:
17 Ramadhan,21Ramadhan,Rabiul Awal tahun kedua Be’thah,27 Rejab tahun 2 Hijrah.
Ibnu Ishak dan Ibnu Hisham : 10 Be’thah,Baihaqi : 12 Be’thah,Ada berpendapat pada awal-awal dan ada yang mengatakan pertengahan Be’thah.
Ada yang berpendapat berlakunya berkali-kali walaupun menurut Ayatullah Ja’far Subhani Mikraj yang diwajibkan Solat di dalamnya berlaku setelah wafatnya Abu Talib a.s pada tahun 10 Be’thah (Be’thah atau Mab’ath ialah peristiwa pengutusan Rasul s.a.w dengan turunnya 5 ayat surah Iqra’ di gua Hira’ yang berlaku pada tanggal 27 Rejab .
        
        Tahniah  diucapkan kepada semua istimewa sekali kepada Sahibul Asr Waz Zaman Al-Imam Mahdi a.f  sempena Ulangtahun Mab’ath Rasul s.a.w 27 Rejab.Solawat.          

Wednesday, 29 June 2011

Ruh-ruh Nabi dan Wasi & Kisah Ayt Hasan Zadeh.






   Lima Ruh pada Nabi
     
      Di dalam sebahagian riwayat di dalam kitab Usul Kafi telah bertanya Mufaddhal kepada Imam Sadik a.s tentang ilmu Imam.Berkata Imam Sadik a.s : Wahai Mufaddhal sesungguhnya Allah Taala telah meletakkan lima Ruh pada Nabi : Ruh Hayat yang dengannya ia bergerak dan berjalan, Ruhul Quwwah yang dengannya ia bangkit dan berjuang,Ruh Shahwah Yang dengannya ia makan,minum dan bercampur dengan wanita secara halal,Ruh Iman yang dengannya ia beraqidah dan berlaku adil dan Ruhul Qudsi yang dengannya ia memikul kenabian.Apabila Nabi wafat Ruhul Qudsi akan berpindah darinya dan tertakluk kepada Imam.
   

   Air mencari Si dahaga ( Kisah Ayatullah Hasan Zadeh Amuli )
     
      Jika seseorang itu dahaga akibatnya ia akan sampai kepada air.Anda jika dahagakan makrifat-makrifat akibatnya anda akan sampai kepada air.Hikmat di dalam Qadha’ dan Qadar Ilahi adalah begini dimana Si Dahaga mencari air dan air mencari Si dahaga.
Saya kadangkala bermusafir  melalui jalan Hezar ke wilayah Amul.Di pertengahan jalan saya perhatikan sungai Hezar yang dengan susah payah melalui batu-batu,bukit-bukau,tanah tinggi dan lurah dan kadangkala terjun berbentuk air terjun membentuk buih-buih ! Saya bertanya kepadanya :
Kenapa begitu tergesa-gesa engkau bergerak ? Dia berkata : Tuan,tanah-tanah yang dahaga banyak sekali yang menantiku dengan mulut-mulut yang ternganga untuk dihilangkan dahaga denganku,maka aku pergi kepada mereka!
Ya,Tuan .Hikmat Tuhan di kalangan benda-benda wujud adanya tarikan,tertarik dan asyik! Insan yang dahagakan Makrifat-Makrifat juga akhirnya menemui air.Sekarang ini banyak sekali air yang menantikan kamu semua wahai orang-orang yang dahaga!.
                             Solawat.

Tuesday, 28 June 2011

Bersama Ayatullah Uzma Behjat 2







Setiap malam kita pergi ke alam-alam dari Barzakh yang mana di luar kawalan kita sama sekali…walau pun begitu kita lalai dari kematian.

Manusia betapa dekat dengan kematian tetapi walau pun begitu mengiranya sebagai jauh sekali  dan lalai akannya.

Alangkah baik sekali manusia itu menulis namanya untuk setiap kerja yang baik  dan menjadikan dirinya sekutu kerana keesokan hari di hari Kiamat nanti belum pasti mana satu yang diterima dan mana yang ditolak !

Apakah boleh sepertimana bila lapar dan dahaga kita merasa perlu kepada air dan roti tetapi lebih dari itu untuk menghilangkan kesusahan-kesusahan orang-orang beriman kita merasa perlu untuk mendoakan mereka ?!

