Iran, Mesir dan Pemikiran Taqrib antara mazhab
|
Taqrib bermakna seruan untuk mendekatkan pandangan antara mazhab Islam. Pemikiran ini memiliki sejarah tersendiri di negara-negara Islam, terutamanya Mesir. Taqrib juga bererti kerjasama antara ulama untuk menyelesaikan kesalahpahaman yang ada pada mazhab-mazhab Islam terutama mazhab Syi’ah dan Ahli Sunnah.
Para ulama Taqrib meyakini bahawa untuk mewujudkan matlamat Taqrib, Ahli Sunnah dan Syi’ah tidak harus meninggalkan ajarannya; akan tetapi, paksi Taqrib antara mazhab Islam adalah hidup bersama dengan jiwa bersaudara tanpa ada rasa bermusuhan satu sama lain. Natijahnya, matlamat Taqrib ialah mengurangi kekerasan dan permusuhan antara pengikut mazhab-mazhab Islam.
Sudah lama Universiti Al-Azhar Mesir sangat menyokong seruan Taqrib ini sehingga di zaman pemerintahan Anwar Sadat, Hasan Ibrahim Hasan dalam kitab “Tarikh Al-Daulah Al-Fatimiah” menulis:
“Nama Al-Azhar berdasarkan nama puteri Rasulullah (s.a.w), Fatimah Az-Zahra kerana dinasti “Fatimiyun” -yang pada tahun 909 M di Mesir sampai pada tampuk kekuasaan- mengaku sebagai keturunan beliau. Fatimiyun mendirikan Al-Azhar pada tahun 972 M untuk perluasan mazhab Syi’ah. Para pemimpin silsilah ini meyakini zaman da’wah Syi’ah dengan memperkenalkan ilmunya sudah tiba dan ajaran-ajaran mazhab ini harus diperluas dengan pendidikan. Fatimiyun tidak merasa cukup dengan mendirikan Al-Azhar saja, akhirnya pada tahun 1005 M membentuk lembaga pusat kebudayaan “Dar Al-Hikmah” yang juga bertujuan untuk da’wah Syi’ah.”
Dapat dikatakan, berbeza dengan gerakan sederhana Fatimiun pada awal pemerintahannya dalam memperluas mazhab syi’ah, pada tahun-tahun berikutnya hal ini menjadi ekstrim dan berlebihan. Sebagai contoh, dinsti Fatimiyah melarang masyarakat untuk membaca kitab-kitab mazhab lain dan berusaha untuk menghilangkan Ahli Sunnah. Mungkin politik ini yang menjadi salah satu sebab penggerak Ayyubiun untuk mentablighkan Ahli Sunnah dan pengikut mazhab ini menerima silsilah ini (Ayyubiun).
Ayyubiun yang memegang kekuasaan setelah tergulingnya dinasti Fatimiyun pada tahun 1175 M telah mengubah Mesir menjadi pusat kebudayaan yang kuat untuk memperluas mazhab Ahli Sunnah. Pengasas pemerintahan ini, Salahuddin Ayyubi yang bermazhab Syafi’i, melarang pengajaran fiqah Syi’ah di Al-Azhar. Politik ini menyebabkan kejatuhan intelektual di Al-Azhar dan keadaan ini berlangsung selama lebih kurang 80 tahun. Akan tetapi, pada zaman pemerintahan “Mamlukian” dan “Ustmanian” di Mesir, meskipun pemerintahannya berasaskan Ahli Sunnah, tetapi keadaan orang-orang Syi’ah lebih baik ketika zaman pemerintahan Ayyubian. Solat Juma’at di Al-Azhar kembali dilangsungkan dan disamping pelajaran fiqah Syafi’i, beberapa ulama juga dilantik untuk mengajar fiqah mazhab lain termasuk mazhab Syi’ah.
Pada tahun 1789 penyerangan Perancis terhadap Mesir menyebabkan ulama Al-Azhar mengangkat bendera perang terhadap Perancis dengan sokongan daripada masyarakat dan menubuhkan persatuan muslimin dengan melupakan perbezaan-perbezaan mazhab. Kerjasama ulama Al-Azhar dan orang-orang Syi’ah serta anggota Taqrib yang lain menyebabkan kekalahan Perancis. Pada masa ini hukuman mati terhadap ulama Islam oleh kekuatan Perancis menguatkan lingkaran persatuan antara Muslim dalam menghadapi musuh luar.
Muhammad Ali terpilih sebagai gabenor Mesir pada tahun 1805. Dia, seorang yang mencintai kekuasaan, menganggap wujud ulama-ulama Al-Azhar terutama persatuan di antara mereka dan masyarakat Islam sebagai penghalang untuk mengukuhkan kekuasaannya. Untuk menghilangkan penghalang-penghalang ini, dengan menggunakan senjata perselisihan ia menimbulkan perpecahan, disamping memerintah dengan sewenang-wenang dan memisahkan antara agama dan politik untuk melemahkan Al-Azhar dan ulama Islam.
Politik ini (yang berakhir dengan tidak mampunya Al-Azhar mengelola kewangannya) menyebabkan peringkatan bertahap universiti tersebut dan memaksanya untuk menggantungkan masalah kewangan daripada pihak lain, terutama kerajaan Inggeris. Pada tahun 1915 penasihat kewangan pemerintah Mesir –seorang Inggeris- menyarankan kepada pemimpin Al-Azhar untuk menerima bantuan daripada pemerintah Inggeris untuk memperbaiki kewangan ulama-ulama Al-Azhar (1). Pada masa ini, siasah pemerintah Mesir dan pendatang dari Inggeris adalah pemisahan antara agama dan politik serta menghalang perpaduan mazhab yang berbeza-beza dalam satu lingkungan Islam. Dengan ini, ulama mazhab-mazhab di Al-Azhar tidak dapat menjalankan misi Islami mereka disebabkan tidak ada perpaduan, fanatisme dan sikap memperhatikan keuntungan peribadi.
Pada tahun 70-an peningkatan hubungan antara ulama dan pusat-pusat lembaga agama yang berbeza-beza, terutama Syi’ah dan Ahlu Sunnah, mendorong terbentuknya “Dar Al-Taqrib” di Mesir. Beberapa marja’ faqih Syi’ah dunia, seperti Ayatullah Uzdma Burujerdi yang memiliki peranan yang sangat penting dalam pembentukan pusat lembaga ini. Beliau memiliki keyakinan kuat bahawa perlunya pemecahan masalah di antara mazhab-mazhab Islam dan kewujudan hal ini akan meninggikan martabat Islam.
Ayatullah Uzdma Burujerdi mengetahui dengan bijaksana bahawa jika kesepakatan di antara orang-orang muslim mahu dibentuk, ia harus bersumber dari lembaga keilmuan. Dari sisi lain, beliau juga mengetahui tingkatan keilmuan Al-Azhar. Jadi, beliau menggunakan sarana dan kesempatan ini secara efisyen untuk mengadakan hubungan dengan ulama-ulama Mesir. Untuk memulai hubungan ini beliau mengirim Allamah Syeikh Muhammad Taqi Al-Qumi ke Mesir sebagai wakilnya. Tugas beliau adalah berusaha untuk mengembangkan kegiatan-kegiatan Taqrib di Mesir dan mendorong ulama Islam untuk mementingkan terwujudnya persatuan umat Islam.
Allamah Syeikh Muhammad Taqi Qumi menyampaikan pesan lisan Ayatullah kepada Syeikh Majid Salim yang menjawat jawatan presiden Al-Azhar di waktu itu. Pesanan jawapan Syeikh Salim kepada Ayatullah Burujerdi membuka pintu kerjasama dan surat menyurat dalam hal Taqrib antara hawzah Qom dan Al-Azhar. Tidak lama kemudian Syeikh Hasan Baquri, pensyarah dan seorang alim universiti Al-Azhar, dan menteri wakaf Mesir, pergi ke Iran untuk bertemu dengan Ayatullah Burujerdi. Sebagai balasan, kitab “Mukhtasar Al-Manafi’ Allamah Hilli dan kitab tafsir “Majma’ Al-Bayan” Syeikh Thusi dicetak dan dipelajari di Mesir.
Berdasarkan itu universiti Al-Azhar untuk pertama kalinya dalam sejarah pendiriannya, mengadakan majlis Asyura’ (acara peringatan syahadah Imam Husein a.s) secara besar-besaran. Syeikh Syaltut memegang kepemimpinan universiti Al-Azhar setelah meninggalnya syeikh Majid Salim. Beliau, seorang yang menginginkan perpaduan umat Islam dan memiliki pengetahuan yang dalam tentang masalah Taqrib, telah menjalinkan hubungan erat dengan Ayatullah Burujerdi; dan dalam salah satu suratnya, beliau memanggil beliau dengan sebutan "saudara yang agung".
Pendirian Darul Taqrib Bainal Mazahib Al-Islami di Mesir berperanan penting dalam penyelarasan antara mazhab-mazhab Islam dan akhirnya ia menjadi satu langkah yang penting. Langkah penting ini adalah pengajaran fiqah mazhab-mazhab Islam, Ahli Sunnah mahu pun Syi’ah, di universiti Al-Azhar. Hal ini ditulis di bab ke tiga undang-undang Dar Al-Taqrib seperti berikut:
“Pengajaran fiqah mazhab-mazhab Islam di universiti-universiti Islam dan di pusat-pusat pendidikan lainnya, akan dilaksanakan sebaik mungkin.”
Saranan program pengajaran mazhab Ja’fari di Al-Azhar meskipun tidak terlaksana akan tetapi berhubungan dengan satu kejadian penting yang lain iaitu fatwa syeikh Syaltut yang mengandungi izin menganut fiqah Syi’ah. Dengan ini, marja’ terbesar Ahli Sunnah Mesir mengatakan bahawa para pengikut mazhab Syi’ah Itsna Asyariah memiliki hak yang sama sebagai seorang muslim seperti pengikut mazhab-mazhab lain; meskipun selalu ada propaganda-propaganda buruk yang merugikan. Kepada seluruh umat Muslim Ahli Sunnah Wa Jamma’ah juga diperbolehkan untuk mengikuti fatwa-fatwa ulama Syi’ah.
Ulama-ulama Mesir setelah zaman Syeikh Syaltut juga memiliki hubungan erat dengan hawzah-hawzah ilmiah Syi’ah; ia pun terus melanjutkan kegiatan-kegiatan Taqrib. Hal ini menciptakan hubungan erat antara masyarakat Iran dan Mesir. Boleh dikatakan meski pun fiqah yang diperkenalkan di Mesir bukanlah fiqah Syi’ah, tetapi hati nurani masyarakat Mesir memiliki kecondongan terhadap syi’ah. Kerana itu, pengikut mazhab Wahabi dengan niat menjauhkan masyarakat Mesir dari garis-garis fiqah dan pemikiran logik mazhab Syi’ah, melawan tasyayu’ dan berusaha untuk menyimpangkan kecenderungan perpaduan ulama dan masyarakat Mesir.
Saat ini ada banyak dalil yang menunjukkan kecenderungan masyarakat Mesir untuk saling memahami dengan saudara-saudara Syi’ah dan hal ini disebabkan kecintaan mereka pada Ahlul Bait (a.s). Sebagai contoh, masyarakat Mesir suka berziarah ke makam-makam mulia ma’sumin dan membolehkan menciumnya. Nama yang paling banyak dipakai di Mesir setelah nama nabi Muhammad (s.a.w) adalah nama Ali (untuk laki-laki) dan Fatimah (untuk perempuan). Dalam banyak syair kanak-kanak Mesir yang paling terkenal, Sayyidah Fatimah (a.s) disebut sebagai ibu dan Ali (a.s) sebagai ayah. Khususnya pada penyelenggaraan hari-hari raya dan adat-adat bulan suci Ramadhan, masyarakat Mesir mengikuti adat-adat khusus Fatimiah yang berasal dari budaya Syi’ah.
Penerbitan kitab "Al-Muraja’at" yang merupakan syarah dari diskusi antara ulama besar Islam, Abdul Husain Syarafuddin Al-Musawi, salah satu dari pembawa bendera Taqrib di Jabal Amil, Lubnan, dan Syeikh Salim, pemimpin Al-Azhar, mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan kesalahpahaman Ahli Sunnah terhadap Syi’ah. Syeikh Salim dalam pertemuan terakhirnya mengakui bahawa tidak ada perbezaan di antara Ahli Sunnah dan Syi’ah dan pertentangan yang ada diantara Syi’ah dan Ahli Sunnah lebih sedikit dari pertentangan antara imam-imam empat mazhab.
