GERAKAN TERJEMAHAN
SEBAGAI GERAKAN INTELEKTUAL:
PERSPEKTIF SEJARAH
TRADISI INTELEKTUAL PARSI
Disediakan Oleh: Haji Mohd. Kamilzuhairi Bin Abd. Aziz
Disunting oleh: En.Ahmad Zanif Kamaruzzaman
Disunting oleh: En.Ahmad Zanif Kamaruzzaman
Dengan nama Allah
yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Gerakan
terjemahan sebagai gerakan intelektual: Perspektif sejarah tradisi intelektual
Parsi merupakan satu topik perbahasan yang amat menarik serta memerlukan
pengamatan yang begitu mendalam. Gerakan terjemahan sebagai gerakan intelektual
merupakan wahana untuk mendalami sesuatu ilmu secara halusi dan menyeluruh.
Perspektif sejarah tradisi intelektual Parsi Moden (sesudah kedatangan Islam) Islam
telah bermula sejak sekian lamanya. Ianya mempunyai kaitan yang amat rapat
dengan sirah Rasulullah saw. Bermulanya gerakan terjemahan sama sekali tidak
boleh dipisahkan dengan gerakan ilmu. Tanpa ilmu pengetahuan bagaimana sesuatu
gerakan terjemahan dapat dihasilkan. Ini dapat dijelaskan dari firman Allah swt
dalam surah Al-Baqarah (2): Ayat 1-2:
الم ذَٰلِكَ الْكِتَابُ
Alif laamm miim (Akulah Allah
maha mengetahui)
Itulah kitab (kitab yakni mahsub
(yang dihisab atau majmuk yakni yang dihimpun)*1
Al-kitab
bermakna Al-Quran yang menghimpunkan makrifat-makrifat alam. Hukum-hakam ilahi,
dalil-dalil aqli dan nasihat-nasihat akhlak yang memberi petunjuk kepada ummat
manusia ke arah kebahagiaan. Firman Allah swt, dalam Surah Al-Alaq (96): Ayat:
1-4
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ {1}
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ {2}
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ {3}
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ {4}
Yang bermaksud:
Bacalah dengan
(menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, (QS. 96:1)
Awal gerakan
ilmu dan intelektual di zaman mutakhir adalah ketika peristiwa Nuzul Al-Quran.
Inilah sejarah awal proses gerakan intelektual Ilahi mutakhir. Surah yang
pertama yang diturunkan oleh muallim awwal (tuhan yang mengajar dengan qalam
apa yang tidak diketahui manusia) memerintahkan supaya membaca dengan nama *2 tuhan, pemilik
yang mengatur segala urusan alam. Allah swt menegaskan agar ummat manusia
meletakkan ilmu pengetahuan sebagai perkara yang pertama yang perlu
didahulukan.
*1 Tafsir Majma’ Ul Bayan Jilid 1 Dan 2
*2
Tafsir
“Nemuneh” (Tafsir Contoh – Tafsir Karangan Ayatullah Makarim Syirazi)
Firman Allah swt dalam Surah
Al-Baqarah (2): Ayat:31
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى
الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ
صَادِقِينَ
(Surah :Al-Baqarah (2) Ayat: 31)
Yang bermaksud:
Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah
kepada-Ku
nama benda-benda
itu jika memang kamu orang yang benar!", (QS. 2:31)
Begitu juga
gerakan ilmu dan intelektual telah bermula dari nabi Allah Adam a.s. Gerakan
ilmu pada hakikatnya adalah dari Allah swt. Berdasarkan firman Allah dalam
surah Al-Baqarah, ayat 31 dijelaskan bahawa Allahlah yang telah mengajar kepada
Adam a.s akan hakikat semua benda yang ada.
Sabda Rasulullah saw: ( * Mustadrak
Sahihain Al-Hakim 126/3 )
انا مدينة العلم وعلي با بها فمن اراد المدينة فليأت البا ب
“Akulah
kota ilmu dan Ali adalah pintunya.maka barangsiapa
yang
ingin masuk ke kota, masuklah melalui pintunya.”
Telah menulis Ibnu
Abil Hadid Al-Muktazili tentang pintu kota ilmu nabi iaitu Ali bin Abi Thalib: “Sesungguhnya
anda mengetahui bahawa ilmu yang paling mulia ialah ilmu ketuhanan kerana
kemuliaan ilmu itu diukur dari kemuliaan maklumnya (yang merupakan subjeknya).
Dari kata-katanya ( Ali Bin Abi Thalib) diambil, dinukil, berakhir dan darinya
juga bermula.
