Saturday, 11 February 2017

Pondok ModenCyber : Aqidah Imamiyyah( Qadha' dan Qadar 1 )


Bismillahirrahmanirrahim


Pondok ModenCyber ( Aqidah : Tanye Syiah Imamiyyah Ape tu Qadha' dan Qadar ?)



Uji diri anda topik Qadha' dan Qadar-Bahagian 1 ,

( Ask Shia Imamiyya about Qadha' dan Qadar-Part 1 )

1. Terangkan makna kalimat " Qadha' " dan " Qadar "?

2. Apakah makna Taqdir Ilahi dan Qadha' Ilahi.

3. Berdasarkan apakah dibahagikan Qadha' dan Qadar kepada Hatmi ( pasti ) dan Ghairu Hatmi ( tidak pasti )?

4. Apakah Bada'?

5. Terangkan Qadha' dan Qadar ilmi dan Qadha' dan Qadar Aini.?

6. Terangkan Lauh Mahfuz dan Lauh Al-Mahwi Wal Isbat dan kaitannya dengan nasib yang pasti dan nasib yang tidak pasti ?

7. Terangkan kesukaran untuk menyesuaikan diantara Qadha' dan Qadar dengan ikhtiar manusia dan terangkan perbezaan pandangan ulama Aqaid tentang perkara ini?.

---------------------------------------------------------------------------

TEKS PANDUAN JAWAPAN.

Pengertian Qadha' dan Qadar

     Kalimah Qadar bermakna " ukuran " dan takdir bermakna " mengukur " dan membuat sesuatu dengan ukuran tertentu.

     Kalimah Qadha' bermakna " menyudahkan " dan " mengadili ".

     Kadangkala dua kalimat ini digunakan secara sinonim dengan makna " nasib ". Yang dimaksudkan dengan takdir Ilahi ialah bagi setiap yang wujud, Allah Ta'ala telah menetukan ukuran dan batasan dari segi kuantiti , kualiti , masa dan tempat yang mana ukuran dan situasi ini terhasil dengan secara beransur-ansur dengan kesan yang diterima dari illat-illat ( sebab-sebab ) dan faktor-faktor.

     Yang dimaksudkan dengan Qadha' Ilahi ialah setelah tersedia akan mukadimah-mukadimah, sebab-sebab dan kondisi-kondisi sesuatu benda itu maka Allah Ta'ala akan menyampaikannya ke peringkat terakhir dan pasti untuk wujud.

      Menurut tafsir ini, peringkat takdir adalah sebelum peringkat Qadha' dan ianya mempunyai peringkat-peringkat yang beransur-ansur dan terdiri daripada mukadimah-mukadimah jauh, sederhana serta dekat dan dengan berubahnya sebahagian dari sebab-sebab dan syarat-syarat, ianya juga turut berubah. Contohnya , perkembangan janin secara beransur-ansur daripada nutfah, alaqah dan mudghah ( Surah Al-Mukminun, ayat 14 ) sehingga menjadi janin yang sempurna adalah merupakan peringkat-peringkat takdirnya yang berbeza yang juga merangkumi ciri-ciri masa dan tempat. Gugurnya ia ( janin ) dalam salah satu daripada peringkat-peringkat ini bermakna perubahan di dalam takdirnya, tetapi peringkat Qadha' berlaku sekaligus setelah tersedianya kesemua sebab dan syarat. Ia juga adalah pasti dan tidak dapat diubah.

( Al- Baqarah 117 Iza Qadha Amran Fainnama Yaqulu lahukun Fayakun )

     Tetapi , sepertimana yang telah diisyarahkan , kadangkala Qadha' dan Qadar digunakan secara sinonim. Maka dengan ini ia terbahagi kepada nasib yang pasti dan nasib yang tidak pasti. Oleh kerana itulah, di dalam riwayat-riwayat dan doa-doa telah disebut tentang perubahan Qadha' dengan bersedekah, berbuat baik kepada ibu bapa, silaturrahim dan berdoa sebagai faktor-faktor yang mengubah Qadha'.

Qadha' dan Qadar Ilmi dan Aini.

     Kadangkala , Takdir dan Qadha' Ilahi bermakna ilmu Allah terhadap tersedianya mukadimah-mukadimah, sebab-sebab dan syarat-syarat wujudnya fenomena-fenomena itu secara pasti. Perkara ini dikatakan sebagai Qadha' dan Qadar Ilmi.

     Adakalanya ia bermakna kaitan perkembangan beransur-ansur fenomena-fenomena dan juga kaitan wujud aininya fenomena-fenomena dengan Allah Ta'ala. Perkara ini dinamakan Qadha' dan Qadar Aini.

