Imam kedua Ahlul Bait a.s ialah Saidina Hasan cucunda Rasulullah s.a.w putera Saidina Ali a.s dan Saidatina Fatimah Zahra a.s yang telah lahir pada tanggal 15 bulan Ramadhan tahun 3 Hijrah di Madinah Al-Munawwarah.Pada usia 7 tahun ninda beliau Nabi Muhammad s.a.w telah wafat dan setelah itu selama 30 tahun berada di zaman Imamahnya ayahnda beliau Ali bin Abi Talib a.s dan setelah syahidnya Imam Ali bin Abi Talib a.s pada tahun 40 Hijrah,selama 10 tahun Imam Hasan a.s memegang tampuk kepimpinan dan Imamah sehinggalah pada tahun 50 Hijrah dengan konspirasi Muawiyah bin Abi Sufyan beliau telah dibunuh dengan racun berbisa dan Syahid ketika berusia 48 tahun.
Imam Hasan a.s ialah seorang yang berani dan cekal hati di jalan Allah.Beliau di dalam perang Jamal berada di barisan hadapan di samping ayahndanya dan sebelum peperangan meletus beliau bersama-sama Ammar Yasir dan lain-lain sahabat telah masuk ke kota Kufah untuk mengajak mereka turut serta di dalam angkatan Amirul Mukminin Ali a.s.
Imam Hasan a.s juga berperanan menggembeling tenaga angkatan Ali bin Abi Talib a.s bagi menghadapi balatentera Muawiyah bin Abi Sufyan dan bertempur dengan begitu sengit sehinggakan Imam Ali a.s terpaksa mengeluarkan arahan menghentikan beliau bersama-sama adinda beliau saidina Hussein a.s dari terus berperang supaya keturunan Rasulullah s.a.w tidak terputus dengan terkorbannya mereka berdua di dalam peperangan.
Imam Hasan a.s yang bergelar Al-Mujtaba ( Yang Terpilih )juga seorang yang bijak,berilmu,penyabar,pengampun,Abid,Zahid,Bersiyasah,pemurah,bertawadhuk,penyayang,beradab dan beristiqamah.
Rasulullah s.a.w telah bersabda : Hasan dan Husein adalah dua orang pemimpin ( Imam ) samada mereka bangun atau duduk.
Setelah syahidnya Imam Ali a.s pada tanggal 21 bulan Ramadhan 40 H setelah ditetak di masjid Kufah,Imam Hasan telah memegang tampuk pemerintahan umat Islam dengan wasiat Rasul s.a.w dari satu segi dan meneruskan pemerintahan Imam Ali a.s dari segi yang lainnya maka bermulalah konspirasi Muawiyah bin Abi Sufyan untuk menjatuhkan pemerintahan Imam Hasan a.s…
Pada suatu hari seorang lelaki telah datang menemui Imam Hasan a.s untuk sesuatu hajat lalu ditanya orang tersebut kenapa tidak mengajukan hajat tersebut kepada Saidina Husein ? Lelaki tersebut menjawab yang Saidina Husein sedang beriktikaf di dalam masjid.Imam Hasan a.s menjawab sekiranya keperluan tersebut dibantu ianya lebih baik dari iktikaf di dalam masjid selama sebulan.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment