1- Tarikh agama adalah tarikh kemanusiaan.
2- Orang-orang yang mengingkari kewujudan Tuhan telah berusaha untuk mentafsirkan kepercayaan umat manusia kepada agama sepanjang sejarah supaya sesuai dengan pengingkaran Tuhan.
3- Mereka yang mengingkari Tuhan antaranya menyatakan bahawa ketakutan manusia kepada perkara-perkara semulajadi telah menyebabkan mereka mengatakan adanya punca yang dinamakan Tuhan disebalik perkara-perkara yang ditakuti tersebut. Sebab timbulnya aqidah agama di dalam fikiran manusia ialah harapan untuk menyelamatkan diri dari kemerbahayaan tersebut.
4- Sebahagian mereka mengatakan punca kepercayaan kepada Tuhan ialah kejahilan manusia akan sebab-sebab tabie bagi perkara-perkara yang berlaku . Bagi mereka Tuhan adalah punca segala perkara yang puncanya tidak diketahui.
5- Dua teori yang tersebut di atas tidak dapat dibuktikan dan tidak boleh diterima.
6- Pandangan-pandangan begini jikalau benar ,menampakkan motif umat manusia di dalam beragama dan mempercayai Tuhan. Jika teori ketakutan dan kejahilan ini terbukti benar , tidak sama sekali menafikan kewujudan Tuhan kerana kebenaran dan tidak benarnya motif sesuatu kepercayaan adalah satu perkara yang berasingan dari kebenaran atau tidak benarnya kepercayaan dan amalan tersebut.
7- Teori ketakutan tidak benar kerana :
i- Pembawa-pembawa agama adalah orang-orang yang berani.
ii- Terdapat ramai manusia penakut tetapi tidak percaya kepada Tuhan .
iii- Pada zaman moden ini sebahagian besar dari ketakutan manusia kepada bencana-bencana alam telah hilang tetapi kepercayaan kepada Tuhan tetap ada seperti sedia kala.
8- Teori kejahilan adalah tidak benar kerana ramai dari cendekiawan besar dunia percaya kepada Tuhan.
9- Pada hakikatnya punca kepercayaan kepada Tuhan ialah :
i- Akal Manusia menghukumkan bahawa setiap ciptaan ada penciptanya.
ii- Fitrah manusia mengenali dan menyembah Tuhan.
Maka hadapkanlah wajahmu kearah agama serta condong kepadanya . Fitrah Allah yang Allah jadikan manusia diatasnya. Tiadalah bertukar penciptaan Allah itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manuisa tidak mengetahuinya.
( Ar-Rum ayat 30)
Petua Ayt Rafie Qazwini: Banyak berzikir " Rabbi Habli Hukman Wa Alhiqni Bis Solihin " untuk buka penglihatan Alam Barzakh.
" Doa untuk mazlumin di Bahrain, Gaza dan seluruh pelusuk dunia "
Solawat...
No comments:
Post a Comment