Kenapa dinamakan Lailatul Qadr ?
1.Kerana kesemua Takdir ditentukan pada malam tersebut.
Ditentukan bagi setiap orang yang selayaknya bagi diri orang tersebut berdasarkan persiapan-persiapan yang telah dilakukannya.
2.Kerana malam itu mempunyai kemuliaan.
3.Kerana Al-Qur’an yang mulia diturunkan kepada Rasul yang mulia melalui malaikat yang empunya kemuliaan.
4.Kerana sesiapa yang menghidupkannya dengan ibadah-ibadah mendapat kemuliaan dan manzilah.
5.Kertana Takdir bermakna sempit dan bumi ini sempit kerana dipenuhi para malaikat.
Kenapa lebih baik dari seribu bulan ?
1.Kerana nilai ibadat.
2.Kerana nuzul Al-Qur’an dan keberkatan dan rahmat ilahi.
Kenapa turunnya Al-Qur’an pada Lailatul qadr ?
Kerana ketentuan manusia selama satu tahun berdasarkan kelayakannya ditentukan pada malam tersebut dan Al-Quran yang merupakan kitab penentu nasib manusia sepatutnya lah turun pada malam ketentuan.
Nota :
Yang zahir dari riwayat-riwayat ialah Lailatul Qadr itu mempunyai tingkatan-tingkatan dan malam yang diisyaratkan di dalam Al-Qur’an ialah yang memiliki tingkatan terakhir dan kepastian yang tidak bakal berubah.Yang difahami dari riwayat-riwayat ialah malam-malam tersebut ialah Nisfu Sya’aban,malam 19 bulan Ramadhan,malam 21 dan malam 23 walaupun malam ke 23 adalah afdhal dan ia adalah Lailatul Juhani yang tidak berubah apa-apa yang telah ditakdirkan di dalamnya.
Berkemungkinan yang kuat bahawa malam ke 27 juga adalah dari Layali Al-Qadr walaupun yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan itu ialah Lailatul Juhani yaitu malam ke 23 dan barangsiapa yang ingin berihtiath maka himpunlah kelima-lima malam tersebut dengan Ihya dan menghidupkan malam dengan beribadat.
Daripada Rasulullah s.a.w : Musa a.s berkata : Tuhanku,aku ingin kedekatanmu.Tuhan berfirman : Taqarrub kepadaku kepunyaan orang yang berjaga Lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin rahmatmu.Tuhan berfirman : rahmatku kepunyaan orang yang mengasihani para miskin pada lailatul Qadr.Tuhanku aku ingin melintasi titian Sirat.Tuhan berfirman : Ianya kepunyaan orang yang bersedekah pada Lailatul Qadr.Musa berkata : Tuhanku aku mahukan pohon syurga.Tuhan berfirman :Ianya milik orang yang bertasbih pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan keredhaanmu.Tuhan berfirman : Keredhaanku milik orang yang bersolat dua rakaat pada Lailatul Qadr.Tuhanku aku mahukan perlepasan dari api neraka.Ianya milik orang yang beristighfar pada Lailatul Qadr.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment