Telah diriwayatkan dari Tabrani dan lain-lain dari Ibni Abbas,berkata : Telah diturunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadr sekali gus ke langit dunia dan diletakkan di Baitul Izzah kemudian diturunkan beransur-ansur ke atas Nabi s.a.w selama 20 tahun dan dari Jalaluddin Suyuthi berkata ‘’ Inilah kata-kata yang paling sesuai dan termasyhur ‘’ ( Talkhis Tamhid )
Mulla Muhsen Feid Kashani telah mentakwilkan dengan berkata : Seakan-akan dikehendaki dengannya turun makna Al-Qur’an ke kalbu Nabi s.a.w seperti firman Allah Taala ‘’ Telah menurunkan Ruhul Amin ke kalbumu ‘’ kemudiannya turun beransur-ansur selama 20 tahun dari batin kalbu Nabi s.a.w ke zahir lidah beliau setiap kali datang Jibrail a.s dengan wahyu dan membacakannya dengan lafaznya. ( Tafsir Safi jilid 1 ).
Allamah Tabataba’i berpegang kepada takwil ini dan menambah lagi ‘’ Sesungguhnya Kitab ini mempunyai hakikat yang lain di sebalik apa yang kita fahami dengan kefahaman yang biasa dan ianya adalah satu hakikat yang mempunyai kesatuan yang bertaut satu sama lain tidak menerima penceraian ( tafsil ) dan tidak pemisahan ( tajziah )kerana kembalinya kepada satu makna tiada juzuk-juzuk di dalamnya dan tiada fasal-fasal manakala pemisahan dan fasal-fasal yang dilihat di dalam kitab datang setelah pengukuhan tersebut.Firman Allah ‘’ Kitab yang telah diperkukuhkan ayat-ayatnya kemudian diperincikan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui ‘’ ( Hud 2 ).
Ringkasan :
Maka itu yang dimaksudkan dengan Inzal Al-Qur’an ( penurunan Al-Qur’an ) pada Lailatul Qadr ialah penurunan hakikat kitab yang bersatu sifatnya ke kalbu Rasulullah s.a.w sekali gus sepertimana telah diturunkan Al-Qur’an secara mufassal dan terperinci di dalam fasal-fasal ( bahagian-bahagian ) dan bekas-bekas ( suasana dan tempat ) ke kalbu baginda s.a.w secara beransur-ansur pada tempoh Dakwah Kenabian. ( Al-Mizan J 2 ).
No comments:
Post a Comment