Edisi Khas Wanita sempena Ulangtahun Kelahiran Sayyidah Fatimah Zahra a.s Puteri Rasulullah s.a.w 20 JamadilAkhir 1432 Hijrah
KELAHIRANNYA HAZRAT ZAHRA(a.s)
Malam nan paling bercahaya
Malam kelahiran Hazrat Zahra,
Langit melimpah cahaya nan tulen
Cucuran cahaya di muka bumi
Indah sekali
Cahaya nan berturutan
Sisa kipasan para malaikat Tuhan
Ciptaan Tuhan nan indah telah lahir
Bayi nan gelarnya; ‘Ibu buat ayahnya’
Lingkaran pelangi cantik nan berwarna warni
Dari dua penjuru zaman
Di hati kami menghuninya Fatimah
Di hati setiap syiah tempatnya Maula
Dada kami penuh dengan cinta buatnya
Kausar cahaya dalam hati-hati kami
Malam ini, wahai bunga matahari
Adalah malam yang penuh sinar mentari.
SEKAPUR SIREH SEMPENA SAMBUTAN KELAHIRAN PUTERI NABI MUHAMMAD(SAW)
Auzubillahi………..
Bismi……….
Assalamualaikum……..
Alhamdulillahi rabbilaalamin…………………………………………………………………………
السلا م عليك يا ممتحنة امتحنك الذى خلقك فوجدك لما امتحنك صا برة
SALAM KEATAS MU WAHAI WANITA YANG TELAH DIUJI,DIUJI OLEH TUHAN PENCIPTAMU DAN KAMU BERSABAR DAN CEKAL DIATAS UJIAN TERSEBUT.
Malam ini adalah merupakan malam kegembiraan seluruh Alam bukan sahaja bagi makhluk dibumi malahan juga makhluk Allah dilangit meraikan malam yang penuh gilang gemilang dan bercahaya ini.Cahaya kegembiraan ini terpancar dimata-mata dan dihati-hati pengikut dan pencintanya,malam yang penuh keberkatan,malam kelahiran Puteri Muhammad(saw) malam kelahiran Wanita Syurga yang digelar حورأ الانسية (Bidadari jelmaan manusia) oleh Ayahandanya Wanita diungkanpkan didalam Al-Quran sebagai كثير الخير (kebaikan yang banyak)malahan telah ditafsir juga sebagai منشأ الخير (Punca kebaikan).
Malam ini juga Para Wanita diseluruh pelosok dunia diberi penghormatan yang istimewa telah dinobatkan malam ini Sebagai HARI WANITA SEDUNIA Juga HARI IBU SEDUNIA.
Saya dengan berbesar hati dan penuh kegembiraan ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh umat Islam Muslimin dan muslimat juga kepada Para pengikut dan pencinta Ahlilbait(as) tidak lupa kepada Para Marajie Muslimin khasnya kepada Waliul Amri Muslimin dan sangat istimewa ucapan tahniah ini ditujukan kepada SohibulAsri Wazzaman AL-Imamul Mahdi(aj) .Selawat.
Kepada Para Wanita dan ibu-ibu serta para muslimin SELAMAT DATANG (AHLAN WASAHLAN)diucapkan kerana telah sudi bersama-sama hadir pada malam ini bagi sama-sama mengambil keberkatan wanita Penghulu dua Alam Sayyidah Fatimah Az-Zahra(as),semuga kehadiran kita pada malam ini akan mendapat perhatian daripada Allah Subhanahuwataala,Rasulullah dan Ahlulbait(as).