Jika manusia memerhatikan taklif-taklifnya (tanggung jawabnya),lebih tinggi dari malaikat;maka tak perlu susah hati lagi.

Kesempurnaan insan  ialah pada Taqwa,tidak kurang dari itu dan tidak lebih.
Imam-imam kita telah menyerahkan doa-doa kepada kita untuk melihat kita tenggelam di dalam cahaya.

Manusia hendaklah di jalan insaniyyah dan mendapatkan makrifat-makrifat ini merupakah ahli Muraqabah (mengawasi diri),jika tidak sampai ke tahap ini tidaklah berfaedah.

Janganlah kamu asyikkan tingkatan-tingkatan Irfani dan karamah-karamah kerana perkara-perkara sebegini kadangkala membawa kamu ke Neraka.

Jika ilmu dan amal itu bersama-sama,tiada kekurangan lagi…Apabila manusia itu mengamalkan apa yang diketahuinya,maka tiada keadaan yang ditunggu-tunggu lagi;yang lain semua urusan Tuhan.

Jika seseorang itu memahami tujuan penciptaan manusia,sangatlah manis baginya tujuh puluh kali ia hidup dan kemudian ia syahid semula.


Malaikat merekodkan suara kita,kata-kata kita dan juga niat kata-kata kita yang diucapkan dengan motif Ilahi atau motif hawa nafsu dan Syaitani mereka mengambil  gambarnya. SOLAWAT.Al-Fatihah!

Monday, 27 June 2011

Soal-jawab Makrifat dengan Ayatullah Uzma Behjat 1







Soalan 1 : Saya berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bersuluk,apakah caranya?

Jawapan : Jika seseorang itu sebenar-benarnya mencari,meninggalkan dosa dan maksiat adalah cukup dan memadai sepanjang umur,walaupun seribu tahun.

Soalan 2 : Tolong beritahu saya bagaimana untuk menjadi lebih jinak dengan Tuhan dan para Imam yang suci ?

Jawapan : Dengan mentaati Tuhan,Rasul dan Imam serta meninggalkan maksiat di dalam aqidah dan amal perbuatan.

Soalan 3 : Kami ini telah tercemar dengan kekotoran dalaman dan luaran,ubatilah kami dan bimbinglah kami di jalan ini !

Jawapan : Banyakkan berkata (( Astaghfirullah )) dan jangan jemu,percayalah bahawa inilah rawatannya (( Da’ukumuzZunub wa Dawa’ukumulIstighfar / Penyakit kamu adalah dosa-dosa dan ubat kamu adalah Istighfar(minta ampun)-sabda Nabi s.a.w.

Soalan 4 : Saya berhadapan dengan was was,tolonglah bimbing saya untuk menghilangkannya!.

Jawapan  : Banyak berTahlil (berkata La Ilaha Illallah)berguna untuk hilangkan was was.

Soalan 5 : Apakah nasihat untuk menghilangkan sombong ?

Jawapan :  Banyak Hauqalah (berkata La Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim) menghilangkan sombong dan bongkak.

Soalan 6 : Apakah Zuhud yang hakiki ? dan bagaimana kami boleh menjadi orang yang zuhud?

Jawapan :  ((Zuhud)) ialah kamu memiliki dirimu dan ketika berbuat atau meninggalkan sesuatu kamu memerhatikan izin Tuhan.

Soalan 7 : Bagaimana nak menghilangkan Su’ Dzon (Buruk sangka)?

Jawapan : Buruk sangka kepada musuh paling ketat yaitu musuh dalaman dan hawa nafsu menyibukkan kamu dan menghalang  dari buruk sangka kepada orang lain.

Soalan 8 : Beberapa waktu yang lalu saya telah jatuh cinta kepada seseorang,apa perlu saya buat?

Jawapan : Orang berakal jatuh cinta kepada yang Maha Sempurna,Maha Indah,Yang Maha Bermanfaat,Maha Berkekalan dan mengutamakan kecintaannya keatas cinta yang lain di mana cinta kepada Yang Maha Sempurna mengenepikan keburukan dan bala bencana berbeza dengan cinta yang lain.

