از محبت تلخها شىرين شود از محبت مسها زرين شود
از محبت دردها صافى شود از محبت دردها شافى شود
از محبت مرده زنده مى كنند از محبت شاه بنده مى كنند
از محبت سجن كلشن مى شود وز محبت خانه روشن مى شود
از محبت خار سوسن مى شود بي محبت موم آهن مى شود
از محبت نار نورى مى شود وز محبت ديو حورى مى شود
از محبت سقم صحت مى شود وز محبت قهر رحمت مى شود
Kerana cinta yang pahit menjadi manis,kerana cinta tembaga emas jadinya,kerana cinta sakit tidak terasa,kerana cinta segala penyakit sembuh segera,kerana cinta yang mati hidup semula,kerana cinta Sang Raja bertukar hamba,kerana cinta penjara taman berbunga,kerana cinta benderang rumahnya,kerana cinta duri menjadi bunga,kerana cinta kandu menjadi waja,kerana cinta api menjadi cahaya,kerana cinta Pontianak bertukar pari,kerana cinta sembuh semua yang sakit,kerana cinta yang murka berputik kasihnya.
Mahabbah = Ishq = Cinta = Cenderung kepada sesuatu yang menyeronokkan yang timbul setelah mengenal ( makrifah ) dan menyelami sesuatu samada dengan indera atau kalbu.
Semakin kenal ia dan semakin tinggi makrifatnya semakin bertambah keseronokannya maka semakin menebal cinta dan mahabbahnya.
Penglihatan Batin / Mata hati lebih tajam penglihatannya dari mata zahir maka keseronokan dan kelazatan kalbu dan rohani mengatasi kelazatan dan keseronokan jasmani.
Kamal dan Jamal / Kesempurnaan dan keindahan Ilahi dikecapi maka cenderonglah tabiat yang sihat dan akal yang waras kepadanya,asyik kepadanya.
Cintakan keindahan,cintakan kebaikan dan kemuliaan.Setiap keindahan disenangi dan dicintai kerana keindahan dan kecantikannya bukanlah kerana memenuhi keinginan shahwani kerana ianya adalah kelazatan yang berbeza.Begitulah cinta kepada kebaikan dan kemuliaan
Bukanlah kebaikan,kemuliaan dan kecantikan dan keindahan itu terbatas kepada pencapaian inderawi bahkan kebanyakannya dicapai dan dilihat dengan Nur Basirah Batinah / penglihatan mata hati.
Orang yang penglihatan batinnya mengatasi penglihatan zahirnya,cintanya kepada makna-makna batin dan spiritual mengatasi cintanya kepada makna-makna zahir.
Manusia tidak melihat Tuhan dan mungkin tidak melihat Nabi dan Imam-Imam yang disucikan Tuhan dengan penglihatan zahir tetapi Makrifatullah,MakrifaturRasul dan Makrifatul Auliya Ilahi menimbulkan kecintaan ketahap pengorbanan segala harta,jiwa dan raga.
لايؤمن احدكم حتّى يكون الله و رسوله احبّ اليه مماّ سواهما
‘’ Tidak beriman seseorang dari kamu itu sehinggalah ia mencintai Allah dan RasulNya melebihi selain Mereka’’.
‘’ Katakanlah ( Wahai Muhammad ) aku tidak meminta sebarang upah dari kamu semua kecuali mencintai Qurba / kerabatku “.
SOLAWAT
m0h0n share :)
ReplyDeleteCinta dapat mengubah ...
ReplyDeleteRasa Pahit menjadi Manis
Debu menjadi Emas
Keroh menjadi Jernih
Sakit menjadi Sembuh
Penjara menjadi Telaga
Derita menjadi Nikmat
Kemarahan menjadi rahmat