Man Lam Yashkuril Makhluk Lam Yashkuril Khaaliq
Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada makhluk, tidak bersyukur kepada Tuhan Maha Pencipta ( Hadith Nabi s.a.w. )
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang bersusah-payah, membuat persiapan berbulan-bulan lamanya untuk menjayakan ulangtahun gilang-gemilang Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Puteri yang semuanya idola dan Mithali yang terhimpun di dalam satu kewujudan Nurani Fatimah Zahra' binti Nabi Muhammad s.a.w., khasnya para Mu'minat Ar-Ridha dan Az-Zahra yang bertungkus lumus dari semua segi terutama pengarah sambutan Hari Wanita 2011 Puan Aza Bakti69 (nama pena)
Tidak ketinggalan penghargaan setinggi-tingginya kepada kaum bapa yang membantu menjayakan sambutan dari semua segi termasuk pihak katering dalaman dan luaran dan decorations serta pengusaha belon untuk anak-anak dan bunga-bunga ros keamanan untuk hadirin.
Appresiasi istimewa juga kepada semua tetamu Sayyidah Fatimah Az-Zahra kepada semua bangsa terutama '' Tamu-tamu celik hati '' dari Brickfield dan hampir sepertiga tamu non-muslim khasnya Brother Ryan dari Church of Lady Fatimah Brickfield, Wakil sami-sami Hindu kuil Batu Caves dan wakil persatuan penyembah dewa langit Buddha, Sri Gombak.
Akhir sekali penghargaan kepada MPS, IPD Selayang, Balai Polis Gombak Setia, KDN ( Rela ) juga tidak ketinggalan 20 penguatkuasa JAIS, 30 anggota PDRM dan 20 penguatkuasa MPS yang mengiringi ketua serbuan yang turut menyerikan lagi majlis sambutan dengan cara mereka yang tersendiri. Semoga mereka dan kita semua dapat mengenali keperibadian Putri Nabi s.a.w ini dengan lebih baik untuk dicontohi lalu memperbaiki silap dan salah diri masing-masing semoga pertemuan kelmarin menjadi titik persefahaman dan faktor perpaduan bukan sahaja dikalangan umat Islam bahkan diantara sesama umat manusia.
Jika anda seorang Islam maka anda punya hak seagama ke atas diri saya, Jika anda jiran tetangga maka anda punya hak kejiranan ke atas saya, jika anda seorang manusia maka anda bersaudara dengan saya dari datuk dan nenek yang sama Adam a.s dan Hawa a.s. Begitu juga saya punya hak yang sama ke atas anda semua termasuk anda yang berkuasa.
Sama-sama kita memohon syafaat Putri Nabi yang tercinta, ini sahaja yang saya mahu dan tidak peduli apa orang kata.
Tidak dilupakan semua wartawan dan jurugambar yang memberi liputan tidak kira apa sahaja niat mereka tetapi semua itu membantu dengan berkesan memperingati Sayyidah Fatimah Az-Zahra a.s. Wassalam
Sekadar Hiasan
No comments:
Post a Comment