Sebenarnya kehidupan kebudayaan Mesir memiliki kecenderungan kuat untuk mewujudkan misi Taqrib. Alasannya adalah sebagai berikut:
1. Adanya makam orang-orang yang dinisbahkan ke Ahlul Bait, seperti Malik Asytar di Mesir, yang menyebabkan masyarakat Negara ini menunjukkan kecintaannya pada Ahlul Bait lebih dari masyarakat Negara-negara lain.
2. Masyarakat Mesir secara terbuka memiliki kecenderungan untuk bersatu dan saling memahami antara saudara Muslim yang lain, termasuk syi’ah; dan kecenderungan ini bertambah setelah kemenangan revolusi Islam.
3. Peranan Al-Azhar yang merupakan asas besar dalam sisi moral dan spiritual, yang pada awalnya didirikan untuk memperluas mazhab Syi’ah dan pendekatan antara mazhab, tidak dapat dipandang sebelah mata.
4. Dari segi sejarah, pendirian pemerintahan Fatimiyun oleh orang-orang Syi’ah di Mesir dan permusuhan bersejarah antara masyarakat Mesir dengan Wahabi selalu menjadi penghalang usaha musuh-musuh Islam untuk menebar perpecahan. Tidak menghairankan jika dengan alasan di atas sebagian penetapan undang-undang Mesir dilakukan bersaskan faham mazhab Syi’ah. Sebagai contoh, dua pasal dari undang-undang sivil Mesir diambil dari mazhab Syi’ah. Pada zaman Abdul Nasir, Al-Azhar menerbitkan sebuah ensiklopedia fiqah yang bernama “Fiqh-e Islam Dar Mazaheb-e Hasytgone” (fiqih Islam dalam 8 mazhab) yaitu 4 mazhab Ahli Sunnah, mazhab Syiah 12 Imam, Zaidi, Ibadhi dan Dhohiri.
Suatu perkumpulan bernama Ahlul Bait dibentuk di Mesir dalam dekad ini dan terdaftar dalam daftar kementerian perkara sosial dengan nombor 1852. Kelompok ini memiliki beberapa karya yang sudah diterbitkan. Namun karya Ahlul Bait dihentikan oleh Anwar sadat setelah kemenangan revolusi Islam Iran. Kelompok ini juga memiliki peranan penting dalam misi Taqrib. Di Mesir para sadah (keturunan nabi) dikenal sebagai “Ashraf” dan kelompok ini bertugas untuk menjaga nasab keturunan Ahlul Bait yang sudah meninggal.
Ada kelompok yang bernama “Ja’afirah” yang nasab mereka sampi pada imam Ja’far as. di daerah Said, terutama di wilayah Qina dan Iswan. Mereka juga menganut faham Taqrib dan hidup bersama secara akur dengan Ahli Sunnah. Jumlah pengikut Ja’afirah di Mesir mencapai 2 juta orang.
“Buhrah” adalah kelompok Syi’ah Isma’iliah Afrika yang hijrah ke Mesir pada masa pemerintahan Anwar Sadat. Mereka menggunakan kemampuannya untuk meyakinkan menteri Wakaf Mesir agar memperbaiki masjid-masjid Syi’ah Fatimi –dengan kemampuan mereka– seperti masjid Al-Anwar yang pada akhirnya menjadi tempat tinggal mereka. Buhrah juga memperbaiki dan membangun kembali masjid Al-Husain (a.s) dan masjid Zainab (a.s).
Mazhab Sufi di Mesir yang merupakan pengikut imam Ali (a.s) juga selalu memiliki kerjasama ilmiah yang baik dengan ulama-ulama Ahli Sunnah. Mereka juga selalu berusaha keras menghalang Wahabi untuk menyebarkan perpecahan antara umat.
Wujudnya Buhrah, Sufi, Ja’afirah dan kelompok-kelompok pengikut Ahlu Bait lain dari satu sisi, dan dari sisi lain pemikiran cerah sebagian ulama Ahli Sunnah Mesir seperti Syeikh Syaltut dan Kawakibi menyebabkan berkembangnya pemikiran Taqrib di Mesir secara pesat, meski pun usaha-usaha Wahabi yang dimulai pada masa Abdul Nasir sampai sekarang demi menjatuhkan misi ini sentiasa wujud.
Setelah kemenangan revolusi Islam di Iran dan berkibarnya bendera perpaduan daripada imam Khomeini, masyarakat Mesir menyambut perpaduan ini dengan semangat dan kegembiraan yang mendalam. Akan tetapi, alat-alat propaganda barat dan media antarabangsaWahabi berusaha menghapus wajah tasyayyu’ di kalangan Ahli Sunnah dengan menerbitkan buku-buku “menyimpang”. Dengan ini, kitab-kitab yang menghina dan menghilangkan kepercayaan terhadap Syi’ah dan kitab-kitab yang menyerang pemikran Ahli Sunnah dikeluarkan dari gudangnya dan disebarkan kembali. Penerbitan Al-Shohwah digunakan kembali untuk menghalang pemikiran Syi’ah di Mesir. Penerbit ini menerbitkan lebih dari 100 buku berkaitannya dari tahun 1983 sampai 1986. Seluruh biaya penerbitan buku-buku ini dibekalkan oleh Wahabi.
Meski pun penyerangan ini mengancam mazhab Syi’ah, tapi dari sisi lain ia menguntungkan dakwah Taqrib, kerana masyarakat Mesir menjadi ingin mencari tahu perbezaan Syi’ah dan Ahlu Sunnah. Munculnya intelek-intelek zaman itu membuatkan isu Taqrib semakin diangkat. Sebagai contoh, marhum Allamah Syeikh Muhammad Ghazali, seorang ulama yang diterima diseluruh kalangan masyarakat Mesir, selalu membantah perselisihan di antara umat Islam dan mendukung pemikiran Taqrib. Beliau berkata:
“Kekhawatiran akan perbezaan dalam Fiqah tidak perlu dikhuatirkan; kerana perbezaan Fiqah tidak dapat dimungkiri. Larangan taqlid pada mazhab tertentu tidak lebih dari sekadar fanatik yang tidak berharga”. (Surat Khabar Al-Zahram, 17/12/1370)
Para pemimpin Ikhwanul Muslimin juga sangat mementingkan masalah pendekatan dan menganggap keperluan mustahak perpaduan umat Islam dalam menghadapi musuh yang bersatu pada zaman ini.
