Tuesday 7 February 2017

Hakikat ...Mutlak atau Relatif ?


Bismillahirrahmanirrahim.بسم الله الرحمن الرحیم.....

Hakikat....Mutlak atau Relatif ?

Apakah Hakikat pada zatnya abadi dan berkekalan ataupun setelah beberapa waktu bertukar menjadi keliru ? Yakni apakah Hakikat itu sentiasa Hakikat dan kekeliruan itu sentiasa keliru ataupun sesuatu itu pada satu zaman adalah hakikat tetapi di dalam kondisi yang lain atau di waktu yang lain bertukar menjadi keliru ?!

  Para " Ilahiyun " ( ahli keTuhanan ) percaya bahawa hakikat tidak sesekali akan bertukar sifatnya.  Hakikat adalah mutlak ( Absolute ) tetapi para " Nisbiyyun " ( Relativis ) mengatakan hakikat bukanlah mutlak tetapi ianya relatif yakni mungkin sesuatu pemikiran itu sekarang ini adalah hakikat tetapi kemudiannya akan bertukar menjadi kekeliruan.  Mereka yang berpegang kepada mutlaknya Hakikat berkata bahawa Realiti-realiti sepertimana berada di luar begitu juga terdapat di dalam fikiran tanpa bentuk mindanya dijejaskan oleh fikiran.  Dengan kata lain, tabiatnya ilmu ialah menunjukkan sesuatu yang real ( sebenarnya ) walaupun minda manusia dan kondisi materialnya saraf manusia memberi kesan sedikit sebanyak keatas kefahaman manusia seperti orang yang berpenyakit Daltun yang melihat semua benda berwarna kuning tetapi ini adalah satu keadaan yang terkecuali  kerana  Idrak dan kefahaman yang lain semuanya adalah gambaran realiti.

  Maka bagi kita Hakikat ialah keselarian kefahaman fikiran dengan sesuatu yang real.  Ya, sesuatu yang tertera di minda seseorang jika ia menepati luarannya di namakan Hakikat dan yang diluar itu dikatakan Waqi' ( Real ) atau Waqi'iyyah ( Realiti ) dan yang membezakan diantara hakikat dengan kekeliruan ialah tugas fikiran.  Manusia dengan sifatnya yang Kashif ( Yang Menemui ) Hakikat sesuatu dengan dibantu oleh kefahaman-kefahaman yang fitri dan badihi ( evident dan jelas ) yang kadangkala dengan bantuan mukadimah-mukadimah sensual ( Hissi ) atau tajrubi ( empirikal dan yang terbukti dengan uji kaji ) atau fitri ( yang berasaskan fitrah manusia ) .
 Maka itu Hakikat adalah sifat bagi kefahaman manusia.  Yakni satu kefahaman yang menepati sesuatu yang real dan nyata.  Wassalam.

No comments:

Post a Comment