Friday, 13 May 2011

13 Mei sejarah hitam jadi sempadan.




“ Ya Aiyuhallazina Aamanu ” Wahai orang-orang yang beriman

“ Injaa Akum Faasiqun Binaba’ in Fatabayyanuu ” . Jika datang kepadamu orang yang fasiq membawa berita periksalah terlebih dahulu kebenarannya.

“ An tusiibuu Qauman Bijahaa latin ”. Kalau-kalau kamu mengenai suatu kaum dengan kejahilan.

“ Fatusbihuu Alaa Maa Faaltum Naadimin ”. Lalu kamu menyesal diatas perbuatanmu.
( Al-Hujuraat : 6 )

    Fisq di dalam lughat arab bermakna terpisah dan terasing dan di dalam istilah Al-Quran bermakna terpisah dan terkeluar dari jalan yang lurus. Kalimat “ Fisq ” ini digunakan berhadapan dengan “ keadilan ” dan orang Fasiq ialah orang yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat. Perkataan Fisq 54 kali digunakan di dalam Al-Quran.

Kadangkala digunakan untuk makna-makna :

1-Keterpesongan fikiran dan akidah  ( An-Namlu ;12 )
2-Orang-orang yang munafik dan bermuka-muka.( Taubah :68 )
3.Orang-orang yang menyakiti para Nabi dan tidak patuh arahan mereka.( Maaidah :24 )
4.Orang-orang yang tidak menghukum dan mengadili menurut kanun Allah Ta’ala.( Maaidah :47 )
5.Orang-orang pembuat helah dan penipuan ( A’raaf :163 )
6.Orang-orang yang meninggalkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. ( A’raaf :165 )
7.Orang yang melebihkan rumah, perniagaan, keluarga dan kebendaan dari berjuang dan berjihad di jalan Allah.( Taubah :23 )
8.Perlakuan syahwat dan jantina yang tidak betul.( Ankabut :34 )
9.Penggunaan makanan-makanan haram. ( Maaidah :3 )
10.Fitnah dan tuduhan terhadap perempuan-perempuan yang mulia dengan tomahan tercela.( Nur ;4 )

Sejarah Hitam pergaduhan kaum 13 Mei 1969 memberi pengajaran kepada semua warganegara satu Malaysia Melayu, Cina , India dan lain-lain   dengan berbagai pegangan termasuk badan-badan berwajib dan NGO-NGO supaya sentiasa berada didalam situasi kewarasan akal fikiran (IQ) dan situasi kestabilan emosi (EQ) dan  beramal dengan perintah Tuhan “ Fatabayyanu ” ( Selidik dan periksalah ) terlebih dahulu segala berita yang sampai dari sumber-sumber yang tidak menentu  situasi  keadilan mereka tambah lagi dipengaruhi oleh tamak haloba dan sogokan tertentu yang mereka sendiri tahu tentang sesuatu golongan atau kaum yang akan mengakibatkan penganiayaan berlaku keatas sesuatu golongan. ( Lebih parah lagi penganiayaan berlaku bukan keatas satu dua peribadi atau sekadar beratus-ratus orang tidak berdosa yang termasuk warga emas, remaja dibawah umur bahkan bayi-bayi susuan yang nak diangkut dengan lori-lori pada lewat  malam yang difitnah sekian rupa dan dituduh hanya sekadar memperingati ulangtahun kewafatan cucu nabi  s.a.w ( tahlil arwah ) sahaja tetapi tuduhan , fitnah dan penganiayaan keatas sekitar 600juta umat Islam yang sebahagian mereka alim ulama’ ranking teratas dunia dan Ahli Tauhid nombor satu yang tidak pernah bodoh untuk mengatakan Sayyidina Ali sama darjat dengan Tuhan !!!!!!???? dan lain-lain.)

“ Fatabayyanu ” bagaimana??
Semoga semua kaum, golongan dan bangsa satu Malaysia hidup rukun aman dan damai dan segala perbezaan ditangani sebaik-baiknya dan tidak sampai membawa perpecahan dan menjadi bahan ketawa sampai hari kiamat.

Hai orang-orang yang beriman janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki yang lain kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu lebih baik dari kaum yang menghinakan dan jangan pula kaum perempuan menghinakan kaum perempuan yang lain kerana boleh jadi perempuan yang dihinakan itu lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu mencela-cela sesama kaum dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran yang tidak baik. Seburuk-buruk nama ialah kefasikan sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.
( Al-Hujurat :11 )

Hai manusia , sesungguhnya kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa  dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang lebih Taqwa…
( Al-Hujarat :13 )

Petua :Zikir “ Ya Mumitu ” 100 kali sewaktu hendak tidur dengan meletakkan tangan di dada berfaedah untuk menguasai nafsu amarah.

“ Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia ”

No comments:

Post a Comment