    Berdasarkan kepada ayat-ayat dan riwayat-riwayat, ilmu ilahi berkenaan semua benda-benda wujud dengan keadaan ianya wujud di alam luar, adalah termaktub di dalam makhluk yang bernama Luh Mahfuz dan sesiapa dengan izin Allah dapat berhubung dengannya , ia akan mengetahui perkara-perkara yang telah berlalu dan akan datang dan juga terdapat Luh-luh yang lebih rendah yang mana termaktub peristiwa-peristiwa dalam bentuk tidak sempurna dan bersyarat, ia akan dapat maklumat-maklumat yang terhad, bersyarat dan boleh berubah dan mungkin ayat ini adalah saksi bagi dua bentuk nasib ini. Yamhullah Ma Yasha' wa Yusbit wa Indahu Ummul Kitab. Berubahnya takdir-takdir yang bersyarat dan tidak pasti di dalam istilah riwayat-riwayat dinamakan ( Bada' ).

    Walau bagaimanapun iktikad kepada Qadha' dan Qadar Ilmi tidak menimbulkan kemusykilan lebih daripada apa yang timbul dari perbincangan berkenaan ilmu azali ilahi dan di dalam pelajaran yang lepas kita telah mengkaji tentang keraguan pendokong-pendokong fahaman Jabariah berkenaan dengan ilmu ilahi dan telah kita saksikan kelemahannya.

    Tetapi, iktikad kepada Qadha' dan Qadar aini ilahi khasnya iktikad kepada nasib yang pasti punya masalah yang lebih musykil yang mana hendaklah kita jawab akannya walaupun jawabannya secara kasar telah diberi di dalam perbincangan Tauhid dengan makna TA'SIR ISTIQLALI ( kesan yang independent)

Kaitan Qadha' dan Qadar dengan ikhtiar insan.

    Tuntutan iktikad kepada Qadha' dan Qadar ilahi ialah mempercayai bahawa kewujudan fenomena-fenomena dari mulanya hinggalah ke akhir hayatnya bahkan dari waktu tersedianya mukadimah-mukadimah jauh, ianya adalah di bawah pentadbiran yang bijaksana Allah Taala dan tersedianya syarat-syarat kewujudan dan sampainya ke peringkat akhir adalah bersandarkan kepada iradah Allah Ta'ala.

    Dengan kata yang lain : Sepertimana wujudnya setiap fenomena adalah bersandarkan keizinan dan kehendak Takwininya Allah Ta'ala dan tanpa keizinannya tiada benda yang dapat menjenguk mukanya ke alam kewujudan begitulah juga wujudnya setiap sesuatu adalah berdasarkan kepada takdir dan Qadha'nya Ilahi. Tanpanya tidak ada benda wujud yang akan dapat bentuk dan batasannya yang khusus dan tidak akan sampai ke peringkat akhirnya, dan penjelasan tentang kaitan ini, pada hakikatnya adalah pengajaran beransur-ansur tentang Tauhid dengan makna Independent di dalam memberi kesan yang merupakan darjat-darjat Tauhid yang paling tinggi dan mempunyai peranan penting di dalam pembangunan manusia.

     Tetapi persandaran fenomena-fenomena kepada keizinan dan kehendak Tuhan adalah lebih mudah difahami, berbeza dengan kaitan dan persandaran di peringkat terakhir dan penentuan yang pasti fenomena-fenomena kepada Qadha' Ilahi, lalu disebabkan kemusykilan ia lebih dikaji dan dibahaskan. Oleh kerana mengumpulkan iktikad sedemikian dengan penerimaan ikhtiar manusia dalam menentukan nasibnya adalah sangat musykil maka itu, sekumpulan ahli kalam yang menerima kesyumulan Qadha' ilahi berkaitan dengan amal perbuatan manusia , tertarik ke arah fahaman Jabariah. Mereka itu adalah Asyairah. Manakala golongan yang lainnya [ Muktazilah ] yang tidak dapat menerima Jabar [ keterpaksaan manusia ] dan kesan-kesannya yang negatif telah mengingkari kesyumula Qadha' ilahi ke atas amal perbuatan secara ikhtiarnya manusia.

    Setiap golongan menta'wilkan ayat-ayat Al-Quran serta riwayat-riwayat yang bertentangan dengan pandangan mereka sepertimana yang terdapat di dalam kitab-kitab kalam yang terperinci dan risalah-risalah berkenaan Jabr dan Tafwidh.

