Tuesday, 3 May 2011

Uji diri anda topik Qadha' dan Qadar-Bahagian 2 ,( Test yourself about Qadha' and Qadar-Part 2 )




1. Terangkan jenis-jenis kesan punca-punca ( illat-illat ) yang berbeza ke atas satu effect ( ma'lul wahid ) dan terangkan jenis yang mustahil berhimpun punca-punca yang berbilang ke atas satu effect?

2. Terangkan jawapan bagi keraguan Jabar ( keterpaksaan ) di dalam topik Qadha' dan Qadar?

3. Jelaskan kesan-kesan kepercayaan kepada Qadha' dan Qadar.

TEKS JAWAPAN

Bentuk-bentuk kesan dari illat yang berbagai

    Kesan yang dihasilkan oleh beberapa illat di dalam kewujudan sesuatu fenomena dapat digambarkan dalam beberapa bentuk :

1- Beberapa illat bersama-sama dan di samping satu sama lain ( secara bergandingan ) mendatangkan kesan seperti terkumpulnya biji benih, air , kepanasan ....menyebabkan bercambahnya biji benih dan tumbuhnya tunas.

2- Setiap satu dari illat-illat secara bergilir-gilir mendatangkan kesan di mana umurnya sesuatu fenomena dibahagikan menurut bilangan illat-illat dan setiap bahagian adalah ma'lul bagi salah satu dari faktor-faktor tersebut yang meninggalkan kesan mengikut giliran masing-masing sepertimana  beberapa motor dihidupkan mengikut giliran dan menyebabkan bergeraknya kapal terbang.

3-Kesan secara berangkai di mana kesan setiap satunya timbul berturut-turut ke atas yang lainnya seperti berlaganya bebola-bebola yang dibariskan menimbulkan  perlanggaran yang berturutan. Contoh yang lain ialah kesan iradah manusia ke atas pergerakan tangan dan kesan tangan ke atas pergerakan pena dan kesan pergerakan pena bagi mewujudkan tulisan.

4- Kesan yang berturutan beberapa faktor secara vertikal di mana wujud setiap satu dari faktor-faktor tersebut bergantung kepada wujud faktor sebelumnya ( berbeza dengan nombor 3 di mana wujudnya pena tidak bergantung kepada wujudnya tangan dan wujudnya tangan tidak bergantung kepada Iradah manusia )

Di dalam semua bentuk-bentuk di atas , berhimpunnya beberapa illat untuk kewujudan satu Ma'lul adalah mungkin bahkan perlu, manakala kesan Iradah Allah dan iradah insan di dalam perbuatan secara ikhtiar adalah daripada bahagian yang keempat kerana wujudnya insan dan iradahnya adalah bergantung kepada Iradah ilahi. Tetapi bentuk berhimpunnya dua illat ke atas satu Ma'lul yang tidak mungkin ialah apabila berhimpunnya dua illat pemberi kewujudan atau dua illat yang tidak dapat berhimpun bersama ( Maniatul Jam ) yang memberi kesan secara horizontal dan secara bergilir. Umpamanya satu iradah timbul dari dua pembuat yang beriadah atau satu fenomena bersandarkan kepada dua kumpulan illat-illat ( dua illat tammah ).

Penyelesaian keraguan

     Dengan penjelasan yang telah diberikan , persandaran ( istinad ) wujudnya perbuatan-perbuatan ikhtiar manusia kepada Tuhan tidak bertentangan dengan persandarannya kepada manusia itu sendiri oleh kerana persandaran ini berlaku secara vertikal dan tidak ada gangguan ke atas satu sama lain.

      Dengan kata lain, persandaran perbuatan kepada pembuat ( manusia ) berada pada satu peringkat dan persandaran wujudnya kepada Tuhan adalah peringkat yang lebih tinggi yang mana pada peringkat itu wujudnya insan itu sendiri dan wujudnya materi yang mana perbuatan manusia itu berlaku ke atanya dan wujudnya peralatan yang digunakan manusia untuk melakukan perbuatannya , semuanya adalah bersandarkan kepada Tuhan.

