Friday, 3 February 2017

logika 5 Apa itu Mantiq ?


Bismilahirrahmanirrahim



BAB 1: APAKAH ITU MANTIQ

1-    Kenyataan benda-benda
2-    Dengan berfikir kita dapat menuju kepada kenyataan benda-benda
3-    Kita melakukan kesilapan dalam berfikir
4-    Kita perlukan sesuatu yang menghalang kita dari melakukan kesilapan ketika berfikir dan ianya ialah Mantiq
Kita membayangkan (imaginasi) benda-benda tertentu dan tidak mengetahui akan hakikatnya mereka itu seperti jin dan cahaya. Seperti itu juga kita membayangkan benda-benda tertentu serta mengetahui akan hakikatnya mereka. Begitu juga (قضايا) proposisi-proposisi tertentu timbul di pemikiran kita yang mana pada mulanya tiada jalan bagi kita untuk mempercayainya seperti:  Alam adalah azali ‘begitu juga timbul (قضايا) proposisi-proposisi tertentu lalu kita terus (نصديق)memperbenarkannya seperti ‘ api adalah panas ‘.
1-    Apakah ada jalan bagi kita untuk menemui (مجهولات) perkara-perkara yang tidak diketahui?
Pada kurun ke 5 sebelum masihi terdapat beberapa orang cendekiawan ahli-ahli ilmu yang menamakan diri mereka sebagai Sophyst berkepercayaan bahawa apa yang kita rasakan melalui pancaindera, tidak mempunyai (واقعيت خارجى) kenyataan luar dan apa yang kita bayangkan itu terdapat kewujudannya diluar dan tiada satu yang lain melainkan hasil dari (قواى ادراكى) kekuatan-kekuatan pemahaman dan diluar fikiran tiada sesuatu pun yang wujud melainkan bayangan di dalam bayangan. Maka itu diluar fikiran tiada sesuatu pun untuk kita temuinya dan mengetahui akan sesuatu yang tidak punya kewujudan luaran bukanlah kesempurnaan.

Phytagoras menyatakan bahawa ukuran setiap sesuatu itu adalah manusia itu sendiri dengan makna bahawa setiap hukum yang menepati kefahaman (ادراكى) seseorang itu, ianya adalah hak, jika tidak ianya batil. Maka itu jika terdapat dua orang memahami sesuatu perkara secara bercanggah antara satu sama lain berkaitan dengan dirinya sendiri adalah hak manakala berkaitan dengan yang lainnya adalah batil dan tidak ada sesuatu di luar untuk dijadikan panduan bagi mengetahui mana satukah di antara dua kefahaman yang kontra diantara satu sama lain ini yang betul. 

           Georgias juga mengatakan kita mempunyai dalil-dalil dan Borhan yang menunjukkan
bahawa wujudnya benda-benda diluar adalah mustahil dan katakanlah kita menerima bahawa wujudnya sesuatu diluar, mengenal dan memperkenalkannya pula adalah mustahil.

         Socrates, Plato dan Failasuf besar Aristotle telah menentang akan pandangan mereka-mereka ini serta menunjukkan bahawa burhan-burhan mereka adalah tidak berasas sama sekali serta mensabitkan bahawa kewujudan luaran benda-benda adalah tanpa campur tangan (قواى ادراكى) kekuatan pemahaman di dalam hakikat mereka, Socrates, Plato dan Aristotle juga telah menerangkan tentang kaedah dan cara mengenai benda-benda luaran.
          Kita tidak perlukan argument  untuk menolak kata-kata mereka yang memungkiri kenyataan benda-benda. Setiap orang perlu menaya dirinya sendiri serta melihat akan kesan-kesan dari benda-benda, akan mendapati bahawa kata-kata mereka yang memungkiri adalah tidak berasas. Sesuatu yang mempunyai kesan di dalan kewujudan kita serta dapat kita capai dengan pancaindera bagaimana dapat kita ingkarinya?
        Kemajuan manusia sepanjang zaman adalah dari pengetahuan-pengetahuannya yang banyak yang terhasil dari kajian-kajian tentang benda-benda dan kesan-kesannya.

No comments:

Post a Comment