Dalam
membicarakan persoalan ketuhanan, terdapat beberapa perbahasan. Perbahasan
ketuhanan dari pandangan golongan Muktazilah dapat dinyatakan bahawa golongan Muktazilah
(yang merupakan ahli tauhid dan keadilan ilahi dan merupakan empunya pandangan
bahawa manusia lain mempelajari kaedah ini dari mereka) adalah murid-muridnya
dan sahabat-sahabatnya; kerana pembesar mereka Wasil bin Ata’ adalah murid Abu
Hashim Abdullah bin Muhammad Ibnu Hanafiah dan Abu Hashim adalah murid ayahnya
dan ayahnya adalah murid Ali bin Abi Thalib. Dan adapun Ash’ariyyah susur galur
mereka sampai kepada Abu Hassan Al-Ash’ari murid Abu Ali Al-Jubba’i yang
merupakan salah seorang dari pembesar Muktazilah. Maka Ash’ari pun akhirnya sampai
kepada guru Muktazilah Ali bin Abi Thalib. Manakala Imamiah dan Zaidiah pula
perkaitan mereka dengan Ali bin Abi Thalib adalah sangat jelas.
Islam amat luas
dalam perbahasan ilmu. Antara perbahasan ilmu yang penting adalah dari perbahasan
ilmu feqah. Ali bin Abi Thalib adalah asasnya kerana sahabat-sahabat Abu
Hanifah seperti Abu Yusuf, Muhammad dan selain mereka telah berguru kepada Abu
Hanifah. Manakala Syafie berguru kepada Muhammad bin Hassan yang kembali feqahnya
kepada Abu Hanifah manakala Ahmad bin Hanbal berguru kepada Syafie yang kembali
feqahnya kepada Abu Hanifah. Manakala Abu Hanifah pula telah berguru kepada
Jaafar bin Muhammad As-Sadiq yang berguru kepada ayahnya sehinga sampai jalur
ilmu tersebut kepada Ali bin Abi Thalib.
Adapun Malik bin
Anas berguru kepada Rabeah yang berguru kepada Ikrimah dan Ikrimmah pula
berguru kepada Abdullah Ibni Abbas, yang mana Ibni Abbas pula berguru langsung
kepada Ali bin Abi Thalib. Begitu juga fekah Syafie bolehlah disusur galurkan
kepada Ali melalui Malik. Adapun kembalinya fekah syiah kepadanya adalah
jelas.*
Maka itu Ali Bin
Abi Thalib, Imam Muhammad AL-Baqir, Imam Jaafar As-Sodiq, Imam Ali Ar-Ridha dan
lain-lain tokoh ahlul Bait Rasulullah saw yang memperkenalkan diri mereka
sebagai “Tarjuman Wahyillah” yakni para penterjemah wahyu ilahi adalah
nama-nama yang tidak terkisah dari sumber-sumber keilmuan dan keintelektualan
Parsi yang sebahagian besar karya agung Parsi setelah Islam adalah terjemahan
dan penjelasan dari khazanah keilmuan ini.
Berdasarkan
susur galur sumber ilmu tersebut, dapat dijelaskan bahawa sumber asal ilmu
adalah dari Rasulullah saw sehinggalah ianya diwarisi hingga kepada Syafie, Abu
Hanifah, Ahmad bin Hanbal serta Malik.
* Syarh Nahjul Balaghah karya
Ibnu Abil Hadid. Jilid 1 m/s 23.
Dari sumber
sejarah, guru kepada Imam 4 mazhab iaitu Imam Jaafar bin Muhammad As-Sadiq (83H
- 148H) telah diracun dengan arahan Khalifah Abbasiah Al-Mansur. Imam Sadiq
telah mendapat kesempatan yang banyak untuk berdakwah di tengah-tengah
kebangkitan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umayyah dan kekuasaan
Bani Abbas dan ilmuan-ilmuan yang ramai di dalam pelbagai bentuk disiplin ilmu
telah dididik oleh beliau.
*Seramai 4 ribu para muhaddith
dan ilmuan telah berguru kepada beliau dan susur galur keilmuan imam mazhab-mazhab fekah di dalam Islam
kepada Ali bin Abi Thalib adalah melalui Imam Ja’far As-Sadiq.
*-Sihahul Akhbar m/s 44
-Daurus Sadiq fi Imamatil Islam wal Muslimin.
Di antara murid
beliau yang tersohor ialah “Geber”* atau Jabir Ibnu Hayyan bapa kimia moden
yang telah menulis sebuah kitab di dalam seribu helaian yang mengandungi 500
risalah Imam Ja’far Sadiq di dalam ilmu kimia. Jabir ibnu Hayyan adalah satu
dari keajaiban dunia dunia di mana seorang ilmuan dapat menulis 3900 tulisan di
dalam pelbagai disiplin ilmu.
*Jabir Ibnu Hayyan Al-Azdi (103H-200H)
dilahirkan di Tus, Parsi. Beliau kemudiannya berpindah ke Kufah dan Baghdad.
Jabir kemudiannya bekerja di istana Khalifah Harun Ar-Rasyid dan mendapat
dokongan Perdana Menteri, Al-Barmaki.
* Kecemerlangan ilmu dalam
Sejarah dan Tamadun m/s 63. Karya Fadhlullah Shuib.
