Thursday 18 August 2011

Lailatul qadr ( Part 1 )





Dari Ayat-ayat dan riwayat kita memahami bahawa Lailatul Qadr dari awal penciptaan bumi telah wujud.Dari zaman Adam a.s dan para Anbiya’ yang seterusnya ada Lailatul Qadr.Imam Jawwad a.s berkata : Allah telah mencipta Lailatul Qadr di awal penciptaan bumi.Begitu juga pada malam tersebut Nabi yang pertama dan wasi yang pertama juga dicipta.Ketentuan Ilahi ialah pada setiap tahun terdapat satu malam yang di dalamnya diperincikan urusan-urusan dan takdir selama setahun.Ruh dan Malaikat turun menghadap Adam a.s dan membawa ketentuan-ketentuan kepadanya.Adam a.s tidak  wafat kecuali meninggalkan  wasi dan penggantinya  begitu juga Nabi-nabi  setelah Adam a.s untuk setiap seorang dari mereka pada Lailatul Qadr turun Amar Ilahi dan setiap Nabi akan memberi martabat ini kepada wasinya.

Menurut ahli Makrifat terdapat tiga peringkat suluk.Takhliah,Tahliah dan tajliah dan malam-malam Qadr  19,21 dan 23 Ramadhan juga menuruti peringkat-peringkat ini.
Malam 19 hendaklah dengan bertaubat,berazam meninggalkan segala dosa manakala malam 21 ialah malam beristighasah ( minta tolong ) dan berazam melakukan ketaatan-ketaatan manakala malam 23 ialah malam ganjaran.
Yang zahir dari sebahagian riwayat ialah Lailatul Qadar mempunyai tingkatan-tingkatan dan malam  yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an ialah tingkatan terakhir bagi takdir yang tidak boleh ditukar ganti.SOLAWAT

No comments:

Post a Comment