Program Taqrib di Mesir terus berlangsung. Para ulama dan intelektual Mesir yang dalam gerakan baru mereka berusaha menghidupkan Islam murni, mengetahui pentingnya perpaduan dalam menghadapi musuh bersama. Sejarah dan kebudayaan masyarakat juga membuktikan hal ini. Jadi, dapat dikatakan jika Taqrib di Mesir dibimbing pada jalan yang benar, pada masa yang akan datang dapat menjadi sandaran kuat untuk perpaduan politik dan persaudaraan dunia Islam. Jelas, perubahan positif apapun dalam hubungan antara Iran dan Mesir akan memperkuatkan kedudukan para pendukung Taqrib di kedua negara.
Penulis: Mohsen Pak Ain
Buat pertama kali Syiah sertai pilihanraya presiden Mesir
|
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika sebahagian pengikut mazhab Syiah di Mesir mengumumkan sokongan mereka terhadap calon Ikhwanul Muslimin dalam pilihanraya presiden, seorang pemikir Syiah Mesir tampil menyertai pencalonan.
Dr. Muhammad Ghanim, kelmarin secara rasmi mencalonkan dirinya dalam pilihanraya, sekaligus menjadi calon pertama daripada mazhab Syiah dalam negara majoriti Ahlusunnah itu.
Sebaik sahaja mendaftarkan namanya, beliau menyatakan bahawa masyarakat Syiah tidak akan berdiam diri untuk menuntut hak mereka.
Muhammad Ahmad Ghanim lahir pada tahun 1939 di kota Kaherah. Beliau berkelulusan dalam bidang perubatan di universiti Al-Manshourah. Beliau juga adalah doktor Mesir yang pertama membangkitkan isu Zionis yang menggunakan senjata terlarang dalam serangan 22 hari regim tersebut terhadap Gaza.
Ketua Majlis Ulama Indonesia : Syiah Sah sebagai Mazhab Islam
POSTED IN: BERITA
Hujjatul Islam Mir Aghaei;
Cabaran Pendekatan Mazhab dan Perpaduan Islam.
|
Perbezaan utama antara kuasa angkuh dunia dan penguasa serta ahli politik pada masa lalu ialah mereka memasuki dunia Islam dengan penuh perhitungan dan melibatkan ratusan pemikir dan ilmuan dengan nama orientalis. Dengan taktik baru, mereka berjaya mengadu-domba antara sesama muslim.
Sejarah masa silam umat Islam sarat pasang surut berkenaan pendekatan antara sesama mereka. Sepanjang perjalanan sejarah, umat Islam pernah mencapai puncak kemajuan dan kegemilangan berkat perpaduan dan kesetiakawanan yang terjalin di antara mereka. Sementara di sisi lain sepak terajangnya, umat Islam juga mengalami puncak kelemahan dan ketertinggalan akibat perselisihan, permusuhan, dan keterasingan satu sama lain. Tentu sahaja, tingkat kesuraman ini bervariasi dan tergantung pada lokasi geografi dan kehebatan antara mazhab serta dilatarbelakangi oleh peristiwa-peristiwa yang saling berasingan.
Tundingan palsu, pengkafiran, prasangka buruk, dan fanatik buta di antara kebanyakan pengikut mazhab dalam Islam merupakan sebuah fenomena umum di masa lalu dan sekarang. Kerana itu, sangat penting untuk memahami faktor-faktor yang melahirkan hubungan tidak sihat, konflik dan perseteruan di antara mereka. Kita perlu mengenal pasti faktor-faktor yang telah menghalangi kerjasama dan pendekatan antara sesama Muslim. Di sini kami akan menyentuh beberapa halangan yang mencipta jurang pemisah dan jarak di tengah umat yang agung ini.
1. Kejahilan dan kurang informasi antara satu sama lain.
Salah satu masalah umat dan pengikut mazhab-mazhab Islam pada masa lalu dan sekarang adalah sangat minimumnya pengetahuan dan pengenalan mereka tentang seluruh pengikut mazhab lain. Secara umum, mereka tidak mengetahui akidah, fiqh, dan akhlak kelompok lain. Dan sungguh menyayat hati, kadang kala mereka memiliki pengetahuan yang tidak benar tentang saudaranya sesama muslimin. Pada zaman dahulu, kejahilan ini didominasi oleh jarak dan minimumnya sarana komunikasi antara mereka.
Namun, kini dunia telah berubah menjadi sebuah institut dan jarak bukan lagi halangan seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi, surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet. Jadi, sekarang kejahilan tersebut tidak dapat dimaafkan lagi.
Namun, kini dunia telah berubah menjadi sebuah institut dan jarak bukan lagi halangan seiring dengan kemajuan teknologi komunikasi, surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet. Jadi, sekarang kejahilan tersebut tidak dapat dimaafkan lagi.
Tokoh masyarakat, pemilik sarana komunikasi, para khatib dan pemidato perlu memberi wawasan dan pengetahuan kepada umat tentang adab, tradisi dan kepercayaan umat Islam di seluruh penjuru dunia, sehingga semua mengetahui bahawa umat menyerap pengetahun Islam dari sumber yang satu, iaitu; al-Quran dan hadis. Terbebas dari adat istiadat daerah masing-masing, prinsip-prinsip keyakinan dan pengetahuan Islam, mereka adalah satu, dan umat yang satu. Langkah mewujudkan sikap saling mengerti dan mengenal antara Muslim, tentu saja memberikan sumbangan besar dalam melahirkan simpati dan persaudaraaan di tengah mereka.
2. Tundingan tak berasas dan kesalahpahaman.
Mengamati buku-buku yang ditulis oleh pengikut mazhab-mazhab Islam terhadap satu sama lain, dengan penilaian objektif dan ilmiah, akan jelas kelihatan bahawa kebanyakan isi buku-buku tersebut tidak lebih dari tudingan palsu dan fitnah. Malangnya, tundingan-tundingan tak berdasar itu merebak begitu cepat di tengah umat Islam. Tundingan tersebut boleh jadi disebabkan kejahilan penulis terhadap akidah kelompok lain, atau kesan fanatik buta akibat dendam sejarah yang dicipta oleh musuh-musuh Islam, lalu mereka menebarkannya di tengah masyarakat Islam melalui coretan-coretannya.
Kebanyakan dendam dan prasangka buruk yang ada di tengah pengikut mazhab-mazhab Islam, juga lahir akibat kesalahpahaman mereka terhadap prinsip-prinsip, nilai-nilai dan akidah kelompok lain.
Sebahagian kaum muslimin tidak saling mengenal satu sama lain, tidak punya pengenalan sempurna terhadap kebiasaan dan tradisi kelompok lain, dan setiap ritual sosial dan nasional kelompok lain akan dianggap sebagai akidah mazhab mereka. Kemudian dengan melihat sedikit perbezaan, mereka langsung membuat kesimpulan keliru dan berburuk sangka kepada saudaranya serta menunding mereka sebagai ahli bid’ah. Padahal, perbezaan-perbezaan sebelah pihak seperti itu banyak ditemukan di tengah pengikut mazhab-mazhab Islam, antara lainnya; sujud di atas tanah (turbah), ziarah kubur, azadari ratapan duka di tengah pengikut Syiah. Puasa di hari Asyura dan ziarah kubur di tengah pengikut Ahlu Sunnah, akan dianggap bid’ah oleh orang-orang yang tidak berpengetahuan dan fanatik buta. Mereka dengan mudah mengkafirkan kelompok tertentu dan menyebarkan tuduhan-tuduhan palsu. Padahal, jika mereka mengetahui dengan baik keyakinan mazhab lain, tentunya jurang pemisah di tengah umat Islam dapat dicantas secara drastik.
Sebahagian kaum muslimin tidak saling mengenal satu sama lain, tidak punya pengenalan sempurna terhadap kebiasaan dan tradisi kelompok lain, dan setiap ritual sosial dan nasional kelompok lain akan dianggap sebagai akidah mazhab mereka. Kemudian dengan melihat sedikit perbezaan, mereka langsung membuat kesimpulan keliru dan berburuk sangka kepada saudaranya serta menunding mereka sebagai ahli bid’ah. Padahal, perbezaan-perbezaan sebelah pihak seperti itu banyak ditemukan di tengah pengikut mazhab-mazhab Islam, antara lainnya; sujud di atas tanah (turbah), ziarah kubur, azadari ratapan duka di tengah pengikut Syiah. Puasa di hari Asyura dan ziarah kubur di tengah pengikut Ahlu Sunnah, akan dianggap bid’ah oleh orang-orang yang tidak berpengetahuan dan fanatik buta. Mereka dengan mudah mengkafirkan kelompok tertentu dan menyebarkan tuduhan-tuduhan palsu. Padahal, jika mereka mengetahui dengan baik keyakinan mazhab lain, tentunya jurang pemisah di tengah umat Islam dapat dicantas secara drastik.
3. Fanatik kesukuan, mazhab, dan individual.
Rasa kagum manusia terhadap diri dan apa yang dimilikinya, sentiasa menjadi sisi negatif yang menghalangi manusia mencapai kesempurnaan material dan spiritual. Kekaguman ini muncul dalam bentuk individu, etnik, suku dan mazhab. Akibat terpengaruh dengan faktor-faktor tersebut, manusia akan bersikap ego dan memandang dirinya di atas yang lain serta bersikap fanatik.
Padahal, kitab suci al-Quran memperkenalkan konsep kesetaraan manusia dalam sebuah pesanan globalnya; “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kalian bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.”
Padahal, kitab suci al-Quran memperkenalkan konsep kesetaraan manusia dalam sebuah pesanan globalnya; “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kalian bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.”
Namun, manusia yang terlena oleh hawa nafsu dan kilauan dunia, sentiasa menganggap warisan nenek moyangnya dan interpretasinya atas kitab dan sunnah sebagai kebenaran, sementara pemikiran dan gagasan kelompok lain sering salah dan keliru di mata mereka. Padahal, alangkah bijaksananya jika ia menilai perbezaan bangsa, bahasa, dan lokasi geografi sebagai sebuah kewajaran. Mereka menolak kelompok lain atas dasar fanatik buta dan bukan argumentasi rasional. Sementara metodologi yang benar adalah mengajak pengikut berbagai mazhab untuk membahas bersama-sama dalam kerangka dialog logik dan rasional agama, serta menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai landasan ijtihad.
Dalam konteks seperti itu, perbezaan mazhab akan menjadi rahmat bagi kaum muslimin dan jambatan untuk mendalami pemahaman keagamaan. Perbezaan suku, bangsa, bahasa, dan mazhab bukan alasan untuk membenarkan atau menyalahkan penafsiran dan ijtihad dari kitab dan sunnah. Akal sihat dan logik yang kuat adalah satu-satunya ukuran untuk menilai kebenaran dan kesesatan akidah dan kepercayaan.
Dalam konteks seperti itu, perbezaan mazhab akan menjadi rahmat bagi kaum muslimin dan jambatan untuk mendalami pemahaman keagamaan. Perbezaan suku, bangsa, bahasa, dan mazhab bukan alasan untuk membenarkan atau menyalahkan penafsiran dan ijtihad dari kitab dan sunnah. Akal sihat dan logik yang kuat adalah satu-satunya ukuran untuk menilai kebenaran dan kesesatan akidah dan kepercayaan.
4. Ekstrimisme, fanatisme etnik, pengkafiran, dan penghinaan simbol suci kelompok lain.
Di antara masalah dunia Islam pada masa lalu dan sekarang, adalah semangat radikalisme dan ekstrimisme sebahagian kecil daripada kelompok Muslim. Islam adalah agama yang seimbang dan selaras dengan fitrah suci manusia. Keterikatan Muslim terhadap mazhab tertentu, kadang-kadang boleh mengeluarkan mereka dari jalan tengah dan stabil, lantas menyeret mereka ke lembah ekstrimisme dan radikalisme.
Di bawah semangat yang tidak sihat ini, mereka kemudian saling mengkafirkan dan menunding pihak lain sebagai ahli bid’ah. Mereka juga bersikap ekstrim dan kaku dalam menafsirkan dan menerapkan prinsip-prinsip dan aturan syariat kepada kelompok lain. Dengan alasan yang sengaja dicipta, mereka menganggap pihak lain sebagai orang yang fasik, munafik, dan keluar dari Islam. Sejalan dengan sikap negatif tersebut, kelompok lain bangkit menghina seluruh umat Islam dan simbol suci mereka. Langkah ini telah melukai perasaan umat Islam se-dunia.
Pada masa lalu, contoh nyata model pemikiran dan semangat yang tidak berimbang ini adalah kelompok Khawarij. Pecahan ini menyakini bahawa setiap orang yang melakukan dosa besar akan digolongkan kafir. Dengan alasan itu, bahkan mereka memerangi Imam Ali ibn Abi Thalib (a.s). Akhirnya, melalui sebuah konspirasi busuk, mereka menghantarkan Imam Ali (a.s) ke gerbang syahadah.