Saya rasa ibu-ibu dan para mukminat dan mukminin juga telah maklum bahawa hari ini juga adalah hari kelahiran Almarhum Imam Khomeini(ra) tokoh yang kita kenali sebagai Pencetus ledakan revolusi dunia,Almarhum Imam Khomaini(ra) semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau.Almarhum Imam Khomaini(ra) yang telah mengenalkan kembali umat Islam dan dunia kepada Islam yang sebenar,beliau juga telah membawa kembali kehormatan dan kedudukan Wanita yang sebenar didalam Islam dengan meletakkan keperibadian Puteri Nabi(saw) Sayyidah Fatimah Az-Zahra sebagai contoh dan ikutan yang patut dicontohi oleh setiap wanita,Peranan yang dimainkan oleh wanita adalah sangat besar bukan sahaja didalam keluarga malahan didalam membentuk dan membina masyarakat bukan hanya masyarakat setempat malahan masyarakat dunia.
Tema hari Wanita pada tahun ini adalah” WANITA DALAM PENYELESAIAN MASALAH GLOBAL DAN PENCAPAIAN KEAMANAN SEJAGAT”.Jika diteliti dari ungkapan kata-kata didalam tema ini saya yakin Para Wanita sekelian akan dapat merasakan bahawa tanggungjawab kita para wanita dan para ibu adalah begitu berat dan besar sekali bukan sahaja didalam membentuk dan mendidik anak-anak generasi akan akan datang malahan para wanita mempunyai peranan didalam menyelesaikan masalah-masalah global didalam mewujudkan keamanan sejagat.
Beberapa bulan yang lepas saya ada membaca satu tajuk kecil didalam akhbar yang bertajuk “17 ribu tiket untuk keKonsert Justin Bieber telah habis dijual dengan harga dari rm 98 hingga rm 400,tajuk ini telah menarik saya untuk membaca petika akhbar tersebut setelah membaca barulah saya ketahui bahawa penyanyi yang dikenali sebagai Justin ini baru berusia 17 tahun dan menjadi kegilaan remaja seluruh dunia termasuklah remaja di Malaysia,apa yang terlintas diminda saya ketika itu ialah”17 ribu bukan satu angka atau jumlah yang sedikit ini bermakna penyanyi ini mempunyai pengaruh yang begitu kuat keatas remaja “dan yang menghadiri konsert tersebut adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja yang beragama Islam yang berumur 20 tahun kebawah adakah ibubapa tidak sedar bahawa ini adalah bahaya yang sangat besar kepada anak-anak mereka,para remaja Islam menggilai penyanyi –penyanyi dan tertulis dengan gahnya didada –dada akhbar gelagat anak remaja kita menghadiri konsert didalam hujan yang lebat sambili menjerit-jerit memanggil nama penyanyi tersebut panggilan “baby, I love you dan sebagainya malahan ada yang membawa poster dengan tulisan dan kata-kata yang tidak sepatutnya ditulis oleh seorang penganut agama Islam saya terfikir sejenak kemanakah arus dan hala tuju remaja-remaja Islam ini,mereka begitu fanatik dan taksub kepada hiburan dan penyanyi yang menjadi idola dan kegilaan mereka,kenapa ibubapa membiarkan perkara ini berlaku?dan kemanakah hilangnya peranan yang patut dimainkan oleh para ibubapa didalam mendidik dan mengasuh anak-anak mereka?jika bukan ibubapa yang patut menjalankan kewajiban mendidik dan mengasuh anak-anak mereka pada siapakah tanggungjawab ini harus diberi.
Dunia hiburan telah mengepung diri anak-anak remaja sehingga mereka sudah hilang jati diri sebagai seorang muslim,Islam tidak menghalang atau menolak hiburan ….tetapi ada batas dan sempadannya kerana jika tiada batas manusia akan menjadi rosak dan binasa,Islam juga telah meletakkan idola dan contoh keperibadian yang patut diikuti dan mereka yang dijadikan idola itu adalah dipilih oleh Allah Taala kerana hanya Allah yang Maha mengetahui siapakah yang terbaik untuk diikuti dan dijadikan idola dan salah satunya ialah puteri nabi Muhammad(saw) Sayyidah FatimahAz-Zahra(as).