Imam Abu Hanifah pernah berkata :
“Ja’far ibni Muhammad
adalah seorang yang paling fakeh pernah ku lihat.*1”
Imam Malik bin Anas berkata:
“Tidak pernah mata
melihat, telinga mendengar dan terlintas di dalam
hati seorang yang
lebih afdhal dari Ja’far bin Muhammad
As-Sadiq
dari segi ilmu, ibadah
dan wara’*2”
Telah berkata Khalifah Abbassiah
Abu Ja’far Al-Mansur…:
“ Tidaklah terdapat
di kalangan Ahlul Bait Nabi kecuali adanya Muhaddath
(dibicarakan
malaikat) dan Ja’far bin Muhammad adalah Muhaddath pada zaman ini.*3”
.*1
Jami’ Masanid Abi Hanifah 222/1
*2 Tahzibut Tahzib 104/2
*3 Tarikh Ya’qubi
Ini adalah adalah
suatu pengiktirafan Khalifah Abbasiah kedua akan keunggulan keilmuan Ahlul Bait
Rasul saw. Setelah pemerintahan Abbasiah berjaya menumbangkan kerajaan Bani
Umayyah dengan slogan “Mendapatkan keridhaan keluarga Nabi Muahammad” dalam
meraih simpati keturunan Alawi dan rakyat jelata ummat Islam ketika itu.*
Di sini kita
sebutkan beberapa ilmuan lulusan Institusi Keilmuan Imam Ja’far As-Sadiq :
1. Aban bin
Usman Al-Ahmar
2. Abu Ayyub Al-Khazzaz
3. Abu Subah Al-Kanani
4. Ibrahim bin Nuim Al Abdi
5. As Sakuni Ismail bin Abi Ziyad
6. Huraiz bin Abdullah Al Azdi As Sajistani
7. Zaid
As Shahkam, Abu Usamah Al Azdi.
8. Samma’ah bin Mehran Khadrami
9. Saif bin Umair An Nakhae
10. Asim bin Hamid Al-Hannat
11. Abdul Karim bin Amr Al-Khus’ami
12. Abdullah bin Bukair Ibnu A’yun
As Shaibani.
13. Abdullah bin Ya’fur Al-Abdi
14. Al Ala’ bin Razif Al Qala’
15. Imran bin Ali Al Halabi.
16. Muhammad bin Ali Al Halabi
17. Mu’min Taq bin Ali bin Nu’man.
18. Muhammad bin Qais Al Bajalli
19. Al-Hira’ Muad bin Muslim bin Abi
Sarah.
20. Muawiyah bin Wahab Al Bajalli
21. Mufaddal bin Umar Al Ju’fi
22. Mansur bin Hazim Al Bajalli.
23. Ya’qub bin Salim Al Ahmar.
24. Jamil bin Salih Al Asadi
25. Yahya bin Said Al Ansari
26. Abu Hanifah (Imam Hanafi)
27. Muawiyah bin Ammar Adduhani
28. Sufyan bin Uyainah.
29. Aban bin Taghlib
30. Syukbah
31. Ibnu Juraih
32. Hatam bin Ismail
33. Malik bin Anas
34. Hafs bin Khiyas
35. Abdul Aziz Ad Darawardi.
* Muhadharat Fit Tarikh Al Islami
33/3
* Dirasatwa Buhuth Mu’tamar Imam
Sadiq m/s 308
* Tarikh
PARA KHALIFAH
ABBASIYAH DI BAGHDAD 750M – 1258M
Nama
Tahun
Hijrah Tahun
Masihi
1. Abu Al-‘Abbas Al-Safah 132 750
2. Al-Mansur 136 754
3. Al-Mahdi 158 775
4. Al-Hadi 169 785
5. Harun al-Rasyid 170 786
6. Al-Amin 193 809
7. Al-Ma’mun 198 813
8. Al-Mu’tasim 218 833
9. Al-Wathiq 227 842
10. Al-Mutawakkil 232 847
11. Al-Muntasir 247 861
12. Al-Musta’in 248 862
13. Al-Mu’taz 252 866
14. Al-Muhtadi 255 869
15. Al-Mu’tamid 256 870
16. Al-Mu’tadid 279 892
17. Al-Muktafi 289 902
18. Al-Muqtadir 295 908
19. Al-Qahir 320 932
20. Al-Radi 322 934
21. Al-Muttaqi 329 940
22. Al-Mustakfi 333 944
23. Al-Mufi’ 334 946
24. Al-Ta’i’ 363 974
25. Al-Qadir 381 991
26. Al-Qa’im 422 1031
27. Al-Muqtafi 467 1075
28. Al-Mustazhir 487 1094
29. Al-Murtasyid 512 1118
30. Al-Rasyid 529 1135
31. Al-Muqtafi 530 1136
32. Al-Mustanjid 555 1160
33. Al-Mustadi’ 566 1170
34. Al-Nasir 575 1180
35. Al-Zahir 622 1225
36. Al-Mustansir 623 1226
37. Al-Musta’sim 640-656 1212-1258
Sumber: The
Encyclopedia of Islam,edisi baru,(1979),disunting oleh H.A.R. Gibb,J.H. Kramers, E. Levi-Provencal,J. Schacht. Volume
I,Leiden: EJ. Brill, m.s 21.
*Jadual
dari Kecemerlangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadaun Islam,
Karya Fadlullah Syuib m/s 26.