Sekarang, kelompok-kelompok kecil di tengah mazhab Syiah dan Ahlu Sunnah juga terjebak ke jurang ekstrimis. Mereka mengkafirkan kelompok lain dan kadang-kadang menganggap tindakan membunuh saudaranya sesama Muslim sebagai ibadah, atau mencucuh api perpecahan dan permusuhan dengan menghina kesucian satu sama lain dan umat Islam. Salah satu tugas para pelopor pendekatan antara-mazhab adalah memperluaskan rasionalisme dan keseimbangan di tengah umat Islam.
5. Kepentingan politik dan ekonomi pihak pemerintah.
Sejak dahulu sering dikatakan bahawa manusia bersama agama pihak pemerintah. Ertinya, prinsip penguasa di setiap masyarakat sangat berperanan dalam membentuk fikiran dan ide-ide masyarakat tersebut. Keyakinan beragama para anggota masyarakat juga tak luput dari pengaruh penguasa. Dasar pemerintah yang menguasai jiwa, harta dan keamanan masyarakat, telah mendominasi politik, ekonomi, budaya, pendidikan dan pengajaran masyarakat tersebut. Kini, seiring meluasnya sarana komunikasi awam, pengaruh itu menjadi berlipat ganda.
Penguasa dan ahli politik yang bijak akan memanfaatkan sarana dan kemudahan tersebut demi kebaikan, perubahan dan persatuan umat. Namun, ada banyak penguasa yang mengeksploitasi kemajuan teknologi untuk kepentingan politik dan ekonominya. Selain takhta dan harta, mereka menyalahgunakan kekuasaan untuk memperbesar pengaruhnya dan mencipta perpecahan di tengah umat Nabi Muhammad (s.a.w). Tindakan seperti ini merupakan contoh jelas kekejaman, yang menjadi akar perselisihan dan perseteruan umat.
6. Prinsip imperialisme dan arogansi
Pada zaman dahulu, hanya penguasa tempatan yang mengadu-domba umat atas nama agama, atau kerana kejahilan, atau juga kerana fanatik dan kepentingan. Namun, dalam dua-tiga abad yang lalu, dan sejak Eropah menapakkan kakinya di dunia Islam untuk membolot sumber daya dan kekayaan negeri-negeri muslim, ia menjadi faktor lain dalam memasuki arena pemecahan umat Islam. Faktor baru ini mempertontonkan kejahatan yang paling keji dalam menguasai dan membolot kekayaan Muslim.
Perbezaan fundamental antara pendatang baru ini dan penguasa tempatan pada masa lalu adalah mereka mamasuki dunia Islam penuh perhitungan dan melibatkan sejumlah ilmuan dengan bendera orientalis. Mereka mengucar-kacir umat Islam dengan berbagai helah dan konspirasi. Oleh kerana mereka sama sekali tidak mempunyai hubungan emosional, keagamaan, dan nasionalisme dengan umat Islam, pendatang baru ini maka tak segan-silu melakukan berbagai kejahatan dan mencipta malapetaka di dunia Islam demi menguasai kekayaan umat yang agung ini.
Beberapa metodologi baru yang digunakan imperialis dan terutamanya Inggeris untuk mencetuskan konflik di tengah umat Islam adalah seperti berikut:
A. Membentuk mazhab dan pecahan baru.
Sejak zaman dahulu, prinsip imperialis Inggris ialah pembentukan sekta baru dan kelompok politik sesat. Contoh pembentukan mazhab politik baru adalah mewujudkan para mubaligh dan juga parti-parti gabungan. Dalam bidang agama, mereka membentuk sekta-sekta sesat seperti Baha'i, Qadiyan, Shaikhan dan lain-lain. Tujuannya adalah menyimpangkan ajaran Islam dan melogikkan perpecahan umat. Metodologi Inggeris yang lain ialah memanfaatkan ejen-ejennya di dunia Islam untuk kepentingan mata-mata dan kegiatan pengintip.
Puncak penyimpangan intelektual yang diciptakan oleh imperialis adalah menghapuskan hukum asasi dalam Islam seperti, jihad, amar makruf dan nahi munkar, kepentingan mendirikan negara Islam dan menggantikannya dengan sekularisme, dan juga konsep nabi terakhir, serta mempromosikan penafsiran-penafsiran keliru tentang qada dan qadar, kepasrahan, irfan, dan tasawuf.
Prinsip imperialistik ini masih memanfaatkan unsur-unsur yang menyimpang dan memperkuat penyimpangan pemikiran beberapa mazhab. Mereka juga mengerahkan talibarutnya ke berbagai negara Islam untuk melancarkan praktikal pengkafiran, tundingan bid’ah, dan fasik kepada seluruh umat Islam. Anasir-anasir ini telah menaburkan benih-benih perpecahan dan perselisihan di tengah umat Islam.
Kini, mungkin era membentuk sekta-sekta pecahan telah berakhir, meski pun para imperialis masih memanfaatkan senjata ini dalam beberapa peristiwa. Namun, pembentukan gerakan pemikiran dan ideologi moden, parti-parti gabungan, tokoh-tokoh revolusioner palsu dan penyeru kebebasan, merupakan jalan baru arogansi dunia untuk menguasai dunia Islam. Mereka menyebarkan pemikiran-pemikirannya dengan memanfaatkan sarana komunikasi dan kemajuan teknologi. Imperialis global juga berupaya memisahkan masyarakat Islam dari Islam sejati dan revolusioner dengan tujuan melemahkan mereka dari dalam. Kewaspadaan terhadap helah baru ini, yang diprioritikan terhadap pusat-pusat pendidikan, media, dan universiti, adalah tugas generasi baru dan harapan masa depan umat Islam.
B. Meruntuhkan dunia Islam dan pemecahan negara Muslim.
Pada zaman dulu, kuasa-kuasa besar memacakkan kekuasaannya atas dunia Islam dengan segala kelemahan dan penyimpangan yang mungkin, tetapi perwakilan kekuatan politik umat Islam bangkit melawan musuh-musuh Islam dan mempertahankan keutuhan wilayah Muslim dari dimusnahkan musuh.
