Basahkanlah lidahmu dengan bermunajat kepada Allah swt.Jangan sekali-kali mengumpat,menfitnah dan pendek kata jangan lakukan segala bentuk dosa di hadapan Allah s.w.Taala.Jangan cemarkan nikmat Allah di ruang tamunya dengan kemaksiatan.Kamu di bulan yang mulia ini diundang menjadi tetamu Allah maka persiapkanlah dirimu untuk menjadi tetamu kepada Yang Maha Agung…sekurang-kurangnya berpegang teguhlah kepada hukum-hakam zahirnya puasa bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum tetapi harus juga menjaga diri dari perkara-perkara berbentuk dosa kerana ini adalah adab yang dasar bagi puasa orang-orang permulaan (mubtadi’in).Kamu sekurang-kurangnya mengamalkan adab-adab puasa yang dasar,sepertimana kamu menahan perut dengan berlapar dan mulut dengan dahaga,kamu juga menjaga mata,telinga dan lidah dari maksiat.
Dari sekarang berjanjilah untuk menjaga lidah dari fitnah,umpatan dan penghinaan.Jauhilah sifat-sifat yang berbentuk kedengkian,kekejian dan beberapa lagi sifat buruk yang sedia maklum.Jika kamu berjaya menghampirkan diri kepada Allah swt dengan setiap amal kebajikan dan dilaksanakan dengan hati yang ikhlas tanpa riya’ ini bererti kamu telah memisahkan diri dari Syaitan jin dan manusia.
Dengan berakhirnya bulan Ramadhan jika tidak ada perubahan di dalam kelakuan dan perbuatan dan tidak berbeza sama sekali sikapmu dengan sebelum hadirnya bulan Ramadhan ketahuilah bahawa puasa yang dikehendaki dari kamu belum lagi terlaksana dan puasa yang kamu kerjakan hanyalah seperti puasa orang awam dan haiwan.
Di bulan yang mulia ini kamu diundang ke ruang tamu Allah swt,jika kamu tidak berusaha untuk mendapatkan Makrifatullah/Mengenal Allah atau Makrifatullahmu tidak bertambah ini bererti kamu tidak melangkah dengan betul ke ruang tamu tersebut dan kamu tidak menunaikan hak sebagai tamu.
Janganlah sekali-kali lupa bahawa bulan Ramadhan adalah Shahrullah/Bulan Allah swt,pintu-pintu rahmat terbuka luas bagi hamba-hambaNya manakala para Syaitan bersama pasukannya seperti di dalam riwayat di belenggu,sekiranya kamu tidak dapat membentuk dan memperbaiki diri,tidak dapat mengawal nafsu Ammarah dan tidak dapat membebaskan diri dari pengaruh dunia kebendaan maka adalah sukar bagi kamu untuk melakukannya di luar bulan Ramadhan.Oleh kerana itu gunakanlah kesempatan ini dan jadikanlah anugerah yang besar ini sebagai alat untuk memperbaiki,membersihkan dan menyucikan perkara-perkara peribadi INSYA ALLAH.
LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZEEM
HASBUNALLAH WA NI’MALWAKEEL NI’MAL MAWLA WA NI’MAN NASEER
ALLAHUMMA AJJIL LIWALIYYIKALFARAJ
SOLAWAT.
No comments:
Post a Comment