    Persoalannya ialah, sekiranya perbuatan manusia adalah dengan ikhtiarnya sendiri dan bersandarkan kepada iradahnya sendiri,bagaimana dapat kita katakan bahawa ianya adalah bersandarkan  kepada iradah dan Qadha' ilahi, dan sekiranya ia bersandarkan kepada Qaha' Ilahi bagaimana dapat kita katakan yang ianya adalah menurut ikhtiar dan pilihan manusia??

    Bagi menjawab persoalan ini dan menerangkan pengumpulan persandaran perbuatan kepada iradah dan ikhtiar manusia dengan persandarannya kepada iradah dan Qadha' ilahi, perlu kita terangkan jenis-jenis persandaran kepada iradah dan Qadha' ilahi serta jenis-jenis kebergantungan ma'lul ( musabab ) yang satu kepada beberapa illat supaya bentuk persandaran perbuatan secara ikhtiar kepada manusia dan juga Allah Ta'ala itu menjadi jelas.

Terjemahan dari Kitab " Pelajaran Aqidah Jilid 1 " Ayatullah Misbah Yadzi.(MKZ)

Petua : Banyak zikir " AL-MAJID " ketika bersendirian memberi kecerahan hati dan penawar sebarang penyakit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Uji diri anda topik Qadha' dan Qadar-Bahagian 2 ,

( Test yourself about Qadha' and Qadar-Part 2 )

1. Terangkan jenis-jenis kesan punca-punca ( illat-illat ) yang berbeza ke atas satu effect ( ma'lul wahid ) dan terangkan jenis yang mustahil berhimpun punca-punca yang berbilang ke atas satu effect?

2. Terangkan jawapan bagi keraguan Jabar ( keterpaksaan ) di dalam topik Qadha' dan Qadar?

3. Jelaskan kesan-kesan kepercayaan kepada Qadha' dan Qadar.

----------------------------------------------------------------------------------------------
TEKS JAWAPAN

Bentuk-bentuk kesan dari illat yang berbagai

    Kesan yang dihasilkan oleh beberapa illat di dalam kewujudan sesuatu fenomena dapat digambarkan dalam beberapa bentuk :

1- Beberapa illat bersama-sama dan di samping satu sama lain ( secara bergandingan ) mendatangkan kesan seperti terkumpulnya biji benih, air , kepanasan ....menyebabkan bercambahnya biji benih dan tumbuhnya tunas.

2- Setiap satu dari illat-illat secara bergilir-gilir mendatangkan kesan di mana umurnya sesuatu fenomena dibahagikan menurut bilangan illat-illat dan setiap bahagian adalah ma'lul bagi salah satu dari faktor-faktor tersebut yang meninggalkan kesan mengikut giliran masing-masing sepertimana  beberapa motor dihidupkan mengikut giliran dan menyebabkan bergeraknya kapal terbang.

3-Kesan secara berangkai di mana kesan setiap satunya timbul berturut-turut ke atas yang lainnya seperti berlaganya bebola-bebola yang dibariskan menimbulkan  perlanggaran yang berturutan. Contoh yang lain ialah kesan iradah manusia ke atas pergerakan tangan dan kesan tangan ke atas pergerakan pena dan kesan pergerakan pena bagi mewujudkan tulisan.

4- Kesan yang berturutan beberapa faktor secara vertikal di mana wujud setiap satu dari faktor-faktor tersebut bergantung kepada wujud faktor sebelumnya ( berbeza dengan nombor 3 di mana wujudnya pena tidak bergantung kepada wujudnya tangan dan wujudnya tangan tidak bergantung kepada Iradah manusia )

Di dalam semua bentuk-bentuk di atas , berhimpunnya beberapa illat untuk kewujudan satu Ma'lul adalah mungkin bahkan perlu, manakala kesan Iradah Allah dan iradah insan di dalam perbuatan secara ikhtiar adalah daripada bahagian yang keempat kerana wujudnya insan dan iradahnya adalah bergantung kepada Iradah ilahi. Tetapi bentuk berhimpunnya dua illat ke atas satu Ma'lul yang tidak mungkin ialah apabila berhimpunnya dua illat pemberi kewujudan atau dua illat yang tidak dapat berhimpun bersama ( Maniatul Jam ) yang memberi kesan secara horizontal dan secara bergilir. Umpamanya satu iradah timbul dari dua pembuat yang beriadah atau satu fenomena bersandarkan kepada dua kumpulan illat-illat ( dua illat tammah ).

