Sebahagian School of Thought @ Aliran pemikiran @ Pegangan…Sistem-sistem,tokoh-tokoh hanyalah satu dimensi.Berjaya mempengaruhi seramai-ramainya umat manusia kerana faktor-faktor tertentu walaupun tanpa perbendaharaan yang bernilai,keilmuan yang bermanfaat,kebudayaan yang kaya,kata-kata yang berhikmat,jaminan kebahagiaan dunia-akhirat pada zaman yang tertentu dan lambat laun akan luput dek zaman,warnanya luntur,lusuh dan akhirnya terkubur dan tersimpan di dalam Arkib Dunia dan Muzium Sejarah umat manusia.
Manakala sebahagian yang lainnya bersifat dua dimensi yang berjaya mempengaruhi sebilangan yang ramai dan melangkaui zaman yang tertentu.
Sebahagian yang lain pula selain ciri-ciri tersebut apabila diketepikan rintangan di jalanan terus menembusi lubuk jiwa manusia dan buat selama-lamanya akan beraja di hati.
Ali bin Abi Talib Mazharal Aja’ib,Aunan Fin Nawaib,Asadullah Al-aGhalib adalah satu peribadi,School of Thought,AliranPemikiran,Institusi Keilmuan,Peradaban ,Kesenian dan Sistem Bersepadu 3 D ( tiga Dimensi )yang Evergreen,tidak lekang dek panas tidak luput dek hujan yang tidak luntur warnanya,perbendaharaan yang kaya,khazanah yang tidak ternilai,Mazlumnya Sejarah dan Peradaban umat manusia.
Telah mati para penimbun harta walaupun hayat dikandung badan sedangkan para ilmuan berkekalan sepanjang zaman walau kelibat tidak kelihatan,ujar baginda Ali.
‘’Keesokan hari kalian akan menyaksikan hari-hariku dan tersingkap bagimu khazanah diriku dan kalian bakal mengenaliku setelah sepeninggalanku pabila datang yang lain di tempatku’’.
Takziah ulangtahun keshahidan Penghulu Ahli Tauhid Amirul Mukminin Imam Ali bin Abi Talib a.s tanggal 21 bulan Ramadhan 40 Hijrah dengan tetakan pedang beracun berbisa di kepala di mihrab ibadah Masjid Kufah Iraq waktu solat Subuh 19 Ramadhan di tangan AbdurRahman Ibnu Muljam Khawarij.
Seisi alam berduka nestapa.SOLAWAT
No comments:
Post a Comment