Rasulullah s.a.w : Dinamakan Syawwal kerana di dalamnya berguguran dosa-dosa para mukminin.
Imam Ali a.s : Ia adalah Hari Raya bagi orang yang Allah menerima puasanya dan mensyukuri Qiyamnya ( di malam hari ) dan setiap hari yang tidak dilakukan dosa kepada Allah adalah Hari Raya.
Imam Redha a.s : Dijadikan hari Fitri sebagai Eid ( Hari Raya ) supaya ada perhimpunan bagi Muslimin,mereka berhimpun pada hari tersebut dan keluar kerana Allah Azza Wa Jalla,memuji-muji Allah di atas pemberian Allah kepada mereka maka ianya sebagai Hari Raya dan Perhimpunan,hari Fitrah dan Zakat,hari kesungguhan dan Permintaan ( kepada Tuhan ).
Imam Hasan a.s : Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan bulan Ramadhan medan perlumbaan bagi makhluknya,mereka berlumba di dalamnya mentaati ( Allah ) bagi keredhaanNya lalu mendahului di dalamnya satu golongan maka mereka berjaya dan ketinggalan yang lainnya maka mereka tersia dan teramatlah pelik orang yang bergelak ketawa bersuka-suka pada hari yang diberi ganjaran di dalamnya orang-orang yang berbuat kebaikan dan rugi orang yang menyia-nyia…
*** Teramatlah penting untuk bertawassul kepada Nabi s.a.w dan Ahlul Bait yang disucikan Allah*** serta meminta Syafaat..supaya ditampung kekurangan dari yang sepatutnya pada bulan Ramadhan yang suci,supaya kejelekan ditukar ganti dengan kebaikan-kebaikan dan sampai ke derajat ketinggian.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin
No comments:
Post a Comment