1- Sabda Nabi s.a.w :
Tambatlah ilmu dengan menulis.
2- Sabda Nabi s.a.w :
Malu itu sebahagian dari iman.
3-Sabda Nabi s.a.w :
Terkutuklah orang yang meletakkan bebanannya ke atas orang lain.
4- Berkata Ali a.s :
Sesiapa yang meninggalkan kehendak hawa nafsu syahwatnya , ia adalah orang yang bebas , merdeka.
5- Berkata Imam Hassan a.s :
Kehinaan itu ialah apabila anda tidak mensyukuri nikmat.
6-Berkata Imam Hussein a.s :
Orang yang bakhil ialah orang yang kedekut memberi salam.
7- Berkata Imam Sajjad a.s :
Seluruh kebaikan itu ialah seseorang itu menjaga dirinya dari tercemar.
8- Berkata Imam Baqir a.s :
Malas itu merugikan agama dan dunia.
9- Berkata Imam Sadiq a.s :
Rakan yang palingku sukai ialah yang memberitahu kepadaku kekurangan diriku.
10 - Berkata Imam Musa Kazim a.s :
Kemarahan itu kunci keburukan.
11. Berkata Imam Redha a.s :
Kebersihan itu dari akhlak para Nabi .
12- Berkata Imam Jawad a.s :
Orang beriman perlu kepada taufik dari Allah , penasihat di dalam dirinya dan menerima orang
menasihatinya.
13- Berkata Imam Hadi a.s :
Dunia itu seumpama pasar,satu golongan akan untung dan yang lainnya rugi.
14- Berkata Imam Askari a.s :
Tidak meninggalkan yang hak ( yang benar ) seseorang yang mulia kecuali akan menjadi hina dan orang
yang dulunya hina tidak berpegang kepada hak kecuali akan menjadi mulia.
Petua : Menulis Surah Dukhan dan diikat kepada anak untuk keselamatan daripada kejahatan jin.
" Doa untuk mazlumin di Bahrain , Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
No comments:
Post a Comment