Sepintas lalu kita meninjau kehidupan Siyasi ( Political life ) Saidina Hasan a.s. Sabda Nabi s.a.w bahawa puteraku ini Allah akan memperdamaikan dengannya diantara dua golongan.Setelah 40 tahun maka berlakulah seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w dan ketahuilah bahawa apa yang dilakukan oleh para Imam Ahlul Bait a.s dan di dalam hal ini Imam Hasan a.s adalah langkah-langkah dari persada Imamah,Khilafah Allah dan kekhilafahan Rasulullah s.a.w.Maka berlakulah apa yang dikenali sebagai Perdamaian Imam Hasan a.s. yang zahirnya berbeza dari Saidina Husein a.s yang tersohor dengan Kebangkitan di Padang Karbala dan peristiwa pembantaian keluarga Nabi s.a.w pada Hari Asyura tahun 61 Hijrah sehinggakan putera Saidina Husein a.s bayi cicit Nabi s.a.w, Ali Asghar a.s berumur 6 bulan pun turut dibunuh dengan keadaan paling menyayat hati dipanah dan dirobek lehernya dengan busur bercabang tiga dan begitu ditutup peristiwa Hitam ini sepanjang sejarah sehinggakan jika ada yang cuba memperingatinya dikecam sebagai Sesat lagi Menyesatkan dan disinis sebagai Nostalgia Syiah yang suka mengungkit-ungkit kisah-kisah silam bahkan perayaan-perayaan dicipta bagi meraikan kemenangan ke atas mereka dan inilah agama yang sederhana sesuai untuk seluruh pelusuk dunia,yang jauh dari kesyirikan dan Bid’ah.
Rasulullah s.a.w sendiri telah berdamai di Hudaibiyah dan selama 13 tahun di kota Mekah tanpa sebarang peperangan.Ada kalanya medan adalah medan bagi peperangan dan ada kalanya medan adalah medan bagi perdamaian.Berperang di medan Damai adalah kekalahan dan begitu juga berdamai di medan perang adalah kegagalan.Di sana terdapat syarat-syarat bagi peperangan dan di sana terdapat syarat-syarat dan kondisi untuk perdamaian.Allah Taala pernah berfirman kepada Nabi Allah Musa a.s dan saudaranya Harun a.s untuk pergi berjumpa Fir’aun dan berbicara secara lunak dan kata-kata yang lembut,jika tidak adalah mungkin bagi Musa a.s untuk menghulurkan tongkatnya seperti menelan segala ular-ular tukang sihir kerana Risalahnya Anbiya’ bukanlah Risalah Berdarah.Memakmurkan muka bumi ialah dengan memakmurkan insan dan kemakmuran insan ialah dengan kemakmuran akal fikiran.Sabda Nabi s.a.w,rawatan terakhir ialah Kay ( cucuhan besi panas )begitulah juga pedang,tombak dan dengan apa kelengkapan persenjataan adalah jalan yang terakhir untuk rawatan kemanusiaan.Kalimat “ Salam/ kesejahteraan/kedamaian’’banyak sekali di dalam Al-Qur’an,Tuhan Pencipta Alam Semesta adalah Salam,agama yang diredhai juga adalah Salam,ucapan siang dan malam juga ASSALAM alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
Maka berlakulah perdamaian Imam Hasan Al-Mujtaba a.s dengan Muawiyah bin Abi Sufyan dengan beberapa persyaratan.Wassalam.
SOLAWAT.Tahniah kelahiran Imam Hasan Al-Mujtaba 15 Ramadhan 3 Hijrah.
No comments:
Post a Comment