Ilmu-Ilmu Aqli di Zaman Parsi
Kuno
Mengikut
kata-kata sejarawan Yunani dan kajian ahli kaji purba, Iran memiliki kedudukan
yang penting dari segi keilmuwan di Negara timur tengah sejak zaman dahulu
lagi. Perhatian kepada ilmu dan falsafah Yunani di Iran mempunyai tempat yang
istimewa. Sebahagian daripada kitab-kitab ilmiah Islam dibawa masuk melalui
India dan Rom. Diantaranya seorang tabib yang bernama “Borzuid telah pergi ke
Hindustan untuk mengambil kitab Khalilah dan Dimnah dan telah membawa pulang
kitab tersebut bersama dengan kitab lain dalam bahasa Sanskrit. Pendek kata
orang-orang Parsi (Iran) memberi perhatian dan mempunyai minat yang tinggi di
dalam ilmu nujum (kaji bintang), perubatan, ilmu hisab, falsafah, seni lukis
dan ilmu-ilmu lain. Para sejarawan juga telah mengkhabarkan tentang kewujudan
sekolah-sekolah tinggi di zaman Parsi kuno. Diantaranya sekolah-sekolah di
Bandar Roha yang terletak di Bainun Nahrain, Madrasah Nasibi juga terletak di Bainun
Nahrain, Madrasah Jundisyspur yang terletak di Kurdistan / Rujistan.
Rujukan: Tarikh Sastera Iran.
SALMAN AL FARISI
Terdapat
perbezaan pendapat tentang usianya. Sayyid Al-Murtadha, dalam Al-Shafiy, mengatakan,
“Para ahli berita (akhbar) meriwayatkan bahawa Salman hidup selama lapan puluh
lima tahun sementara yang lain mengatakan bahawa beliau hidup lebih dari
seratus lima puluh tahun. Ada juga yang berpendapat usianya menjangkau lebih
dari empat ratus lima puluh tahun dan pernah hidup di zaman Nabi Isa a.s”.
dalam Majma’ Al-Bahrain disebutkan bahawa “Salman hidup selama tiga ratus lima
puluh tahun,tapi jumlah yang tidak diragukan adalh dua ratus lima puluh tahun”.
Sementara itu Ibnu Al-Atsir mengatakan bahawa beliau hidup selama dua ratus
lima puluh tahun. Yang diragukan adalah jumlah selebihnya. Tetapi hal itu
kemudian saya teliti dan jelaslah kepada saya bahwa masa hidup beliau tidak
lebih dari lapan puluh lima tahun.
Ibnu
Al-Atsir tidak menyebutkan sanad riwayat yang diterimanya dan saya kira dia
mengambilnya dari orang-orang yang menyaksikan salman dalam pelbagai pembebasan
sesudah Nabi (saw). Selanjutnya Ibnu Atsir mengatakan,”Salman berkahwin dengan
seorang wanita dari Kindah dan berbagai hal lainnya yang membuktikan masih
adanya aktiviti-aktiviti. Tetapi kalaupun ada ketetapan yang menunjukkan apa
yang mereka itu, semuanya itu merupakan hal yang menyimpang dari kebiasaan. Apa
alasannya? Abu Al-Syaikh dalam Thabaqat Al-Ishbahaniyyin, melalui jalur
Al-Abbas bin Yazid mengatakan bahawa orang-orang yang berilmu
mengatakan,”Salman hidup selama lapan ratus lima puluh tahun. Sedangkan jumlah
dua ratus lima puluh tahun sama sekali tidak diragukan….” Demikianlah.
IRAN KUNO
Bahasa Parsi
adalah dari keluarga bahasa-bahasa Indo Eropah yang meluas digunakan kira-kira
1000 BC (SM) di bahagian besar Eropah, Selatan dan Barat Daya Asia dan dari
abad kelima belas (pada pertengahan kedua) masihi di Amerika, Afrika dan
Oceania.
Di
antara bahasa-bahasa ini ialah bahasa Irani, cabang bahasa Irani ini meluas
digunakan di Iran, Afghanistan, bahagian utara antara Hungary dan Turkistan
China. Di antara cabang Irani yang paling tua ialah Avestae dan Parsi kuno di
mana Avestae adalah bahasa kitab Zorostrian manakala Bahasa Parsi kuno adalah
bahasa rasmi Darius Agung (522-486 SM) Khusyayarsya (486-465 SM) dan para
penggantinya.
Sebahagian
dari bahasa-bahasa Irani ialah Parsi, Pakistan, Kurdi, Asi dan Baluchi.
Bangsa Parsi
Pada
alaf kedua sebelum masihi telah muncul orang-orang yang bertutur dengan bahasa-bahasa
Indo Eropah di barat Iran yang kemudiannya gagal dikesan kewujudannya.
Pada
permulaan alaf pertama sebelum Masihi terdapat orang-orang Mad (Medians) dan
Pars telah menduduki kawasan barat Iran yang mana kawasan tersebut kemudiannya
dinamakan sebagai Fars lantaran majoriti penduduknya berbangsa Pars. Pada masa
tersebut juga, sekumpulan orang-orang Iran lain telah menempati kawasan timur
Iran.
