Puasa adalah sokongan yang kuat untuk menghasilkan " Takwa " kerana nafsu manusia secara tabienya mencari kelazatan-kelazatan yang segera dan berciri haiwani sedangkan Izzah,kebesaran dan insaniah tidak mungkin tercapai tanpa bersusah payah dan dengan menurut kehendak hawa nafsu.Puasa melatih Roh untuk mengawal diri berhadapan dosa-dosa yakni apabila seseorang itu menahan diri dari kelazatan-kelazatan yang dihalalkan pada waktu-waktu lain,IRADAH seseorang itu akan menjadi kuat dan mampu bertahan berhadapan godaan dosa dan maksiat.
Imam Sadik a.s berkata tentang Takwa : Allah tidak mendapati ketiadaanmu ketika memerintahkanmu dan tidak melihatmu ketika melarangmu. ( Biharul Anwar j 67 )
Fungsi Takwa : 1. Mengawal hawa nafsu dari bermaharajalela untuk sampai kepada kesempurnaan rohani.
Ali a.s : Takwa seperti kuda terlatih yang di belakangnya ditempatkan penunggang dengan kendali di tangannya sehingga ia membawa penunggangnya ke syurga. ( Nahjul Balaghah khtb 13 )
2. Kekuatan rohani yang menggerakkan manusia kepada ketaatan Ilahi.
Ali a.s : Sesungguhnya Takwa kepada Allah telah menyelamatkan para pencinta Allah dari perkara-perkara haram dan memberikan kepada hatinya ketakutan kepadaNya hingga malam mereka dilewatkan dalam berjaga dan siang mereka dalam kehausan. ( Nahj Blgh khtb 114 )
Nilai Takwa : 1. Skala bagi kemuliaan insan./INNA AKRAMAKUM INDALLAHI ATQAAKUM Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa .( Hujuraat : 13 ).
2. Jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.WA'LAMUU ANNALLAHA MAAL MUTTAQIN / Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertakwa .( AL-Baqarah 194 )
3. Syarat penerimaan amalan.INNAMA YATAQABBALULLAHU MINAL MUTTAQIIN/
Hanyasanya Allah menerima dari orang-orang yang bertakwa .( Al-Maaidah 27 ).
Doa dibaca setelah setiap solat di bulan Ramadhan :
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment