1. Untuk mencapai maksud-maksud walaupun berbentuk keislaman, melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan akhlak dan kebudayaan adalah tertolak dan adalah dari motif-motif yang bukan bersifat Islam.
2. Di dalam Islam tidak wujud sayap-sayap yang berbagai. Apabila terbentuk pemerintahan Islam, semua patuh kepada kanun Islam dan Islam adalah sayap yang seragam dan satu.
3. Sesiapa yang mengetahui tentang Islam, ia tahu bahawa Islam tidak sesekali mempunyai pandangan buruk terhadap minoriti-minoriti agama dan para pengikut mazhab-mazhab lain dan kita sentiasa berinteraksi dengan mereka dengan penghormatan manakala propaganda yang bercanggah dengan perkara ini adalah dari pihak asing dan musuh-musuh Islam.
4. Semakin besar matlamat, semakin banyak susah payah di jalan ini hendaklah ditanggung dan menjadi lebih mudah. Jika matlamat anda tuan-tuan hanyalah perkara-perkara keduniaan, segala kesusahan anda akan sia-sia sahaja tetapi jika tujuan itu ialah Tuhan, menyelamatkan hamba-hamba Tuhan, menyelamatkan bangsa yang lemah dari teraniaya, betapa banyak susah payah tidak akan menjadi sia-sia.
5. Ketakutan kepada kuasa-kuasa ialah kepunyaan orang-orang yang tidak percaya kepada Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Orang-orang Islam dan beriman yang percaya kepada Sumber kekuasaan tidak sepatutnya mereka gentar kepada kuasa-kuasa.
Doa : Allahumma Ajjil Liwaliyyikal Faraj
No comments:
Post a Comment