Didalam diri puterinya Nabi Muhammad(saw) ini wujud berbagai contoh dan tauladan yang boleh diikuti malahan patut diikuti oleh kita semua. Contoh dan cara mendidikan anak-anak ada pada Sayyidah Fatimah Az-Zahra, didalam sejarah telah tercatat bagaimana Sayyidah Fatimah Az-Zahra mendidik putera dan puteri,beliau begitu menitik beratkan didalam didikan rohani(spritual) disamping jagaan jasmani (luaran),kerana beliau sedar bahawa putera dan puteri ini akan berada didalam masyarakat dan akan membawa contoh dan mendidik masyarakat.
Imam Hasan(as) meriwayatkan Bondanya beribadah dimalam hari sampai ke dini hari(waktu subuh) dan tidak putus-putus mendoakan muslimin dan muslimat dengan menyebut nama-nama mereka,lantas Imam Hasan bertanya’Wahai bonda sepanjang malam bonda hanya mendoakan orang lain tetapi tidak mendoakan untuk diri bonda dan keluarga” jawap Sayyidah Fatimah Az-Zahra(as) “ الجا ر ثم الدار Wahai anakku Jiran tetangga dahulu kemudian barulah keluarga”,inil adalah antara contoh yang diajarkan oleh Sayyidah Fatimah(as) kepada puteranya juga kepada kita semua.
Disebalik kelembutan sifat Sayyidah Fatimah(as) beliau telah mengajar putera dan puterinya sifat berani berani dan tegas,ketika berhadapan dengan orang yang zalim yang telah merampas haq tanah pusakanya fadak,beliau dengan lantang dan tegas telah menuntut haq tersebut ,sifat berani inilah telah diwarisi oleh puteri Sayyidah Zainab(sa) SRI KANDI KARBALA,ucapan dan pidatonya Puterinya Imam Ali(as) dan Sayyidah Fatimah Az-Zahra ini telah menyebabkan Yazid dan kuncu-kuncu menggeletar ketakutan seterusnya telah membawa kepada kejatuhan pemerintahan Yazid ,inilah diantara contoh sifat dan keperibadian yang telah diajar dan ditonjolkan kepada kita dan sepatutnya sifat-sifat ini dijadikan satu guideline(panduan) didalam kita mendidik anak-anak kita.
Akhir kata saya ingin menyeru kepada semua wanita termasuklah diri saya marilah sama-sama kita jadikan malam ini malam sambutan kelahiran bonda Zahra(as) sebagai satu titik tolak untuk membuat perubahan didalam diri kita,keluarga kita dan seterusnya membuat perubahan didalam masyarakat dengan memberi penekanan kepada beberapa aspek 1-pembaikan akhlak 2-memperkukuhkan sakhsiah diri 3-menambahkan ilmu pengetahuan yang ada 5-lebih peka kepada pendidikan anak-anak(akedamik dan agama) dan dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada marilah kita sama-sama pada malam ini bertawassul kepada diri yang suci ini.
Sebelum mengakhiri ucapan saya,saya ingin merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua ahlijawatankuasa pelaksana sambutan Wiladah 2011,semua petugas-petugas dan urusetia-urusetia,semua warga HAR juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program malam ini aitu PROGRAM SAMBUTAN HARI KELAHIRAN SAYYIDAH FATIMA(AS) pada tahun ini 2011 semuga semua usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan dan perhatian daripada Sohibulasri Wazzaman Al Imamul Mahdi (aj) dan yang terakhirnya saya ingin membaca satu sajak yang telah diterjemahkan daripada bahasa Farsi yang bertajuk KELAHIRAN HAZRAT ZAHRA(AS).
Saya sudahi dengan lafaz Wabillahi taufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
SELAWAT
AZA BAKTI 69
23 Mei 2011/19 Jamaduthani 1432
Doa : Allahummaj Alni Fidir'ikal Hasinah Allati Taj'alu Fiha Man turid
Allahummansuril Islama Wal Muslimin Wakhzulil Kuffara Wal Munafiqin
Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj Waj Alna Min Ansarihi Wa A'wanihi. Amin
Ya Wajihatan Indallah Isyfai Lana Indallah
No comments:
Post a Comment