Saturday, 25 June 2011

Laporan Polis ke atas Akhbar Sinar Harian










Tauhid Zat dan Syirik Zat





      
        Tingkatan pertama dari tingkatan-tingkatan Tauhid ialah Tauhid Zat ( mengesakan Tuhan pada zatNya ).Tauhid Zat mempunyai dua makna :
Pertama : Innallaha Wahid,La mathila lahu wala Nazir Wala Shabih Wala Adeel/Allah itu Satu ( Esa ),tiada yang seperti denganNya,tiada yang serupa baginya,tiada yang seumpama dan tiada regu  dan setara denganNya.Berkata Imam Ali a.s : Huwa Wahidun Laisa lahu Fil Ashya’ Shabahun / Allah Maha Esa,tiada seumpama denganNya dari kalangan benda-benda.
Kedua : InnazzatalIlahiyyah Zatun Basitatun La Kathrata fiha Wala Tarakkub/Zat Ilahi adalah zat yang tidak terbina dari bahagian-bahagian,juzuk-juzuk dan tiada kebanyakan padaNya.Berkata Imam Ali a.s : Wa innahu azza wajalla Ahadiyyul makna La Yanqasimu fi wujudin Wala Wahmin Wala Aqlin / esa maknanya,tidak terbahagi kewujudannya, tidak di dalam waham dan tidak di dalam akal fikiran ( Tauhid Saduq m.s 84 ).
      
      
      Surah Al-Ikhlas yang menggambarkan aqidah umat Islam tentang Tauhid mengisyaratkan kepada kedua-dua bahagian tersebut : Walam Yakun Lahu Kufuwan Ahad/Tiada sesuatu yang setara bagiNya merujuk kepada bahagian pertama Tauhid.
Qul Huwallahu Ahad/Katakanlah Dia lah Allah yang Maha Esa merujuk kepada bahagian kedua Tauhid.
Soalan : Berhadapan dengan Tauhid Zat adalah Syirik berkenaan dengan Zat.Cuba anda terangkan aqidah yang syirik berkenaan dengan zat Tuhan dalam kedua-dua konteks tadi.Wassalam dan Solawat.

Petua : Zikir ''Al-Barru'' 202 kali setelah salah satu dari solat-solat wajib untuk bebas dari kesakitan,kepayahan dan mendapat taufik amal soleh.





Friday, 24 June 2011

Bantahan terhadap Sinar Harian ( Artikel menghina Imam Khomeini r.a )







24 JUN 2011
KENYATAAN AKHBAR

BANTAHAN TERHADAP SINAR HARIAN BERHUBUNG ARTIKEL
RAHSIA DEMONSTRASI IRAN 1970 OLEH ABU NUMAIR NAWAWI SUBANDI



Kami dari NGO ArRidha menyatakan bantahan terhadap akhbar Sinar Harian dan penulisnya Abu Numair Nawawi Subandi atas artikel bertajuk ?Rahsia Demonstrasi Iran 1970? yang menimbulkan kemarahan dan kebencian masyarakat Malaysia terhadap Republik Islam Iran yang berpaksi kepada penganut Mazhab Syiah yang berjumlah 700 juta orang seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Akhbar Sinar Harian dan penulisnya dengan sengaja ingin mencetuskan huru-hura dan pertumpahan darah di kalangan umat Islam seluruh dunia khasnya di Malaysia.

Artikel yang diterbitkan oleh akhbar Sinar Harian pada 18 Jun 2011 telah mengundang bencana perpecahan ummah yang dilarang dan bercanggah dengan ketetapan kitab suci Al-Quran yang diguna pakai oleh Mazhab Ahlus Sunnah dan Mazhab Syiah Imamiah.

ArRidha ingin menafikan segala tohmahan serta fitnah yang melampau yang dilemparkan di akhbar tersebut yang merupakan pelanggaran etika kewartawanan sejagat. Kerendahan hati budi penulis dan akhbar tersebut mencerminkan kerendahan akhlak, peradaban dan ketamadunan kemanusiaan.

Provokasi penulis dan akhbar Sinar Harian dengan mengaitkan Abdullah Saba? dengan Mazhab Syiah adalah satu tindakan ?illiterate?, ?unislamic? dan ?barbarian?.

Tuduhan kononnya Mazhab Syiah mencaci maki sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. hasil seminar berkaitan Syiah di Al-Madinah International University, Shah Alam pada 15 Mei 2011 adalah keterlaluan dan fitnah untuk mengaburi masyarakat melalui agenda terancang penghapusan kepercayaan 700 juta pengikut Mazhab Syiah seluruh dunia.

