Tuesday, 31 January 2017

logika Oh logika


Bismillahirrahmanirrahim


Logika (4)

Oleh itu ( menurut golongan Skeptist) adalah tidak mungkin untuk membuktikan kewujudan benda diluar dan kalaupun kita katatakan wujudnya benda diluar kita tidak dapat memahami hakikatnya.

Secara insafnya dakwaan ini tidak berasas sama sekali dan memijak Wijdan dan indera batin kerana timbulnya kesilapan di dalam persepsi tidaklah menyebabkan kita mengenepikan semua pengetahuan kita hatta permasalahan-permasalahan primer dan fitri.

Apakah punca cendekiawan skeptist apabila berjalan dengan alasan tidak boleh berharap kepada penglihatan mereka tidak pun menutup mata dan apabila mereka berhadapan dengan masalah individu atau sosial oleh kerana andaiannya tidak dapat berharap kepada fikiran mereka tidak pula mengambil keputusan tidak mahu berfikir lantas menyelesaikan masalah seperti orang-orang gila?

Tambah lagi, tiada keyakinan terhadap indera dan fikiran yang dipercayai oleh skeptist, apakah perkara ini bukan dari persepsi fikiran?

Kalaulah mahu dibatalkan fikiran dan persepsinya , kepercayaan ini juga harus dikira batil dan kosong.

Tambah lagi kita sendiri menjadi saksi bagi kemajuan kehidupan sosial manusia  melalui fikiran. Setelah kita meneliti semua kesan-kesan yang menakjubkan ini bagaimana dapat kita ingkari pemahaman akan adanya hakikat benda-benda?




No comments:

Post a Comment