Friday 17 February 2017

PondokModenCyber : Maarif al Qur'an ( surah al Kautsar )



Al-KAUTSAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

al KAUTSAR

 " INNA A'THAINAAKAL KAUTSAR "
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( Wahai Muhammad ) Al-Kautsar.

      Kautsar bererti kebaikan yang banyak , orang-orang yang pemurah juga dipanggil Kautsar, Kautsar juga adalah sungai di dalam syurga yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah s.a.w ,juga bermakna telaga Kautsar. Ada mufassir mengatakan Kautsar adalah nubuwwah ( kenabian ) atau Al-Quran atau ramainya Ashab atau ramainya zuriat ( dari keturunan Fatimah AzZahra a.s ) atau syafaat.

      Terdapat 15 pengertian yang telah dinukilkan bagi Kautsar yang kesemua itu adalah pengertian bagi makna Khairun Kasir " Kebaikan yang banyak ".

      Diantara pengertian yang paling jelas bagi Kautsar ialah kewujudan yang diberkati " Fatimah Az Zahra a.s " kerana Rasulullah s.a.w telah dituduh sebagai terputus keturunan.

      Zuriat dan keturunan Rasulullah s.a.w telah tersebar di seluruh pelusuk dunia melalui Fatimah Zahra a.s dan mereka bukan sahaja keturunan Jasmani tetapi mereka telah memelihara semua nilai-nilai agama Islam.
( Rujuk Tafsir Kabir Fakhrur Razi Surah Al Kautsar )

" FA SOLLI LIRABBIKA WANHAR "
Maka sembahyanglah kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban.

Inhar  bererti menghadap ke kiblat , mengangkat tangan ketika takbir dan makna yang lebih sesuai ialah menyembelih korban tanda kesyukuran bagi nikmat yang besar anugerah Tuhan Wali nikmat berhadapan dengan korbannya orang-orang Mushrikin dihadapan berhala-berhala, walaupun menghimpun semua makna juga tidak punya sebarang halangan.

" INNASHAANIAKA HUWAL ABTAR "
Sesungguhnya orang yang mencelamu itu dialah yang terputus keturunannya

Takziah diucapkan kepada semua sempena ulangtahun kesyahidan puteri Nabi s.a.w Fatimah Zahra a.s 13 Jamadil Awwal dan 3 JamadilAkhir tahun11 Hijrah.

     Islam telah muncul di semenanjung tanah Arab di mana perempuan-perempuan telah kehilangan air muka mereka. Islam telah mengangkat mereka dan memberi kemegahan kepada mereka dan menyamakan taraf mereka dengan lelaki.
(Imam Khomeini )

     Anak-anak perempuan yang dihina sebegitu rupa di Zaman Jahiliyyah sehingga ditanam hidup-hidup, apabila munculnya Islam, budaya penghormatan kepada wanita telah dianjurkan dan kelahiran anak perempuan disambut sebagai satu kurniaan yang besar sehinggakan Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk melakukan korban unta sebagai simbol kesyukuran yang besar berhadapan dengan anugerah yang besar Allah Ta'ala kurniakan tambah lagi anugerah ini ialah Fatimah Zahra a.s.

solawat

No comments:

Post a Comment