Pada
penghujung abad ke 8 SM (Deioces) telah menubuhkan kerajaan (Medians) di
Hamedan. Kerajaan ini adalah pengikut kerajaan Assyrian. Pada permulaan abad ke
7 SM pula (Archaemed) telah menubuhkan kerajaan Parsi berhampiran wilayah Shush
dan kerajaan ini adalah mengikuti kerajaan Mad.
Pada
tahun 612 SM (Huwaxstra) yang ketika itu telah menguasai Nainawa, ibu negeri
Asyur telah menubuhkan kerajaan Mad yang merdeka. Khusyayarsya dari cucu cicit
Archaemed pada tahun 550 SM, dengan menguasai Astyages yang merupakan raja Mad yang
terakhir, kemudiannya telah menghapuskan kerajaan Mad dan telah menubuhkan
Archaemed. .
Ketika
kerajaan Mad masih memerintah di barat Iran,kerajaan Khwarazm telah tertegak di
timur Iran iaitu di Herat dan Marh. Kerajaan ini akhirnya dihapuskan oleh
Khusyayarsya yang kemudiannya meluaskan wilayah kerajaanya meliputi kawasan
ini. Khusyayarsya juga telah berkuasa ke atas bangsa-bangsa selain Iran. Kambujeh
(530-522SM) adalah putera dan pengganti Khusyayarsya dan telah meluaskan wilayah
jajahan ayahnya dan ketika pemerintahan Darius (522-486 SM) kerajaan
Archaemed ketika itu
memerintah wilayah yang luas di dunia ketika itu iaitu dari barat Habsyah, Mesir,
Libya yang bermula dari timur Sind, dari utara ke Lautan dan pergunungan
Cancesia,dari selatan ke teluk Parsi dan laut Oman. Archaemed ketika itu
menggunakan bahasanya iaitu Parsi kuno selain bahasa Akdi, Ilami dan Yunani dan
agama Zoroaster diamalkan pada ketika itu yang berkemungkinan agama ini
diterima oleh Khusyayarsya
yang memerintah dari tahun 486-465 SM dan kerajaan Archaemed pada tahun 331 SM telah menewaskan
Iskandar Makedoni.
Di masa Sasania,
hanya anak-anak orang kaya dan bangsawan yang berhak menerima pendidikan.
Rakyat umum serta kelas menengah tidak berhak mendapatkan pengetahuan dan
kehormatan.
Firdausi,
penyair epik Iran termasyur menulis suatu cerita dalam Syahnamah yang
memberikan kesaksian yang jelas tentang hal ini. Kisah itu berasal dari masa
Anusyirwan, yakni di masa keemasan Imperium Sasania. Cerita ini menunjukkan
bahawa majoriti rakyat Iran yang hamper merupakan keseluruhan penduduk tidak
mempunyai hak untuk menjadi orang terpelajar ataupun pencinta kearifan dan
keadilan. Anusyirwan tidak bersedia memperkenankan hak pendidikan kepada
kelas-kelas masyarakat lainnya.
Firdausi menerangkan falsafah
Anusyirwan yang ala Machiavelli itu dalam kata-kata raja itu sendiri:
Terjemahan Syair Parsi
“Apabila anak saudagar menjadi
pentadbir,
Seorang yang berseni, seorang
yang berilmu, seorang yang terpelajar,
Apabila putera kita menduduki
takhta,
Maka ia memerlukan seorang
pentadbir yang berjaya,
Jika si penjual kasut memiliki
kepandaian,
Maka mata yang melihat, telinga
yang mendengar akan tertumpu kepadanya,
Maka di tangan cendiakawan,
anaknya bangsawan tidak akan
kekal baginya kecuali hasrat dan kekesalan,
Maka kembalilah utusan dengan
segala dirham,
Hati si penjual kasut penuh
kesedihan melihat dirhamnya,
Menjelang malam, dengan penuh
kesedihan mengenang kata-kata sang raja,
Maka mengadulah ia kepada tuhan
yang maha kuasa.
Telah berkata Murtadha Mutahhari:
Faktor
penting lainnya bagi perkembangan kebudayaan Islam ialah faktor politik di mana
kerajaan-kerajaan zalim Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah yang menduduki tampuk
pemerintahan secara bukan hak telah merasakan keperluan yang mendesak kepada
sokongan rakyat di kalangan umat Islam dalam keadaan di mana Ahlul Bait
Rasulullah saw yang merupakan wali-wali yang berhak ke atas rakyat adalah lambang
keilmuan dan penjaga khazanah wahyu Ilahi. Sedangkan pemerintah ketika itu
tidak mempunyai apa kecuali ancaman dan sogokan. Maka dengan itu mereka telah
berusaha untuk menarik para ilmuan dan ahli-ahli fikir untuk memeriahkan
persada mereka dan dengan ilmu-ilmu Greek Rom dan Parsi mereka cuba untuk
menandingi Ahlul Bait Nabi saw.