Dinasti Uthmaniyah telah mendirikan sebuah pemerintahan yang kuat dan merangkumi Timur Tengah, Afrika Utara dan sebahagian besar dunia Ahlusunnah. Sementara itu pusat pemerintahan mereka bertempat di Turki. Di sisi lain, Syiah juga membentuk pemerintahan yang kuat di bawah dinasti Safawi dan kemudian berdiri pemerintahan Qajar.
Dinasti Uthmaniyah telah mendirikan sebuah pemerintahan yang kuat dan merangkumi Timur Tengah, Afrika Utara dan sebahagian besar dunia Ahlusunnah. Sementara itu pusat pemerintahan mereka bertempat di Turki. Di sisi lain, Syiah juga membentuk pemerintahan yang kuat di bawah dinasti Safawi dan kemudian berdiri pemerintahan Qajar.
Salah satu pengkhianatan besar penjajah dunia Islam dan umat Islam adalah memperlemahkan pemerintahan Syiah di Iran dan pendudukan terhadap sejumlah kota dan daerah di negara itu. Kaum imperialis memecah-mecah negara-negara Islam dan mencipta negara-negara kecil di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara. Konspirasi ini mempermudahkan imperialis untuk melakukan penjajahan askar ke negara-negara Islam.
Konspirasi tersebut merupakan pukulan terberat terhadap kemuliaan dan kekebalan muslimin. Barat semakin berleluasa menebarkan benih-benih permusuhan dan perpecahan serta mencipta sekta-sekta baru di tengah umat Islam. Pada masa kini, Barat juga berupaya membentuk Timur Tengah baru, membelah-bahagi Iraq dan secara keseluruhan dunia Islam. Amerika Syarikat, Eropa dan regim Zionis Israel mempersiapkan peta baru untuk memecah negara Islam. Konspirasi dan Peta Jalan ini masih boleh digagalkan dengan kewaspadaan dan perpaduan umat Islam.
C. Pencerobohan militer dan pendudukan.
Fenomena ini juga dilakoni oleh penjajah di beberapa belahan dunia Islam seperti, anak benua India sepanjang tiga abad lalu, dunia Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara, pasca runtuhnya Dinasti Uthmaniyah. Masalah ini telah menjadi sumber sengketa garis perbatasan, politik, mazhab dan suku serta menghalangi perpaduan dan kerjasama antara umat Islam.
D. Pembentukan pemerintah boneka.
Para kolonialis Barat menempatkan beberapa talibarutnya di negara-negara muslim yang tidak berhasil mereka takluki. Mereka ditempatkan melalui konspirasi dan kudeta untuk melaksanakan prinsip-prinsip imperialis dan penjaga kepentingan Barat di dunia Islam serta pemicu perpecahan dan konflik di tengah umat Islam. Konspirasi busuk ini dilancarkan di Iran dan Turki pada permulaan abad ke-20 dan mereka menempatkan talibarutnya seperti Reza Khan dan Kamal Ataturk untuk menjalankan misi imperialis.
7. Mencipta pemisah di tengah umat Islam.
Komunikasi, hubungan dan interaksi antara umat Islam serta dialog untuk mengenal akidah satu sama lain, akan mengikis sejumlah besar kesalahpahaman dan membantu pemahaman antara sesama.
Pada zaman dahulu tatakala sarana komunikasi masih terbatas, berbagai kabar angin dan kesalahpahaman mendominasi kaum Muslim yang dipisah oleh jarak, tapi sekarang, umat Islam boleh memahami dengan baik pemikiran-pemikiran saudaranya dan terlibat dalam berbagai seminar dan persidangan. Kini, mereka memahami bahawa kebanyakan perbezaan itu adalah sebahagian dari sengketa verbal dan bersifat sebelah pihak. Sementara itu ada banyak unsur kolektif yang akan menghubungkan mereka satu sama lain dan perbezaan sangat minimum jika dibandingkan dengan persamaan yang mereka miliki.
Pelaksanaan ibadah haji, yang termasuk sebagai ibadah agung Islam dan paksi tauhid serta kesetiakawanan muslimin, memiliki peranan yang sangat besar dalam menciptakan keakraban di kalangan umat Islam. Jika ritual ini dikelola dengan baik, maka ia sangat membantu misi pendekatan mazhab dan persatuan Islam.
Oleh: Hujjatul Islam Mir Aghaei (Penasihat Setiausaha Agung Forum Antarabangsa Pendekatan Mazhab-mazhab Islam).
Biography of Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri
Mohammad Ali Taskhiri Ayatollah was born in 1944 in the holy city of Najaf, Iraq. He acquired his primary and middle-level education from Najaf while for the acquisition of highest educational level of the Islamic Seminaray ( Hawzah) i.e. "Dars-e-Kharej" which contains advanced religious courses, he gained extensively from the renowned Ulama of Najaf Ashraf.
Taskhiri attained the university-level education on Arabic literature, Islamic law & Jurisprudence from the Fiqh College of Najaf Ashraf. Along with the acquisition of education, during his stay in the Islamic Seminary of Najaf Ashraf, he was also engaged in the teaching of the Islamic subjects. As regards the Arabic poetry and literature, he benefited from the distinguished mentors like Ayatollah Sheikh Muhammad Reza Muzzafar, Sheikh Abol Mehdi Matar and Sheikh Muhammad Amin Zain-ud-Din. Being fond of the Arabic poetry and literature at a tender age, he versified many Arabic odes and on diverse occasions delivered literary lectures at different forums of poetry and literature.
In the political arena, he played a dynamic role against the Bathist party of Iraq and for the same reason he was jailed and also given death sentence. But with the grace of Almighty Allah he was released later.
In 1971 he proceeded to the Qom Islamic Seminary in Iran and for ten years attended the lectures delivered by the leading Ulama like Ayatollah Golpayengani, Ayatollah Wahid Khurasani, and Ayatollah Mirza Hashem Amuli.
In the aftermath of the victory of the glorious Islamic Revolution in Iran, he fully got engaged in the cultural activities and the preaching of Islam, in Iran and elsewhere in the world. During this period, Ayatollah Mohammad Ali Taskhiri held different cultural, propagation and administrative positions and undertook various responsibilities.
Some of his responsibilities in political arena include: Representative Gilan province in the Assembly of Experts, Supreme leader's advisor in Islamic World's cultural affairs, Head of the Islamic Culture and Relations Organization from its establishment until 2001, International affairs director at the Islamic Ideology Propagation Organization, Member of Islamic Ideology Propagation Organization's Board of Trustees, Culture and Islamic Guidance Minister's advisor on international affairs, Secretary General of the Ahl-ul-Bayt (AS) World Assembly. Following appointment by the Supreme Leader of the Islamic Revolution he is now serving as the secretary general of the World Forum for Proximity of Islamic Schools of Thought.
