Bismillahirrahmanirrahim
1 Fikiran
Ianya
adalah satu-satunya alat atau media untuk menemui hakikat-hakikat. Fikiran ,
sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Sina di dalam “Shifa” lalu diikuti oleh
para pengkaji adalah: pergerakan (ذهن) fikiran seseorang dari sesuatu (مجهول)
perkara yang mahu diketahui itu samaada ianya (تصور) ataupun (تصديق) kearah pendahuluan dan kembali daripada
pendahuluan kearah perkara yang dituju. Walaubagaimanapun jelas bahawa diantara
natijah (hasil) dengan Muqaddimah terdapat kaitan necessary (ضرورى).
Kerana adalah tidak mungkin contohnya dari Muqaddimah – Ali adalah pemukul dan
setiap pemukul memukul menggunakan alat tertentu- lalu diambil natijah bahawa-
dunia memerlukan pencipta sedangkan penyataan (قضيه) ini memerlukan Muqaddimah yang munasabah
dan berkaitan dengannya.
Dan
begitu juga hakikatnya jin tidak dapat ditemui melaluinya meja. Apabila sesuatu
Muqaddimah adalah (ظنّى) ianya tidak boleh menghasilkan natijah secara yakin. Contohnya
kita tidak dapat beristidlal bahawa, oleh kerana Ahmad melarikan diri dan
sesiapa yang melarikan diri adalah pencuri, ia adalah pencuri.
Yang lainnya, untuk menemukan
natijah kita terpaksa menurut syarat-syarat serta tertib-tertib
yang khusus
didalam (bentuk) Muqaddimah maka tidak dapat kita sabitkan bahawa insan
adalah
jisim daripada - Setiap insan adalah
haiwan-sebahagian
dari haiwan-haiwan adalah jasad (body)- kerana mungkin bahawa insan tidak
berada di dalam sebahagian itu tadi.
Dan begitu juga kita tidak dapat
membuktikan dan mengambil natijah dari Muqaddimah-muqaddimah ini- (sesiapa yang
berakidah tentang ketuhanannya Firaun ianya juga beraqidah bahawa Firaun itu
berjasad. Sesiapa yang beraqidah bahawa Firaun itu berjasad adalah berkata
benar) - bahawasanya sesiapa yang beraqidah tentang ketuhanannya Firaun adalah
berkata benar. Oleh kerana orang yang percaya akan kejasadan Firaun hanya benar
di dalam perkara ini bukanlah di dalam semua lafaznya sehingga kita katakan
kepercayaan tentang ketuhanan Firaun juga benar.
Begitu juga kita tidak dapat
mengatakan bahawa air batu adalah mengalir daripada Muqaddimah di bawah-( Air
batu adalah daripada air- air adalah mengalir. Perkataan “daripada” bagi
kubra(major premis) yang sahih qiyas ini hendaklah seperti berikut. “ Setiap
sesuatu daripada air adalah mengalir”. Ketika ini juga kita melihat bahawa
kenyataan ini tidak benar.
Contoh-contoh diatas kesemuanya untuk
(تصديقات) confirmations didalam (تصورات) imaginations juga sedemikian
misalnya hakikat insan tidak dapat ditemui daripada haiwan kerana haiwan adalah
lebih umum (اعمّ).
Maka di samping perlunya kesesuaian
diantara Muqaddimah dan natijah, bentuk yang khusus bagi bentuk Muqaddimah juga
mesti diperhatikan- Asasnya kita telah mengatakan bahawa berfikir adalah
pergerakan fikiran kearah Muqaddimah-muqaddimah dan dari Muqaddimah-muqaddimah
kearah natijah maka kita perlukan Muqaddimah –muqaddimah yang sesuai dan cara
serta jalan yang sahih di dalam pergerakan darinya ke natijah.
No comments:
Post a Comment