Maka itu, pemikiran-pemikiran
falsafi yang berbagai, ilmu-ilmu dan teknik-teknik dengan motif yang pelbagai
melalui kawan dan lawan telah masuk ke lingkungan Islam dan umat Islam telah
membuat kajian, cedokan dan kritikan yang kemudiannya lahirlah wajah-wajah yang
bersesuaian di dalam alam ilmu dan falsafah dalam lingkungan Islam dan setiap
seorang dengan usaha yang berterusan telah mengembangkan satu cabang dari
ilmu-ilmu dan telah memperkayakan kebudayaan Islam.
*Melihat pemikiran falsafi dari
awal hingga zaman Islam.
Pengajian falsafah Misbah Yazdi Jilid 1,m/s 33.
Khalifah Harun
Al-Rasyid dalam kerangka Bayt Al-Hikmah telah mengarahkan beberapa penterjemah
seperti Abu Sahl Al Fadl bin Naubakht, Yuhanna bin Masawahy dan Yahya bin
Khalid Al-Barmaki untuk menterjemahkan karya-karya Parsi dan Yunani ke dalam
bahasa Arab.
Manakala Khalil
Totah pula menyebut bahawa Bayt Al-Hikmah hanya wujud di zaman Al-Makmun
(198-218 H = 813-833 M) dan selepasnya.
*Totah, (1926), m/s 17.
* Kecemerlangan Ilmu Dalam
Sejarah Dan Tamdaun Islam,(Pengisytiharan ilmu di
zaman Abbasiyah,750-1258h), Karya Fadlullah Syuib.
Bayt Al-Hikmah
Kebanyakkan
sarjana memisahkan Bayt Al-Hikmah di Baghdad sebagai Universiti pertama di
dunia Islam, abad pertengahan dan di dunia sekalipun. Menurut Nicholson, Bayt Al-Hikmah
merupakan Universiti Baghdad yang ditandai oleh kecemerlangan para profesornya,
perpustakaan dan balai cerap astronominya.
Latar belakang penubuhan Bayt Al-Hikmah
Said
Daywa’chi, penulis buku Bayt Al-Hikmah yang memetik fakta-fakta daripada Ibnu
Khallakan menyatakan bahawa Institusi Bayt Al-Hikmah di Baghdad di asaskan oleh
Khalifah kedua Abbasiyah, Abu Jaafar Al Mansur (136-158 H=754-775 M). Manakala
Naji Ma’ruf menegaskan Pengasas Bayt Al-Hikmah Baghdad ialah Khalifah Harun Ar
Rashid ( 170-194 H= 786 – 809 M). Beliau merujuk kepada keterangan Ibnu Nadim
dan Al-Qifti yang memaparkan bahawa era awal Abbasiyah dari tahun 754-847 M
dari Al-Mansur hingga Al Wathiq dinisbahkan sebagai era kegiatan penterjemahan
dan pemindahan budaya asing ke dalam budaya Islam.
Gerakan
terjemahan yang berlaku dengan proaktif dan produktif pada era itu adalah kesan
daripada pertembungan diantara tamadun Islam dengan tamadun asing terutama
melalui perluasan wilayah Islam yang meliputi wilayah yang dahulunya di bawah
empayar Romawi, Parsi, India dan lain-lain lagi.
Faktor
tersebut telah dibantu oleh perhatian besar Abbasiyah terhadap ilmu dan
falsafah. Khalifah Abdallah Al-Makmun dipercayai sebagai faktor terpenting yang
menyebabkan pesatnya perkembangan kegiatan intelektual khususnya penterjemahan
karya-karya asing ke bahasa Arab. Bermula dari keadaan inilah, terdirinya Bayt Al-Hikmah
di Baghdad yang pada tahap awalnya merupakan sebuah institusi terjemahan.
Inilah institusi penterjemahan yang pertama di dunia Islam.
Gerakan
terjemahan dalam suatu tempoh yang panjang terutamanya hasil-hasil terjemahan
di Bayt Al-Hikmah itu telah dilanjutkan dengan era penghasilan karya-karya
asli. Ini seperti kemunculan para Sarjana, filosof dan saintis muslim yang
terkemuka seperti Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Jabir bin Hayyan, Abu Bakr ar Razi,
Al-Farabi, Ibnu Sina, Ibn Haitham, Al-Biruzi, Al-Ghazali, Umar Khayyam
* Kecemerlangan Ilmu dalam
Sejarah dan tamadun Islam. Fadlullah Shuib. m/s 126
SAINS DAN FALSAFAH ISLAM:
PENGARUHNYA DI ZAMAN ABBASIYYAH
Jangkamasa
|
Era
|
Rumusan
|
132 H Berakhirnya Bani Umayah
|
Period Abbasyah yang diasaskan
oleh Al-Saffah.
