Puasa ialah sebahagian dari sistem Ibadahnya Islam.Oleh kerana hukum-hakam syariat Islam yang suci adalah bersifat Taabbudi maka kita hendaklah menerima dan mengamalkannya tanpa sebarang persoalan.Apatah lagi ibadah berpuasa yang mempunyai faedah-faedah yang banyak kerohanian dan kebendaan yang diantaranya :
1.Taqarrub / mendekatkan diri kepada Allah.( Dimensi Ilahi )
Firman Allah ( Hadits Qudsi ) : KULLU AMALIBNI AADAM HUWA LAHU ILLASSIYAAMU FAHUWA LI WA ANA UJZA BIHI / Setiap amalan anak Adam adalah kepunyaannya kecuali puasa yang ianya adalah kepunyaanku dan aku adalah ganjarannya. ( WasailusSyiah J 7 )( Sebahagian membacanya ANA AJZI BIHI / Aku memberi ganjarannya yang maknanya tidak tepat kerana semua amalan diberi ganjaran oleh Allah sedangkan puasa mempunyai keistimewaan di mana ganjaran syurga adalah tidak mencukupi bagi orang yang berpuasa maka Allah berfirman “ Aku adalah ganjarannya’’ yakni Taqarrub kepadaku adalah sebaik-baik ganjaran.
2. Mewujudkan dan menguatkan Iradah ( Dimensi Pendidikan dan latihan ).
ISTAIINU BISSOBRI WASSOLAAH WAINNAHA LAKABIIRATU ILLA ALAL KHAASYI’IIN ( Al- Baqarah 45 )
Minta tolonglah kamu dengan kesabaran dan sembahyang…Imam Sadiq a.s ketika mentafsirkan ayat ini berkata : Jika musibah yang berat menimpa seseorang hendaklah ia berpuasa kerana Allah berfirman : mintalah pertolongan sabar dan Sabr adalah puasa.
Jika manusia tahu betapa puasa mempunyai kesan pendidikan dan latihan yang menakjubkan untuk menguatkan Iradah manusia sudah pasti mereka tidak akan memadai dengan hanya berpuasa bulan Ramadhan.
3. Mewujudkan jiwa simpati kepada fakir miskin. ( Dimensi Sosial )
Rasulullah s.a.w : …WA HUWA SHAHRUL MUWASAT / Dan bulan Ramadhan adalah bulan simpati. (wasail)
Imam Baqir a.s : Allah telah mewajibkan puasa supaya orang kaya merasai kelaparan dan mengasihani yang faqir. ( Wasail )
4. Kesihatan tubuh badan. ( Dimensi Kesihatan )
Rasulullah s.a.w : SUUMUU TASIHHU / Berpuasalah agar kamu sihat.
Hadits : AL MI’DATU RA’SU KULLI DAA’IN WAL HIMYATU RA’SU KULLI DAWA’IN / Perut adalah tempat segala penyakit dan Himyah/Imsak/menahan diri adalah ubat segala penyakit.
Alexi Sufurin : lebih 23 penyakit boleh diubati dengan berpuasa.
5. Kesihatan jiwa / akhlak dan rohani. ( Dimensi Akhlak )
Ilmu Akhlak tujuannya ialah untuk Tazkiyah / penyucian jiwa dan roh insani dari Razail /kekejian akhlak.Jika seseorang itu ingin sampai ke tingkatan-tingkatan kesempurnaan dan kerohanian yang tinggi hendaklah pertamanya disucikan roh dari kecemaran-kecemaran jiwa.Puasa mempunyai fungsi Takhliyah / penyingkiran kekejian-kekejian dan Tazkiyah / penyucian jiwa dan rohani.
KUTIBA ALAIKUMUSSIYAM…LAALLAKUM TATTAQUUN / DIWAJIBKAN PUASA KE ATAS KAMU … AGAR KAMU BERTAKWA.
6. Makrifat nilai nikmat-nikmat ( Dimensi Irfani )
Tu’raful ashya’ Bi adhdaadiha / Benda-benda dikenali dengan lawannya.
Apabila berpuasa perkara-perkara yang sebelumnya harus menjadi haram dilakukan maka timbullah kesedaran akan betapa bernilainya nikmat-nikmat Allah.WA IN TA’UDDU NIKMATALLAHI LAA TUHSUUHA / jika kamu mengira nikmat-nikmat Allah kamu tidak akan terkira.
7. Iltizam kepada Disiplin. ( Dimensi Bina Diri / Pengembangan individu )
8. Mewujudkan perpaduan masyarakat. ( Dimensi Kesempurnaan Masyarakat )
9. Peningkatan Keikhlasan amalan. ( Dimensi Ibadi / Peribadatan )
Imam Ali a.s : ASSIYAAMU IBTILAA’UN LI IKHLAASILKHALQ / Puasa itu ujian keikhlasan para makhluk. ( Nahjul Balaghah )
Saidatina Fatimah Zahra a.s : WAS SAUMU TASBIITAN LIL IKHLAAS / Puasa itu pengukuhan bagi keikhlasan.
Petua Ayatullah Hasan Zadeh Amuli : Syeikh Ibnu Sina berkata di dalam Kanun : Jangan cairkan air batu di dalam air lalu diminum kerana ia memudaratkan saraf dan kesihatan kerana jika sewaktu muda ditampan tabiat tubuh badanmu dengannya, apabila usia meningkat air batu akan meninggalkan kesannya.Jika mahu minum air yang sejuk ,letakkan di sebelah air batu.
ALLAHUMMA AJJIL LIWALIYYIKALFARAJ SOLAWAT
No comments:
Post a Comment