Fitnah menghubungkaitkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah, isu-isu penaklukan Afghanistan dan Iraq oleh Amerika Syarikat didalangi oleh Syiah, dengan keterlibatan Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat mencerminkan penulis dangkal memahami  dan mempelajari realiti ?global economic politic?.

ArRidha mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan undang-undang atas penyiaran artikel oleh akhbar Sinar Harian dan penulis (Abu Numair Nawawi Subandi) bertarikh 18 Jun 2011 yang mencetuskan keretakan hubungan diplomatik antara Republik Islam Iran dan kerajaan Malaysia yang sedia terjalin selama ini.

ArRidha mendesak akhbar Sinar Harian dan penulis yang rendah moral ini agar memohon maaf secara terbuka atas kebiadaban melaknat  Almarhum Ayatullah Imam Khomeini kepada Republik Islam Iran dan seluruh penganut Mazhab Syiah yang berjumlah 700 juta. Sekiranya engkar kami (700 juta pengikut Mazhab Syiah) memohon kehadrat Allah swt memulangkan perkataan laknatullah tersebut kepada akhbar Sinar Harian dan penulisnya.


ArRidha Press

Thursday, 23 June 2011

Satu yang Tauhid dan Satu yang Syirik







      Di dalam perang Jamal apabila tentera-tentera Ali a.s sedang berperang dengan pihak lawan,seorang lelaki telah datang menghampiri Ali a.s untuk bertanya tentang Tauhid dan keesaan Tuhan.Para tentera telah membantah orang tersebut dan menyuruhnya menangguhkan pertanyaannya setelah perang tetapi disanggah kata-kata mereka oleh Ali a.s dengan mengatakan: Kita berperang untuk mengukuhkan Tauhid dan Makrifat Allah.Orang itu pun bertanya kepada Ali a.s : Apakah makna Tuhan itu satu?.Ali a.s menjawab dengan berkata : Tuhan itu satu ( Esa ) mempunyai empat makna,dua darinya betul dan dua makna lagi adalah salah.
      Adapun dua makna yang salah ialah:
Pertamanya apabila seseorang itu mengatakan Tuhan itu satu dengan ertikata satu yang merupakan angka berhadapan dengan kosong dan dua.
Keduanya apabila seseorang itu mengatakan  bahawa Tuhan itu satu dari ahli-ahli bagi satu jenis.
      Manakala dua makna bagi Wahid/Satu/Esa yang betul ialah:
Pertamanya apabila seseorang itu mengatakan bahawa Tuhan itu satu yang tiada setara,serupa dan setanding baginya sesuatu apa pun.
Keduanya dari segi makna,di dalam fikiran dan di luar fikiran ianya tidak dapat dibahagikan.(pss: Ungkapan di dalam ilmu Rasional,tiada Mahiyyah dan Tarkib baginya.) 
Munajat Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib a.s



Homework untuk hangpa,pasai dah jam 2:10AM dah ni,terjemahlah sendiri ! Wassalam. Solawat.

Wednesday, 22 June 2011

Evening Chit Chat : Syirik berTuhankan Hawa Nafsu


                                                     
                                                    Bismillahirrahmanirrahim.

      Telah diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s : Sebahagian para pencinta kami disebabkan dosa-dosa mereka dan ketika di alam Barzakh dan peringkat-peringkat permulaan Mahsyar belum bersih sepenuhnya kadangkala diazab di lapisan atas neraka Jahannam sehingga 300,000 tahun hinggalah dapat kelayakan Syafaat dari kami dan diberi izin untuk masuk ke Syurga
. (Biharul anwar J6 ms154).

      Diantara perkara-perkara Syirik ialah Ittiba’ul Hawa ( Ikut Hawa nafsu ) yang umat manusia kenai sangat-sangat dia ni.Al-Quran berkata: Afara aita manittakhaza ilaahahu hawaahu ( jatsiyah:23 ) Apakah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan yang disembah?
Manusia kata: Ikut suka hati aku nak buat macam ni,ikut suka hati kami nak buat macam tu!.Walaupun bercanggah dengan perintah Tuhan. (pss: Tak kiralah aku kaa hangpa kaa..samaa saja,jadi toksah la kata kamu tak salah tapi kami nak susahkan kamu kami belasah kamu bayar cukai kepala berapa ribu sorang maka alkisahnya kehulu kehilir orang kena naya ni nak bela diri dan kawan-kawan pulak tu ada suku sakat yang ikut sama belasah kata aku ni macam babi buta(dalam surat benda alah mesin taip ni) kesana kemari,kesian la sikit kat akuu,tak tulung tak paa laa hangpa hempap aku lagi dengan tangga! Nabi bersabda ((Man la yarham la yurham))sapa tak kesian tak akan dikesian ).
     
 Khulasahnya(ringkasnya) toksah kita seronok sangat yang Tuhan berfirman ((Innallaaha yaghfiruzzunuuba jamiian/sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa)) AzZUMAR :53  kerana
(( Innallaaha Laa Yaghfiru an Yushraka bihi/Sesungguhnya Allah tidak mengampuni Syirik )) AnNisa’:48.
      
Orang yang buat ikut suka adalah Mushrik kerana telah memperTuhankan hawa nafsu di dalam dirinya.
(( Wama Yu’minu Aktsaruhum Billaahi illa Wahum Mushrikun/Tidak beriman kebanyakan mereka kepada Allah kecuali mereka itu mushrik )).Yusof:106.Macam mana kita nak pastikan kita tidak termasuk di dalam orang-orang yang disebut di dalam ayat ini semasa kita mati?.
      
      Maka itu aku dan hangpa kenalah pakat-pakat jaga diri dari buat tak tentu kalu,aku toksah serbu hangpa,hangpa tok sah serbu aku dan kawan-kawan (sedara hangpa jugak!),aku toksah fitnah hangpa,hangpa toksah dok ikut sedap mulut fitnah-bukan-bukan ( hangpa tak tau hangpa tanya elok-elok,tok sah tadah telinga kat tukang laga,yang tukang heboh pun chek dulu elok-elok supaya baru laa berSinar ! ).

      Tuhan berfirman : (( Tsumma kaana Aaqibatullaziina Asaa’ussuua An Kazzabuu Bi Aayaatillah ../Kemudian akibatnya orang-orang yang berbuat kejahatan ialah mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan memperolok-olokkannya.))Wassalam.Solawat.

Petua Ayt Kashmiri: Utk penyakit sukar dirawat dibaca surah anNajm setiap hari dihadiahkan kepada Imam ZainulAbidin a.s.

Tuesday, 21 June 2011

Kopitiam Syirik (Polytheism Bistro)



            
            Ada puak yang melemparkan tuduhan Syirik kepada orang macam aku ( Syiah ) kerana kata depa:
Syiah punya akidah dan kepercayaan yang berbaur syirik mengenai Imam-imam depa yakni mereka percaya bahawa Imam-imam mereka di dalam melakukan sesuatu begitu di agong-agongkan sampai ke tahap sekutu bagi Tuhan.(pss: Kalau macam ni namanya Ghulat dan kafir bukannya Syiah,Nauzu Billah! )
             Sebenarnya orang yang tuduh ini tak faham( pss: Tuduhan pun tak clear macam mana nak jatuhkan hukum?! )atau sengaja tak mau faham kerana sempadan di antara Tauhid dan Syirik ialah keizinan dan kemerdekaan (independence) yakni jika kita percaya sesuatu benda wujud melakukan sesuatu atau memberikan sesuatu kesan tanpa memerlukan Tuhan dan secara independent dan tidak bergantung kepada Tuhan, inilah Syirik samada kewujudan tersebut manusia atau bukan manusia,ataupun kalau manusia samada ianya Nabi atau Rasul atau Imam atau Raja atau Sultan atau Presiden atau Perdana Menteri atau sapa-sapa saja termasuk Pihak Berkuasa Agama dan orang-orang lain macam tok dukun. (pss: Haa,kalau check satu-satu pakat jadi Mushrik habih,tok sah dok nak tuduh Syiah yang syirik.Manusia nii bila dok leka dengan segala hal,politik laa,cari wang laa,rebut sana rebut sini ,tak ingat kat Tuhan dah macamlah Tuhan tu bertempat dan pilih-pilih tempat pulak yakni seolah-olah Tuhan tak dak di dunia ni pasal manusia dok kalut dan manusia si kitol pulak nak jadi Tuhan macam Peraun yang kata Ana Rabbukumul A’la (Aku Tuhanmu yang Maha Tinggi ) Nauzubillah!.
              Tetapi jika kita kata: Orang yang melakukan perkara tersebut atau memberikan sesuatu kesan tersebut diberi izin ( ma’zun ) oleh Allah dan Allah telah memberi  izin  Takwini istilahnya kepada dia yang sebegitu ia dijadikan Allah di mana Iradahnya memberi  kesan sepertimana matahari begitu dicipta memberi  pancaran dan cahaya,Imam dan Rasul a.s juga begitu dicipta sehingga Iradah mereka menyebabkan kesembuhan bagi para pesakit.Akidah ini menepati Tauhid.
               Maka sempadan di antara Tauhid dan Syirik ialah percaya kepada keizinan Tuhan atau tanpa izin dan berdikari.
               Begitu juga setiap benda wujud selain Tuhan samada di dalam kewujudannya atau perbuatannya yang mewujudkan atau mencipta sesuatu atau perintahnya untuk ditaati jika kita percaya ianya adalah Mustaqil (independent ) dan berdikari serta tidak bersandar kepada Tuhan,inilah Syirik. ( Barulah hangpa tau langit ni tinggi ka rendah ).
              Percaya kepada setiap benda wujud pada level keberkesanan tinggi atau rendah mana pun (menghidupkan,mematikan,menyembuhkan,menyampaikan hajat dan keperluan kalau ada Biiznillah ianya Tauhid dan kalau tak ada biiznillah,ianya Syirik tak kiralah hang Sunni ka Syiah ka,Hanafi ka,Hanbali ka,Hangpa nak mengaku Wahabi ka tak mengaku ka,AhlusSunnah yang sebenar ka dan orang lain Ahlu bukan Sunnah ka ,kaedahnya sama saja kerana kunci Syurga dan pintu Neraka tu bukan hangpa yang jaga buleh ikut suka suruh sapa-sapa masuk dan keluar,tak kira lah orang panggil hangpa Mufti ka Maulana kaa.Wassalam.Solawat.

Petua Ayt Behjat : Doa Allahumma Solli Ala Muhammadin Wa Alihi Wa Amsik Annassu' untuk mengangkat bala dan keburukan.

Monday, 20 June 2011

Meminta Tolong Selain Allah Syirik??!! & Kecaman ke atas Pengancam Perpaduan Ummah.






  Apabila seseorang itu memohon pertolongan kepada seseorang yang lain,baginya orang itu mampu melakukan perkara yang ia pohon tersebut dan kemampuan ini,
            Pertamanya,dalam bentuk kekuatan-kekuatan kebendaan dan tabie seperti meminta tolong dari seseorang mengangkat barang-barang perabot ketika berpindah rumah dan lain-lain contoh.
            Keduanya,dalam bentuk kekuatan yang ghaib yang terkeluar dari ruanglingkup kebendaan dan tabie seperti percaya bahawa seorang hamba Allah yang bernama Isa putera Maryam a.s mampu dengan jiwanya yang suci menyembuhkan penyakit-penyakit yang tidak mampu dirawat oleh pakar-pakar perubatan seperti buta,kusta bahkan menghidupkan orang mati (rujuk kisah Nabi Allah Isa a.s di dalam Al-Qur’an )  ataupun hamba Allah yang lebih mulia dan lebih suci dari Isa bin Maryam yaitu kekasih Allah Muhammad bin Abdullah,Nabi Allah yang terakhir atau pun Ahlul Bait baginda a.s seperti Fatimah Zahra binti Nabi Muhammad a.s atau Ali bin Abi Talib a.s yang tersohor di dalam Alam Perubatan dan Persilatan Melayu dan Nusantara selain di Tanah Arab dan wilayah Parsi seperti jampi Pendekar Melayu:
Bismillahir RahmanirRahim
Urat batu,Manikam batu
Batu ditikam,Batu belah
Papan ditikam,Papan timbus
Air ditikam,Air kering
Bumi ditikam,Bumi tembok
Rumput ditikam,Rumput layu
Gunung ditikam,Gunung runtuh
Langit ditikam,Langit runtuh
Tegak berdiri di hadapan Ali
Sifat aku sifat Allah
Sifat di dalam kandang kalimah
La ilaha illa Allah
Hu Alla! Hu Allah!
Lesong besi anak tembaga
Ah! Kuat aku seperti baginda Ali
Gagah aku seperti Ummi Fatimah.
Aku besi tulang aku tembaga
Aku bernama Harimau Allah
Hah,berkat La ilaha illa Allah.