Ayatollah Taskhiri has authored over 50 books on various Islamic topics including Islamic ideology, Fiqh (jurisprudence), Islamic economy and Islamic history. He has also penned some 350 articles on Islamic issues including unity. Many of his works have been translated into English, Urdu and other world languages.
Forum for proximity of Islamic Schools of Thought
Following the victory of the glorious Islamic Revolution in Iran which was a turning point in Islamic awakening according to the principal of the thoughts of Islamic Unity under the great leadership of Imam Khomeini (RA), a revolution which is not only related to all Muslims but also all the oppressed masses of the world, as per the advice of the Supreme Leader of the Islamic Revolution Ayatullah Khamenei, The World Forum for Proximity of Islamic Schools of Thought was established.
DEFINITION OF PROXIMITY AND MUSLIM UNITY
From the viewpoint of The World Forum of the Proximity of Islamic Schools of Thought, proximity of Islamic schools of thought entails closeness of the followers of Islamic sects with the aim of getting acquainted with one another in order to attain religious brotherhood according to the principles and common goals of religion. Muslim Unity entails co-operation among the followers of schools of thought while adopting joint approaches to reach the desired goals for the interests of the Muslim Ummah and confronting enemies of Islam.
BASICS OF PROXIMITY
The movement of proximity of Islamic schools of thought is basd on firm general principles, the most important one being:
1.The Holy Qur’an and Prophetic traditions, which are the basic sources
of Islamic Law. All Islamic schools of thought share commonalities in these
two elements and rely on them as their main and reliable reference points.
2. Belief in the principles and pillars being the criterion of a Muslim
a.Belief: Oneness of God the Almighty.
b.Belief in the Prophethood and the Holy Prophet (SAW) as the seal of
Prophets including belief in the traditions of the Messenger as one of the
mains sources of religion.
c.Belief in the Holy Qur’an and its concepts.
d.Belief in the Day of Judgment.
e.Not denying the necessaries of religion and submitting to the pillars of
Islam such as prayers, Zakat, Fasting, Hajj, Jihad…
3. Legitimacy of Jihad and freedom of debate and officially acknowledging
differences of opinion within the framework of basic Islamic sources.
4. To be bound to Islamic unity according to the mentioned definition.
5. The principle of brotherhood and Islamic morals in relations among
Muslims.
OBJECTIVES OF THE FORUM
OBJECTIVES OF THE FORUM
1.Assistance towards reviving and spreading Islamic culture and teachings
and defending the sanctity of the Qur’an and traditions of the Holy Prophet
(SAW).
2.Making efforts towards creating acquaintance and more understanding
among scholars, thinkers and religious leaders of the Islamic world in the
fields of beliefs, fiqh including on social and political fronts.
3.Spreading proximity ideas and thoughts among scholars of the Islamic
world and transferring that to Muslim masses while informing them of plots
aimed at creating divisions by enemies of Islam.
4.Solving pessimism and arguments among followers of Islamic schools.
5.Making efforts to strengthen and propagate the principle of Ijtihad and
deduction in religion.
6.Endeavor to co-ordinate and establish a joint front to confront the
propaganda plots and cultural onslaught of enemies of Islam.
PRINCIPLES AND VALUES OF THE FORUM
PRINCIPLES AND VALUES OF THE FORUM
1.The necessity of co-operations in all spheres to enable Muslims obtain
consensus and agree among themselves.
2.The need for joint concerted efforts and co-operation in confronting
enemies of Islam.
3.Abstaining from libeling one another as infidel and innovator.
4.Dealing respectfully on points of difference.
5.Freedom to select school of thought
6.Being bound by the culture of healthy dialogue and observing its rules
and manners.
7.Endeavor to encourage Muslims to implement proximity in all its
dimensions and ensure crystallization of its values in all aspects of life.
IMPORTANT ORGANS OF THE FORUM
IMPORTANT ORGANS OF THE FORUM
1.Supreme Council.
The Members of this council comprise of eminent thinkers of different Islamic Schools of Thought from various Islamic countries such as Iraq, Lebanon, Malaysia, America, Pakistan, Oman and Iran. They are mandated with setting the path and activities of the forum and oversee it.
2. General Assembly.
More than100 thinkers and Ulamaa from different Islamic schools of thought are members of this assembly and are charged with the important duty of studying the general issues and problems of the Islamic world and presenting solutions and programs of actions to the forum including management of such programs.
3. Secretary General.
The secretary general is the highest-ranking executive position of the forum and its holder is responsible for following up and implementing decisions and decrees of the Supreme Council, General Assembly and the management of all departments of the forum.
4.Departments.
5.The University of Islamic Schools of Thought.
This university, which is a fruitful outcome of action taken by this forum, was established in the year 13 74 (Iranian Calendar) in Tehran. Students from different Islamic countries in this university are engaged in studying Islamic Sciences in the field such as, Jurisprudence of Islamic Schools of thought, Qur’an and Hadith Sciences, Islamic History, philosophy and Islamic speech. While practically learning the culture of proximity and peaceful co-existence in Islamic communities coupled with Islamic brotherhood, they will be the cream of experts in Islamic seminaries and suitable propagators of the culture proximity in Islamic communities.
The Ministry of Education In Iran officially recognizes the academic certificates issued by this university. Its scientific board members are professors, scholars and thinkers coming from various Islamic Schools of thought. Meanwhile the university of Islamic Schools of thought has up to now conducted four courses and will soon have complete study programs. The graduates of this University have excelled scientifically and have obtained high marks in various scientific Olympiads.
SOLAWAT
ASSALAMOALAIKUM
ReplyDeleteThis is a fwd message as received...
I fully agree with the objects of the Forum. However I think that we need a Muslim United Nations.
The name does not matter. What we need is an International Organisation, which should settle the disputes of Muslim Countries.
The organisation should recruit a Panel of extremely Reputable Muslims who could be trusted to make honest decisions.
When a dispute arises between 2 Muslim countries, The organisation should ask each country to appoint an arbitrator. The organisation should then appoint an arbitrator from its panel.
The countries should give a written undertaking that they would accept the decision of the arbitrators. The arbitrators should try their best to form a unanimous verdict. However if the unanimous verdict becomes impossible, the decision of the majority should be binding on the disputing countries.