Tuesday, 16 August 2011

Kehidupan Siyasi Imam Hasan ( Part 2 )





      Apabila syahidnya Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib a.s pada 21 Ramadhan  dengan tetakan pedang beracun pada bulan puasa tanggal 19 Ramadhan tahun 40 Hijrah ,Imam Hasan telah menaiki minbar lalu berkata : Kami Ahlul Bait adalah Hizbullah ( Partai Allah ) yang diperkenalkan sebagai  yang menang.
فانّ حزب الله هم الغالبون

Kami lah Itrah Rasulullah s.a.w yang di dalam hadits Tsaqalain Rasulullah s.a.w telah meletakkan kami di samping Al-Qur’an dan penjelas Al-Qur’an dan tiangnya Islam.
أنّي تارك فيكم الثّقلين كتاب اللّه و عترتي لن يفترقا حتّى يردا عليّ الحوض

Kami lah yang mengetahui tentang Ta’wil dan Tanzilnya Al-Qur’an.Kami lah yang di dalam Al-Qur’an yang mulia  disebut sebagai Ma’sum ( Tidak Berdosa ) dan Mutahhar ( yang telah disucikan ).
أنّما يريد اللّه ليذهب عنكم الّرجس أهل البيت و يطهّركم تطهيرا

Hendaklah semua taat kepada kami kerana di dalam Al-Qur’an telah diperintahkan sedemikian.
أطيعو اللّه و أطيعواالرّسول و أولي الأمر منكم

Kami lah yang di dalam Al-Qur’an kecintaan kepada mereka adalah wajib ke atas manusia.
قل لا أ سئلكم عليه أجر ا ألاّ المودّ ة في ألقربى

Kami lah yang di dalam Al-Qur’an kecintaan kepada kami dikira sebagai Hasanah / kebaikan.
و من يقتر ف حسنة نزد له فيها حسنا

Kenapa Imam Hasan berdamai dengan Muawiyah ?

1.Keadaan tentera-tentera yang telah keletihan setelah berperang secara berturut-turut di dalam Perang Jamal,Siffin , Nahrawan dan pertempuran-pertempuran lain di sekitar Iraq,Hijaz dan Yaman menentang pasukan-pasukan tentera Muawiyah setelah peristiwa Hakam di zaman Imam Ali a.s.

2.Komuniti yang terdiri daripada unsur-unsur yang bertentangan:

a.Kelompok Khawarij yang asalnya berpandangan wajib memerangi kedua-dua pasukan Saidina Ali dan Muawiyah.Khawarij yang menyertai angkatan Imam Hasan pun tidak menyukai Imam tetapi berada bersama-sama angkatan Imam kerana mahu memerangi Muawiyah

b.Masyarakat Ajam dan juga Arab yang tidak mempunyai akidah yang kukuh yang tidak tahu untuk menyebelahi pihak yang mana.

c.Pengikut dan syiah khas Imam Ali bin Abi Talib a.s yang tidak ramai bilangan mereka.

d.Sebahagian mengikuti angkatan kerana kepentingan kebendaan dan keduniaan dan ada kerana pengaruh kepala-kepala kabilah dan ketua-ketua kaum yang menyertai angkatan Imam Hasan.

3.Rakyat yang tidak setia dan tidak dapat dipercayai.
Ramai ketua-ketua kabilah yang secara rahsia memberi  sokongan kepada Muawiyah dan ada yang berjanji untuk menyerahkan Imam Hasan kepada Muawiyah bahkan untuk membunuh Imam Hasan.

4.Komander  yang khianat.
Komander Ubaidullah bin Abbas yang ditugaskan mengetuai angkatan dua belas ribu tentera telah  dirasuah oleh Muawiyah  sebanyak satu juta Dirham telah berpaling tadah bersama-sama dengan  lapan ribu tentera.

5.konspirasi penipuan.
Beberapa orang yang zahir mereka dapat memperdayakan orang ramai telah dihantar Muawiyah yang menyebarkan berita kononnya Imam Hasan telah setuju untuk berdamai ketika itu lalu khemah Imam telah diserang  dan telah berlaku cubaan untuk membunuh Imam.
Inilah sekelumit apa yang menimpa cucunda Nabi s.a.w Saidina Hasan bin Ali bin Abi Talib a.s penghulu pemuda syurga dari umat nindanya yang mulia sepeninggalan nindanya

                                           SOLAWAT. 

No comments:

Post a Comment