Al-Qur’an di dalam satu surah
Surah Al-Fatihah adalah ringkasan Al-Qur’an,ringkasan keseluruhan Al-Qur’an dan keseluruhan Al-Qur’an telah menjadi wajib di dalam Solat.Ini memberi fadhilat kepada Solat di mana keseluruhan
Al-Qur’an terhimpun di dalamnya.Lihatlah apakah keseluruhan Al-Qur’an selain dari ini? Yakni selain dari zikir,puji-pujian dan Makrifat Allah ?
الحمد لله ربّ العالمين,الرحمن الرحيم,مالك يوم الدين,اياك نعبد adalah keseluruhan zikir-zikir,ubudiyyah dan ingatan dan ايّاك نستعين dimulakan doa.Ini adalah ringkasan doa اهدنا الصراط المستقيم adalah keperinciannya.صراط الّذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولاالضالّين adalah berlepas diri dari orang-orang yang menentang agama.Mereka yang مغضوب عليهم yang menyesatkan atau yang sesat ; di dalam kesesatan tanpa keuzuran.
Adakah sesuatu dari lingkungan dan ajaran-ajaran Al-Qur’an yang tidak diisyaratkan di dalam Al-Fatihah ? اهدنا الصراط المستقيم menentukan jalan (( jalan yang mereka ini ikuti bukan jalan yang mereka itu (para musuh agama dan orang-orang yang sesat ) dan pengikut-pengikut mereka ikuti )).
Keseluruhan Al-Qur’an ada di dalam Fatihah dan perkara ini bukanlah ikut-ikutan.Tidak perlukan Taabbudiyat di sini.Seseorang itu boleh lihat yang ianya sedemikian.
Riwayat mengatakan yang Ismul A’zam berserakan di dalam surah ini.Jika seseorang dengan niat ini membaca Al-Fatihah seumpama ia mengetahui Ismul A’zam.Sesiapa yang mampunyai hajat dan meniatkan Ismul A’zam boleh ia membaca Fatihah yang mempunyai semua kesan-kesan ini.Ini ialah kerana kelengkapannya yang merupakan ringkasan Al-Qur’an.Di dalam riwayat mengatakan (( Setiap yang ada di dalam Al-Qur’an ada di dalam Fatihah )) Ini menyebabkan sehingga yang mati pun dihidupkan.
No comments:
Post a Comment