Saturday 28 May 2011

Hak-Hak ( Truth and Rights )


  
  Imam Ali a.s : Sesungguhnya Hak ( kebenaran ) itu tidak dikenali melalui peribadi-peribadi.  Kenalilah Hak ( kebenaran ) itu, engkau akan mengenali ahlinya ( Majma' Al-Bayan )
  
  Rasulullah s.a.w : Terimalah kebenaran itu dari orang yang membawanya kepadamu - kecil atau besar walaupun dari musuhmu.  Dan tolaklah kebatilan itu kepada orang yang membawanya sama ada kecil atau besar walaupun orang yang disukai olehmu. ( Kanzul Ummal )

  Rasulullah s.a.w : Orang yang paling bertaqwa ialah orang yang berkata yang hak di dalam perkara yang menguntungkannya atau merugikannya. ( Amali Saduq )

  Imam Musa Kazim a.s : Berkatalah yang Hak walaupun di dalamnya kehancuranmu kerana padanya keselamatanmu . . . dan tinggalkan yang batil walaupun di dalamnya keselamatanmu kerana padanya kehancuranmu. ( Tuhaful Uqool )

  Imam Jaafar Sadiq a.s : Kemuliaan itu ialah apabila engkau merendahkan diri berhadapan dengan Hak. ( Biharul Anwar )

Imam Ali a.s : Allah telah menjadikan hak hamba-hambanya sebagai pendahuluan bagi hak-hak dirinya maka barangsiapa yang menunaikan hak-hak hambanya, ia akan menyampaikannya kepada menunaikan hak-hak Allah. ( Ghurarul Hikam )

Nota : 
   
       Agama yang Hak ialah agama yang mempunyai akidah dan kepercayaan-kepercayaan yang benar serta menepati realiti manakala amalan-amalan yang disarankannya pula memiliki jaminan yang mencukupi bagi kesahihan dan kemuktabarannya.

Petua Ayatullah Behjat : Seseorang telah mengadu kepada beliau akan kesakitan di sekitar jantung.  Ayatullah menjawab, basuhlah di bawah paip air di sekitar jantung dan bersolawatlah banyak-banyak.

Doa : Allahumma Arinil Asyya'a Kama Hiya 

Ya Allah tunjukkanlah daku benda-benda seperti mana ianya yang sebenar.

No comments:

Post a Comment