Pengaruh Parsi
|
|
150 H
|
Wazir-wazir Barmaki (135-189 H)
Permulaan pengaruh Helenistik
|
Abbasyah : Era kegiatan
terjemah yang aktif hingga 820 M tahap 323 H = 846 M
|
187 H = Kejatuhan Barmaki
|
Qadariah Jabariah Wasil Bin
“Ata”
|
|
200 H = 815 M
|
Aliran Mu’tazilah
|
|
221 H =827 M
Doktrin Mu’tazilah Alquran
adalah makhluk
|
Tokoh-tokoh pengaruh Greek
Al-Asyras (M. D. 213 H)
Al-Nazzam (M. D. 231 H)
Al-Sulami (M. D. 220 H)
Al-Jahiz (M. D. 225 H)
|
|
217 H – 832 H
Institusi Bayt Al-Hikmah
diwujudkan di Baghdad
|
Abu Halaf (M.D. 226 H)
Abu Karram (M. D. 256 H)
Bermulanya aliran falsafah
Islam aliran Mu’tazilah di Baghdad
Kegiatan penterjemahan
Nestorian Zorostrian
Bahan-bahan Greek India & Parsi Greek
|
Dr. Soheil Afnan menjelaskan,
menjelang abad ke 10 M belakunya kebangkitan Parsi di dunia Islam (The Persian
Renaissance) yang mengusai Pusat Pemerintahan dan mempelopori kebangkitan
intelektual dalam berbagai bidang.
* Kecemerlangan ilmu dalam
sejarah dan tamadun Islam. Fadlullah Shuib, m/s 173.
* Afnan, M. Soheil (1958),
Aricenna, His Life and works, London: George Allen Unwin, m/s 9-10 dan 39-41.
Melihat kepada
sejarah tradisi intelektual Parsi telah bermula ketika zaman Rasulullah saw.
Dalam satu peristiwa ketika Rasulullah saw berkumpul dengan para sahabat. Maka Allah swt telah menurun wahyu kepada
Rasulullah saw melalui malaikat Jibril. Allah swt berfirman dalam surah
Muhammad. Ayat: 38 bermaksud:
وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا
أَمْثَالَكُم
“Jika kamu berpaling
dari agamamu, Allah akan menukar ganti
dengan kamu selainmu
yang tidak serupa denganmu.”
Ayat ini memberi
peringatan kepada kaum Arab yang turunnya Al Quran dikalangan mereka dan
didalam bahasa mereka sekiranya mereka tidak mengindahkan agama Islam, Allah
akan menggantikan mereka dengan satu kaum yang kuat keislamannya. Satu kaum
yang pastinya bukan bangsa Arab.
Salman Farsi
yang ketika itu duduk di sisi Rasulullah saw ditepuk pada paha kanannya oleh
Rasulullah saw seraya bersabda: “Dia dan kaumnya”.
Sabda Rasulullah saw:
لو كان الد ين معلقا با الثريا لتناوله اناس من ابنأ فارس
“Seandainya agama itu
bergantung di bintang suraya,
manusia-manusia dari keturunan Parsi akan
mencapainya.”
(Kanzul Ummal Jilid: 12,
hadis: 34130)
لو كان العلم بالثريا لتناوله رجال من فارس
“Seandainya ilmu itu bergantung
di bintang Suraya lelaki-lelaki Parsi akan mencapainya”
(Kanzul Ummal Jilid:
12, hadis: 34131)
Petikan kata-kata Murtadha
Muthahhari:
“Orang-orang Iran telah
menghabiskan tenaga mereka untuk Islam lebih dari bangsa lain dan di jalan ini
mereka telah menunjukkan kesetiaan dan keikhlasan di dalam dua aspek ini. Tiada
bangsa hatta bangsa Arab yang zahirnya agama di kalangan mereka pun tidak
sampai ke tahap orang-orang Iran. Telah banyak diperkatakan tentang khidmat
orang-orang Iran terhadap Islam tetapi sedikit sekali diberi perhatian bahawa
orang-orang Iran telah menghasilkan karya-karya agung ini di jalan khidmat
kepada Islam dan selain kekuatan cinta dan Iman tiada yang mampu menghasilkan
karya agung”
* Khidmat dua hala Islam dan Iran.
