ألنّاس عبيدالدّنياوألدّين لعق على ألسنتهم يحوطونه ما درّت معايشهم
فاذا محّصوا بالبلاء قلّ الدّيّانون
Manusia adalah hamba-hamba dunia ini dan agama adalah sebutan-sebutan di lidah mereka dan selagi ianya menampung kepentingan hidup mereka, mereka bersama-sama nya dan apabila mereka didatangi bala dan ujian betapa sedikitnya tinggal orang-orang yang beragama.( Imam Husein a.s )
لاتكن عبد غيرك قد جعلك اللّه حرّا
Janganlah kamu menjadi hamba kepada orang lain kerana Allah telah menjadikan kamu orang yang merdeka. ( Hadits )
الطمع رقّ مؤبّد
Tamak haloba kepada dunia adalah perhambaan yang berkekalan. ( Imam Ali a.s )
فاطلب في نفسك حقيقة العبوديّه فاذا اردت العلم…
Untuk mendapatkan ilmu Nur tuntutlah di dalam dirimu hakikatnya Ubudiyyah
-Iaitu tidak menyangka dirinya pemilik hakiki bagi segala pemberian Allah kepadanya.
-Tidak mentadbir bagi dirinya bercanggah dengan tadbir yang telah ditetapkan Allah.
-segala urusannya hanyalah tertumpu kepada usaha untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Inilah permulaan Takwa
Nota : Merdeka ialah bebas dari belenggu hawa nafsu.
Merdeka ialah bebas dari menjadi hamba sesama manusia.
Merdeka ialah bebas dari ikatan dunia.
Merdeka ialah apabila seseorang itu secara hakikatnya adalah seorang Hamba kepada Yang
Maha Berkuasa Pemilik alam semesta.
Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54 semoga kita mengorak langkah menuju
Kemerdekaan dalam ertikata sebenarnya.Allahu Akbar.
SOLAWAT
No comments:
Post a Comment