         Percaya kepada kekuatan ghaib sedemikian jika bersandar kepada Qudrat,kekuasaan dan iradah Allah adalah sama seperti kepercayaan kepada Qudrat dan kekuatan tabie dan sama sekali tidak tersangkut kepada kesyirikan kerana Tuhan yang memberi kekuatan material/kebendaan dan tabie/natural kepada manusia adalah Maha Berkuasa untuk memberi kekuatan ghaibiyah dan supernatural kepada hamba-hambanya yang soleh.

Pss: Dalam mengulas kritikan terhadap makalah kekeramatan Abu Fadil Abbas yang kononnya kisah-kisah itu berbaur`kesyirikan:
Kenapa anda dan rakan-rakan sealiran yang kononnya nak memerangi kesyirikan padahal andalah yang bergelumang dengan kesyirikan,berfikiran cetek,berotak singkat tapi taassub tiada ubatnya,melaknat orang lain di dada-dada akhbar,melaknat orang mulia dan soleh serta musleh seperti Almarhum Ayatullah Khomeini yang punya ilmu dan makrifat yang tinggi dan berjasa memerangi kezaliman,menyelamat dan membela golongan tertindas termasuk orang-orang tertindas bukan Islam tetapi anda dan rakan-rakan yang so called intellect atau tokoh agama sekadar mengikut telunjuk Zionis samada anda sedar atau tidak yang sentiasa mahu memecahbelahkan umat Islam bahkan bukan Islam yang tertindas sekadar beberapa ayat yang anda hafal dan mempermainkan kesucian agama dan menjadi tontonan seperti badut-badut di hadapan khalayak untuk seketika dan menulis dengan tangan tercemar di akhbar seperti Sinar Harian yang sudah pasti akan padam sinarnya setelah ‘’melaknat’’ manusia soleh yang bernama Ruhullah Khomeini.

Pss:Saya yakin ‘’Laknatullah Alaih’’ yang ditulis oleh salah seorang’’ Pecacai Zionis’’ berpakaian agama bernama pena Abu Numair Nawawi Subandi dari Biro Multimedia dan Penerbitan Sekretariat ilmu yang ilmunya itu jahil Murakkab (yang menulis di dalam artikel Ruangan Hujung Minggu akhbar Sinar Harian 18 Jun 2011 m.s 18) kepada seorang Wali Allah seperti Ayatullah Khomeini al-Musawi cicit Nabi dari Imam Musa al Kazim (Bihaqqi Babal hawaij Adrikna) berpatah kembali tepat ke sasarannya yaitu si penulis dan media Sinar Harian yang saya yakini bakal padam sinarnya kerana amalan buruknya yang tidak berkesudahan.
Kami menuntut penulis yang cemar dan juga media yang palit memohon maaf secara terbuka kepada seluruh dunia di atas perbuatan kotor tersebut.)
Tajuk tadi akan disambung dan memohon para pembaca budiman turut mengecam kejahatan para durjana.Solawat was Salam.

Saturday, 18 June 2011

Menjengah ke alam Barzakh





                                     Tanah perkuburan terbesar di Najaf, Iraq

        Terdapat riwayat-riwayat yang banyak tentang alam Barzakh serta keadaan-keadaannya.Salah-satu daripada riwayat-riwayat yang menyeluruh tentang perkara ini ialah riwayat dari Amirul mukminin Ali bin Abi Talib(a.s):
     
    Apabila sampai hari yang terakhir hayat dan hari yang pertama Akhirat kepada seseorang itu,isteri,hartabenda,anak-anak dan amalannya akan terbentuk (tergambar) di hadapannya.Dalam keadaan ini orang yang baru meninggal dunia akan menghadap ke hartabendanya seraya berkata:Demi Allah,aku dahulu tamak akan kamu, sekarang beritahulah aku apakah kepunyaanku yang ada pada kamu?Harta menjawab:Ambillah kain kafanmu dariku dan pergilah.
     
    Setelah itu ia menghadap ke arah anak-anaknya seraya berkata: Demi Allah,aku mencintai kamu semua dan pembela kamu semua,apakah yang ada dariku pada kamu semua?.Mereka menjawab:Kami menyampaikanmu ke kuburanmu dan mengkebumikanmu di dalamnya.
      
    Akhir sekali ia menghadap ke arah amalannya lalu berkata: Demi Allah aku melarikan diri darimu dan mendapatimu begitu sukar bagiku,katakan apakah yang ada dariku di sisimu?.Amalannya menjawab: Aku akan bersama-sama kamu di dalam kubur dan di hari Kiamat sehingga bertemu Tuhanmu.
      
    Jika orang yang meninggal dunia itu dari kalangan auliya Allah akan datang seseorang kepadanya paling cantik,paling wangi dan paling rapi pakaiannya lalu berkata kepadanya: Berita gembira kepadamu akan kerehatan dari setiap kedukaan,kamu telah sampai kepada rezeki dari rezeki-rezeki syurga dan tempat yang abadi yang merupakan sebaik-baik tempat tinggal.kekasih Tuhan tersebut (yang baru meninggal dunia) bertanya,siapakah kamu? lalu ia menjawab: Aku adalah amalan solehmu.Ia lalu berkata kepadanya: Maka kamu pergilah dari dunia menuju ke syurga.Maka ia mahukan supaya pemberi mandi dan para pengusung jenazahnya mempercepatkan urusannya.

    Apabila mayat tersebut diletakkan di dalam kubur dua malaikat datang kepadanya.Mereka ialah penyoal-penyoal di kubur yang mengheret rambut-rambut mereka,yang menghentakkan bumi dengan kaki-kaki mereka,suara mereka seperti guruh dan mata mereka seperti kilat.Mereka menyoal,siapakah Tuhan kamu,siapakah Nabi kamu dan apakah agama kamu?.Ketika menjawab ia berkata: Allah Tuhanku,Muhammad s.a.w ialah Nabiku dan Islam adalah agamaku.
     
    Maka dua malaikat itu mendoakannya,Ya Allah tetapkanlah ia pada yang ia sukai.Inilah firman Allah (Ibrahim:27) ((Yutsabbitullahul laziina Aamanu bilqaulissabit filhayaatid Dunya)).Kemudian ruang kuburnya akan diluaskan selagi penglihatannya mengizinkan dan dibuka kepadanya satu pintu ke syurga dan dikatakan kepadanya: Dengan tenang bersemadilah (tidurlah) seperti pemuda yang penuh kenikmatan.Inilah firman Allah (Al Furqan;24)((Ashabul Jannah Khairun Mustaqarran Wa Ahsanu Maqiila)).
    
    Dan jika mayat memusuhi Tuhannya,akan datang  seorang kepadanya yang sangat comot dan paling berbau busuk dari makhluk Tuhan lalu berkata kepadanya: Berita gembira kepadamu dengan neraka dan apinya.
     
    Ketika itu ia mahukan supaya orang yang memandikannya dan mengusungnya supaya berlengah-lengah.
     
    Apabila ia masuk ke kubur,penyoal-penyoal kubur pun sampai lalu menyelongkar kafannya dan berkata kepadanya:  Siapakah Tuhanmu?  Siapakah Nabimu? Apakah agamamu? Lalu ia menjawab : Aku tidak tahu .Ketika itu para penyoal berkata kepadanya:  Engkau tidak tahu?  Engkau tidak menerima hidayah? Lalu dicambuk dengan besi ke kepalanya sehinggakan semua binatang melata kecuali jin dan manusia ketakutan. Ketika itu dibuka kepadanya satu pintu dari api neraka lalu berkata: Tidurlah dalam keadaan terburuk,keadaan terhimpit dan sempit sehingga ia menjadi sebesar batang lembing atau kepala lembing sehingga terkeluar otaknya dari celah-celah kukunya dan dagingnya.Ular,kala jengking dan serangga-serangga bumi mengerumuninya dan mengazabnya dengan sengat-sengat mereka.Mayat tinggal dalam keadaan begini sehinggalah Tuhan membangkitkannya dari kubur.Tempoh ini begitu sukar baginya sehinggakan ia mengharapkan supaya Kiamat tiba secepat mungkin. ( Tafsir  Qummi,tafsir Ayyashi,Amali Tusi,Furo’ Kafi ).  

Petua : 1000 kali sehari " YA NUR " untuk mendapat kemiripan kepada makhluk-makhluk dari Nur.

Nota : Kenangan 17 tahun pulang ke RahmatuLLAH 15 Jun 1994.  AL-FATIHAH