Thursday, 11 August 2011

Dosa Besar dan Dosa Kecil





Soalan :  Bagaimana  membezakan dosa besar dan dosa kecil ?


Jawapan : Sumber pembahagian dosa besar dan dosa kecil ialah Al-Qur'an.Salah satu dari ayat-ayat tersebut ialah ان تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفّر عنكم سيّئاتكم / Jika kamu meninggalkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu membuatnya,niscaya kami ampuni kesalahanmu yang kecil( An-Nisa' 31 ).Marilah kita lihat apakah skala kecil dan besarnya dosa.

Para Fuqaha kita mengatakan bahawa dosa samada besar atau kecil oleh kerana ianya bertentangan dengan perintah Allah maka ia adalah besar.

Tetapi kecil atau besarnya dosa bukanlah di ukur dengan menisbahkannya kepada Allah Taala kerana dengan perkaitan begini semua dosa menjadi besar tetapi penilaian ini dibuat dengan membezakan sekumpulan dosa dengan sekumpulan yang lain lalu terbahagilah kepada dua bahagian,dosa besar dan dosa kecil.

Cara yang paling terkenal di kalangan ulama ialah setiap dosa yang di dalam Al-Qur'an dan hadits dijanjikan azab  adalah dosa besar seperti membunuh orang  yang Al-Qur'an mengatakan :
 و من يقتل مؤمنا متعمّدا فجزاؤه جهنّم خالدا فيها / Dan barangsiapa yang membunuh seorang yang beriman dengan sengaja maka balasannya ialah neraka Jahannam,kekal di dalamnya. ( An-Nisa' 93 )

Manakala sebahagian ulama berkata..ataupun sekurang-kurangnya telah dilarang akannya.Betapa dosa-dosa yang tidak dijanjikan azab di dalam Al-Qur'an tetapi dengan tegas atau berkali-kali dilarang dan ditegah di dalam Al-Qur'an.Contohnya tentang Riba di dalam Al-Qur'an terdapat ungkapan فأذنوا بحرب من اللّه yakni pemakan-pemakan Riba umumkan peperangan menentang Allah. ( Al-Baqarah 279 ).Ayat ini sahaja adalah petanda bahawa memakan Riba adalah dosa besar.Jika sekiranya tiada ayat atau riwayat lain yang menjanjikan azab bagi pemakan Riba,larangan yang tegas ini cukup menandakan besarnya dosa memakan Riba.Setiap satu dari dosa besar dan kecil mempunyai sempadan masing-masing kerana sekiranya tiada janji azab atau larangan yang tegas tentang sesuatu dosa tersebut maka ia adalah dosa kecil.

SOLAWAT

No comments:

Post a Comment