Penyelesaian keraguan

     Dengan penjelasan yang telah diberikan , persandaran ( istinad ) wujudnya perbuatan-perbuatan ikhtiar manusia kepada Tuhan tidak bertentangan dengan persandarannya kepada manusia itu sendiri oleh kerana persandaran ini berlaku secara vertikal dan tidak ada gangguan ke atas satu sama lain.

      Dengan kata lain, persandaran perbuatan kepada pembuat ( manusia ) berada pada satu peringkat dan persandaran wujudnya kepada Tuhan adalah peringkat yang lebih tinggi yang mana pada peringkat itu wujudnya insan itu sendiri dan wujudnya materi yang mana perbuatan manusia itu berlaku ke atanya dan wujudnya peralatan yang digunakan manusia untuk melakukan perbuatannya , semuanya adalah bersandarkan kepada Tuhan.

     Maka kesan Iradah manusia sebagai bahagian yang terakhir dari illat yang sempurna ( illat Tammah ) di dalam perbuatannya tidak bertentangan dengan istimad ( persandaran ) semua bahagian illat sempurna kepada Allah Ta'ala.

     Kewujudan alam , insan dan kesemua aspek kewujudannya adalah berada di dalam kekuasaan Allah yang senantiasa mengurniakan kewujudan kepada mereka dan senantiasa mencipta mereka dan tidak ada maujud yang tidak perlukannya pada satu masa dan satu keadaan sekali pun dan tidak ada yang independent daripadanya.

      Oleh itu perbuatan dan amalan secara ikhtiarnya manusia juga tidak terkecuali dari memerlukan Allah Ta'ala dan tidak akan terkeluar dari bidang iradah Allah dan kesemua sifat, ciri-ciri, sempadan-sempadan adalah bergantung kepada takdir dan Qadha' ilahi dan bukanlah ianya itu samada bersandar kepada iradah insan sahaja atau kepada iradah Allah Ta'ala semata-mata.

     Ini ialah kerana kedua-dua iradah ini bukanlah secara horizontal ataupun tidak dapat berkumpul dengan satu sama lain dan kesan mereka dalam wujudnya perbuatan bukanlah secara berganti-ganti bahkan iradah insan sepertimana asal kewujudannya adalah tertakhluk kepada iradah ilahi dan iradah Allah Ta'ala untuk kewujudannya adalah perlu dan dharuri.

( At-Takwir:29 Wamatashauuna illa An Yashau llahu Rabbul Alamin )

Kesan iktikad kepada Qadha' dan Qadar

    Iktikad kepada Qadha' dan Qadar di samping ianya merupakan satu tingkatan dan darjat dari ma'rifat Allah dan menyebabkan kesempurnaan insan dari segi akal fikiran, ianya juga mempunyai kesan praktikal yang banyak di mana telah kita isyaratkan sebahagian darinya dan sekarang kita terangkan sebahagian yang lainnya:

     Manusia yang percaya bahawa timbulnya peristiwa-peristiwa dan kejadian adalah menurut iradah yang bijaksana Allah Ta'ala dan bersandarkan kepada takdir dan Qadha'nya ilahi , maka ia tidak akan takut dengan kejadian yang tidak menyenangkan dan tidak akan menggadaikan dirinya berhadapan dengan perkara-perkara tersebut bahkan dengan memberi perhatian bahawa kejadian-kejadian ini adalah sebahagian dari sistem alam yang bijaksana dan ianya berlaku menurut kemaslahatan-kemaslahatan dan hikmat-hikmat, maka ia akan menerimanya dengan tangan terbuka dan kan terhasil baginya sifat-sifat terpuji seperti sabar,tawakkal,redha dan menyerah ( Taslim ).

     Ia juga tidak akan tertipu dengan keseronokan-keseronokan kehidupan dan tidak menjadikan nikmat-nikmat pemberian Tuhan sebagai alat untuk bermegah-megah.

    Kesan-kesan berguna inilah yang diperkatakan oleh ayat : Al-Hadid : 22 dan 23

    Walaubagaimanapun perlu diberi perhatian bahawa kefahaman yang tidak benar tentang Qadha' dan Qadar serta Tauhid di dalam kesan independent membawa kemalasan, kelemahan, kehinaan serta penerimaan kezaliman dan menyebabkan seseorang itu melarikan diri dari tanggungjawab. Ketahuilah bahawa kebahagiaan dan kecelakaan adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti secara ikhtiar seseorang itu.

( Al-Baqarah 286 , Laha Ma Kasabat Wa Alaiha Maktasabat )
( An-Najm 39 , Wa An Laisa Lil Insani Illa Masaa  )

"Doa untuk mazlumin di seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
Ref : Durus fil Aqidah AytMisbahYazdi.

No comments:

Post a Comment