Wednesday, 8 February 2017

Makrifat ( 6 ) : Takrif - takrif Makrifat


Bismillahirrahmanirrahim


Beberapa pandangan mengenai takrif Makrifat @ Mengenal@ ilmu


1.Semua benda kita kenali dengan mengenal dan mengenal itu sendiri tidak lain melainkan kesedaran individu. ( takrif ini hanya takrif lafzi kerana mungkin orang bertanya kesedaran itu apa? ).

2.Makrifat atau mengenal yakni penyesuaian mafhum@konsep sesuatu dengan misdaq dan kewujudan real dan luarannya !

3.Makrifat dan mengenal @ Recognition sama sekali tidak perlukan takrif kerana hakikatnya adalah jelas bagi manusia.

4.Makrifat adalah pantulan alam luaran di dalam fikiran  atau produksi tertinggi tabiat yang timbul dari peringkat tertentu perubahan penyempurnaan( seperti yang didakwa oleh materialisma dialektik ).Apakah Makrifat itu refleksi ??

5.Menurut kacamata Realisma Ilahi Qurani mengenal itu dua bentuk ,Iktisabi( acquired )dan Tabie.
Makrifat iktisabi adalah amalan Ruh manusia dan merupakan kesedaran tentang hakikat-hakikat kewujudan yang berlaku melalui mekanisma mengenal di dalam fikiran manusia.

      Di dalam Mantiq kita tidak diberi takrifan akan ilmu dan oleh kerana kejelasan dan badihinya hakikat ilmu itu telah ditakrifkan secara zahir sahaja yakni

العلم هو الصورة الحاصلة من الشیء عند العقل

ilmu itu adalah gambaran yang terhasil dari sesuatu di sisi akal.

اللهم صل علی محمد و آل محمد
  
Ref : Shenakht .HjtSy Mohd Shafei

No comments:

Post a Comment