Bismillahirrahmanirrahim
Mungkin
ada yang berkata: Kita tidak menerima kenyataan bahawa wujudnya perselisihan
akidah-akidah dan kata-kata adalah saksi bahawa sebahagiannya adalah tidak
benar. Sesiapa yang berkata demikian adalah termaklum bahawa ianya telah tidak
meneliti akan hakikatnya fikiran kerana fikiran kita adalah di antara
perkara-perkara yang boleh terpengaruh dan berkesan ke atasnya disebabkan oleh
factor-faktor yang tertentu sepertimana benda-benda wujud yang lain di dunia
ini maka benar atau tidak benarnya adalah tidak punya mafhum sama sekali.
Apakah kita boleh mensifatkan anak kita sebagai benar atau tidak benar? Yakni
wujudnya kita katakan benar atau tidak benar- jangan terkeliru pula,
bahawasanya maksud kita bukanlah bercakap benar atau penipu.
1-
Kita melakukan kesilapan dalam berfikir
Fikiran
kita kadangkala melakukan kesilapan samada di dalam kesesuian Muqaddimah
ataupun tidak memerhatikan syarat-syarat bentuk Muqaddimah contohnya dari
Muqaddimah mahu mengambil natijah yang meyakinkan ataupun dari
Muqaddimah-muqaddimah yang tidak umum dan partikular (جزءي) mahu diambil natijah yang universal
ataupun mahu mendapatkan Mahiyyah @quiddity sesuatu daripada Muqaddimah yang tidak
sama dengannya, walaubagaimanapun kesilapan berfikir adalah sesuatu yang jelas
dan tidak memerlukan saksi.
Kita
menyaksikan perselisihan ahli-ahli ilmu di dalam masalah-maslah ilmu yang
berbagai pada setiap tempat dan setiap masa, begitu juga diri kita sendiri
percaya kepada sesuatu perkara lalu kemudiannya berubah fikiran tentangnya.
Adalah jelas bahawa bukan kesemua kepercayaan-kepercayaan yang kontra dan kontradik
ini adalah benar sebahagian daripadanya pasti telah keliru.
Penjelasan:
Fikiran adalah dari khususiat dan amalan-amalannya otak dan material ini adalah
sama seperti material-material alam dunia yang lainnya yang tidak terkecuali
dari hukum universal (تاءثير) kekesanan dan (تاءثّر) keberkesanan. Maka itu otak dengan
dipengaruhi oleh faktor-faktor yang khusus menjalankan kerja-kerja berfikir dan
mendapatkan natijah dalam keadaan dimana otak yang lain berada di bawah
pengaruh faktor-faktor “sosial dan individu” yang lain pula berfikir bercanggah
dengan yang tadinya dan faktor-faktor ini yang meninggalkan kesan keatas
material otak adalah berpengaruh didalam cara ia berfikir- sepertimana perut
memberi kesan keatas makanan, otak juga memberi kesan ke atas makanan rohaninya
iaitu “pemikiran” dengan kata lain berfikir adalah satu amalan daripada
amalan-amalan otak yang merupakan material otak dan perkara –perkara sari
persekitaran yang masuk campurtangan ke dalam otak. Ini pun berbeza pada orang-orang
yang berlainan dan efek yakni pemikiran adalah mengikuti sebab-sebabnya.
Dengan memerhatikan kepada apa yang telah
disebut benar atau salahnya fikiran tidak akan bermakna dan setiap fikiran bagi
setiap orang pada setiap keadaan dibandingkan dengan Muqaddimah dan
faktor-faktor khusus yang mengadakannya dan tidak bermakna sama sekali jika
akibat (effect) menyalahi punca dan sebabnya sendiri.
Sepertimana
sesuatu makanan mempunyai natijah yang berbeza bagi selera-selera dan keadaan
jiwa yang berbeza maka tidak benarnya kata-kata yang kontra atau kontradik
walaupun di masa lampau adalah daripada perkara yang diterima tetapi dengan
memerhatikan kepada apa yang kita katakan tadi adalah jelas bahawa kata-kata
mereka yang terdahulu adalah batil.
Apa
yang kita bentangkan di atas adalah sebahagian daripada akidah mereka yang
beri’tiqad kepada relatifnya kefahaman pendokong-pendokong teori ini adalah
sebahagian daripada failasuf-failasuf Yunan lama san sebahagian daripada
orang-orang Eropah dan pendokong-pendokong mantiq materialisma dialektik.
Tetapi dengan
pandangan yang lebih teliti akan jelas lemahnya teori ini. Adalah benar bahawa
fikiran, dari segi ianya itu satu kewujudan yang khas dan efek bagi faktor-faktor
yang khas adalah satu maujud yang mesti yang telah mendapat kemestiannya
daripada puncanya, dari segi ini tidak ada baginya kebenaran dan kepalsuan
tetapi kumpulan ini telah lalai akan keistimewaan lain yang ada pada fikiran
dan ianya adalah keistimewaan “cerminnya” ilmu yang terhasil daripada amalan
fikiran. Ilmu dari segi “kriteria” penghikayatnya kadang-kala menampakkan
kenyataan betul sepertimana yang ada dan menjalankan tugas ini dengan baik dan
kadangkala tidak begitu, me
mbuat kesilapan serta menjadikan manusia keliru dan
tidak benar di dalam pendahuluannya .
Ringkasnya
ilmu dari segi ini ianya adalah satu maujud seperti cermin dan tiada tugas yang
lain selain ini walaupun dengan sendirinya wujudnya adalah disebabkan oleh
faktor-faktor yang khas dan lahir dari faktor-faktor tersebut dan dalam pandangan
ini, garis panduan adalah yang nyata dan sepertimana tiada makna dua perkara
kontradiksi kita katakan kedua-duanya betul perkara begitu juga didalam ilmu
yang merupakan penunjuk yang nyata, tidak bermakna jika dikatakan kedua-duanya
adalah betul.
Adalah
perlu kita beri perhatian bahawa mengingkari asal kemustahilan kontradiksi dan
kontrari dan mengubahnya kepada asal berkumpulnya dua kontra adalah satu
daripada dua atau tiga atau empat asal bagi mantiq dialektik, nanti akan
dibahaskan tentang asas maktab mereka.
Kita
perlu kepada sesuatu yang dapat mencegah diri kita dari melakukan kesilapan
dalam berfikir.
Sekarang
setelah terbukti bahawa terdapatnya kesilapan didalam berfikir terpaksa dijelaskan
kaedah untuk memelihara fikiran dari kekeliruan dalam berfikir supaya mudah
bagi menemukan perkara-perkara Majhul dan inilah kanun yang dinamakan Mantiq.
No comments:
Post a Comment