     Maka kesan Iradah manusia sebagai bahagian yang terakhir dari illat yang sempurna ( illat Tammah ) di dalam perbuatannya tidak bertentangan dengan istimad ( persandaran ) semua bahagian illat sempurna kepada Allah Ta'ala.

     Kewujudan alam , insan dan kesemua aspek kewujudannya adalah berada di dalam kekuasaan Allah yang senantiasa mengurniakan kewujudan kepada mereka dan senantiasa mencipta mereka dan tidak ada maujud yang tidak perlukannya pada satu masa dan satu keadaan sekali pun dan tidak ada yang independent daripadanya.

      Oleh itu perbuatan dan amalan secara ikhtiarnya manusia juga tidak terkecuali dari memerlukan Allah Ta'ala dan tidak akan terkeluar dari bidang iradah Allah dan kesemua sifat, ciri-ciri, sempadan-sempadan adalah bergantung kepada takdir dan Qadha' ilahi dan bukanlah ianya itu samada bersandar kepada iradah insan sahaja atau kepada iradah Allah Ta'ala semata-mata.

     Ini ialah kerana kedua-dua iradah ini bukanlah secara horizontal ataupun tidak dapat berkumpul dengan satu sama lain dan kesan mereka dalam wujudnya perbuatan bukanlah secara berganti-ganti bahkan iradah insan sepertimana asal kewujudannya adalah tertakhluk kepada iradah ilahi dan iradah Allah Ta'ala untuk kewujudannya adalah perlu dan dharuri.

( At-Takwir:29 Wamatashauuna illa An Yashau llahu Rabbul Alamin )

Kesan iktikad kepada Qadha' dan Qadar 

    Iktikad kepada Qadha' dan Qadar di samping ianya merupakan satu tingkatan dan darjat dari ma'rifat Allah dan menyebabkan kesempurnaan insan dari segi akal fikiran, ianya juga mempunyai kesan praktikal yang banyak di mana telah kita isyaratkan sebahagian darinya dan sekarang kita terangkan sebahagian yang lainnya:

     Manusia yang percaya bahawa timbulnya peristiwa-peristiwa dan kejadian adalah menurut iradah yang bijaksana Allah Ta'ala dan bersandarkan kepada takdir dan Qadha'nya ilahi , maka ia tidak akan takut dengan kejadian yang tidak menyenangkan dan tidak akan menggadaikan dirinya berhadapan dengan perkara-perkara tersebut bahkan dengan memberi perhatian bahawa kejadian-kejadian ini adalah sebahagian dari sistem alam yang bijaksana dan ianya berlaku menurut kemaslahatan-kemaslahatan dan hikmat-hikmat, maka ia akan menerimanya dengan tangan terbuka dan kan terhasil baginya sifat-sifat terpuji seperti sabar,tawakkal,redha dan menyerah ( Taslim ).

     Ia juga tidak akan tertipu dengan keseronokan-keseronokan kehidupan dan tidak menjadikan nikmat-nikmat pemberian Tuhan sebagai alat untuk bermegah-megah.

    Kesan-kesan berguna inilah yang diperkatakan oleh ayat : Al-Hadid : 22 dan 23

    Walaubagaimanapun perlu diberi perhatian bahawa kefahaman yang tidak benar tentang Qadha' dan Qadar serta Tauhid di dalam kesan independent membawa kemalasan, kelemahan, kehinaan serta penerimaan kezaliman dan menyebabkan seseorang itu melarikan diri dari tanggungjawab. Ketahuilah bahawa kebahagiaan dan kecelakaan adalah bergantung kepada aktiviti-aktiviti secara ikhtiar seseorang itu.

( Al-Baqarah 286 , Loha Ma Kasabat Wa Alaiha Maktasabat )
( An-Najm 39 , Wa An Laisa Lil Insani Illa Masaa  )
  
"Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia " 
Solawat...

No comments:

Post a Comment