Faktor-faktor terpenting tertariknya manusia kepada Atheism dan melarikan diri dari agama dinegara-negara Barat ialah :
1-Kepincangan ajaran agama yang dikemukakan oleh gereja. Gereja menggambarkan Tuhan seperti manusia : Tuhan yang mempunyai tubuh badan manusia yang besar. Akal manusia tidak sama sekali dapat menerima perkara ini.
2- Keganasan pihak gereja . Gereja memaksa orang ramai untuk menerima pentafsiran ajaran-ajaran agama yang mereka kemukakan dan barang siapa yang menentang disiksa malah dibunuh dan reaksi yang ditunjukkan oleh orang ramai ialah menafikan agama dan mengingkari Tuhan.
3- Kepincangan penjelasan secara logik dan falsafah. Ilmu kalam dibarat tidak mampu untuk memberi penjelasan yang sahih dan logic tentang kewujudan Tuhan dan aqidah agama yang lain.
4- Kepincangan penjelasan tentang masalah-masalah sosial dan politik dibarat sehingga mereka menyangka bahawa menerima kekuasaan dan pemerintahan agama bermakna menidakkan kebebasan secara sepenuhnya dan menyerahkan diri kepada kediktatoran dan kuku besi. Oleh kerana itu, manusia meninggalkan agama dan Tuhan untuk sampai kepada kebebasan masyarakat sedangkan agama yang benar adalah agama yang menyediakan ruang yang paling sesuai untuk kebebasan politik dan sosial.
5- Pandangan-pandanganyang mentah yang diberikan oleh jurucakap-jurucakap tentang kefahaman-kefahaman agama sama ada di timur ataupun di barat tidak dapat diterima oleh orang-orang yang berfikir.
6- Di barat telah tersebar fikiran yang menyatakan bahawa kebahagiaan di akhirat mempunyai syarat , dan syarat tersebut ialah meninggalkan kenikmatan dunia , kekayaan dan kekuasaan serta hidup dalam serba-serbi dhaif yaitu lemah. Walhal agama yang benar mempunyai tujuan dunia dan akhirat.
7- Kerosakan akhlak dan tingkah laku . Dengan menerima agama, orang-orang yang bergelumang dengan perkara-perkara hawa nafsu mendapati adanya halangan bagi kebebasan mereka. Maka dengan mengingkari agama mereka cuba untuk mengenepikan halangan ini. Keruntuhan moral dan krisis kemasyarakatan di Barat pada dua atau tiga kurun terakhir ini ialah mengurangkan daya tarikan kerohanian dan menyebabkan ramai manusia mengingkari ajaran-ajaran agama.
Petua Mulla Mustafa Khoei : 554 kali “ Ya Ra’uufu Ya Rahim ” sekaligus dibaca adalah mujarrab untuk mengenepikan kesusahan yang menimpa.
Solawat...
Salam Ustad,
ReplyDeleteAre you a former student of Ayatollah Bahjat?