Murtadha Mutahhari m/s 373
SENARAI MADRASAH
SUNNI DAN SYIAH DI DALAM WILAYAH PARSI
SEJAK 1050 – 1250 M
Nama Madrasah Dinaungi Tempat
Shams-al-Islam Hasha (Hasan)
Babuya Syi’ah Rayy
Sadat Gilaki Syi’ah Rayy
Abu Al-Futuh Syi’ah Rayy
Fiqih Ali Jasti Syi’ah Rayy
Khawja ‘Abd Al Jabbar Mufid Syi’ah Rayy
Kooy Firuze Syi’ah Rayy
Khawja Imam Rashid Razi Syi’ah Rayy
Sa’d Selt Syi’ah Qum
Athir Al-Mulk Syi’ah Qum
Sayyid ‘Aziz Al Din Murtadha Syi’ah Qum
Imam Zain Al Din ‘Abd Al Aziz Syi’ah Qum
Ustad Abu Al Hasan Kumaj Syi’ah Qum
Shams Al Din Murtadha Syi’ah Qum
Sayyid Murtadha Kabir Sharaf Al
Din Syi’ah Qum
Sufiyyieh Syi’ah Kasyan
Madjdiyyieh Syi’ah Kasyan
Sharafiyyieh Syi’ah Kasyan
Aziziyyiah Syi’ah Kasyan
Ezzol Mulki Syi’ah Aveh
Arab Shahi Syi’ah Aveh
Radhawiyyieh Syi’ah Varamin
Nama Madrasah Dinaungi Tempat
Fathiyyieh Syi’ah Varamin
Nizamiyah Sunni Baghdad
Tajiyyah Sunni Baghdad
Nizamiyah Sunni Baghdad
Naysabur Sunni Baghdad
Nizamiyah Sunni Basrah
Nizamiyah Sunni Isfahan
Nizamiyah Sunni Balkh
Nizamiyah Sunni Herat
Nizamiyah Sunni Mosul
Malik Shah Sunni Isfahan
Khatun Mahd Araq Sunni Naisabur
Husain Bayhaqi Sunni Naisabur
Khurnu Gardi Sunni Naisabur
(Sayf Al Din Abu Nasr Muhammad
Ibnu Abi Al Kadir)
Sarwiyya Sunni Naisabur
Darwaza’I Araq Sunni Naisabur
Nizamiyah Sunni Marv
Nizamiyah Sunni Syah Jahan
Mansur Al Mustawfi Sunni Syah Jahan
Gorgan Sunni Gorgan
Khawja Najml Al Din (Hasan Amidi) Sunni Rayy
Malik Al Umara (jamal Al Din) Sunni Hamadan
Tughril Ibnu Muhammad Saljuqi Sunni Hamadan
Arsalan Ibnu Tughril Sunni Hamadan
Anus Shirwan Ibnu Khalid Sunni Kashan
Khatun Saljuqi Sunni Isfahan
Dar i-Mahal Sunni Kirmanshah
Arsalan Syah Sunni Kirmanshah
Muhammad Ibnu Arsalan Syah Sunni Kirmanshah
Abu Ja’far Ala’ al-Daulah Kalijar
(Doe Manareh) Sunni Yazd
Kyan Rosu Sunni Yazd
Ala Khan Sunni Yazd
Atabak Sam Sunni Yazd
Wardanrooz Sunni Yazd
Beltasiyyah Sunni Baghdad
Talshiyyah Sunni Baghdad
Suq al-Amid Sunni Baghdad
Mustansiriyyah Sunni Baghdad
*Sumer: Nakosteen, Mehdi, (1964),
History of Islamic Origins of Western Education A.D. 800 – 1350, Boulder,
Colorado, USA: University of Colorado Press, m.s. 43-44
PARA PROFESSOR
MADARIS NIZAMIYYAH
NAMA
GURU M.D MADRASAH
1.
Abu Ishaq Al-Syirazi 475 H Baghdad
2.
Abu Nasr Al-Sabagh 477 H Baghdad
3.
Imam Al-Haramain Al-Juwaini 478 H Naysabur
4.
Abu Al-Qasim Al-Dabusi 482 H Baghdad
5.
Abu Bakar Al-Khujandi 483 H Isfahan
6.
Muhammad Bin Thabit 483 H Isfahan
7.
Abu Bakar Al-Syasi 485 H Harat
8.
Muhammad Bin Ali 495 H Harat
9.
Abu ‘Abd Allah Al-Tabari 495 H Baghdad
10.
‘Abd al-Rahman Bin Ma’mun 498
H Baghdad
11.
Muhammad Al-Syirazi 500 H Baghdad
12.
Abu Zakaria Al-Tabrizi 502 H Baghdad
13.
Al-Hirasi 504 H Baghdad
14.
Abu Hamid Al-Ghazzali 505 H Baghdad
15.
Ali Al-Fasihi 516
H Baghdad
16.
Abu Fathi bin Burhan 518 H Baghdad
17.
Abu Said Al-Bazzar 520 H Baghdad
18.
Ahmad Al-Ghazzali 520 H Baghdad
19.
Ahmad Al-Maihani 527
H Merw
20.
Mu’in Al-Din Ibnu Razzaz 538 H Baghdad
21.
Mauhub Al-Jawahiqi 539 H Baghdad
22.
Muhammad Bin Yahya 548 H Naysabur
23.
Abu Sa’id Bin Abu Bakar 551 H Isfahan
24.
Syaraf Al-Din Al-Dimasyqi 557 H Baghdad
NAMA
GURU M.D MADRASAH
25.
Abu Al-Najib 563
H Baghdad
26.
Yusuf al-Dimasyqi 563
H Baghdad
27.
Radhi al-Din Al-Quzwini 575 H Baghdad
28.
Abu Barakat Al-Anbari 577 H Baghdad
29.
Abu Al-Khair Al-Qazwini 581 H Baghdad
30.
Ibnu Al-Mubarak 585
H Baghdad
31.
Muhy Al-Din Abu Hamid 586 H Mosul
32.
Ibnu Rabi’ 606 H Baghdad
33.
Yahya Ibnu Al-Qosim 616 H Baghdad
34.
Baha Al-Din Bin Syadad 632 H Baghdad
35.
Najma Al-Din Al-Bazirai 655 H Baghdad
36.
Abu Al-Manaqib Al-Zinjami 656 H Baghdad
37.
Syams Al-Din Al-Kaysyi 665 H Baghdad
38.
Nahid Al-Din Al-Faruqi 672 H Baghdad
39.
Majd Al-Din bin Jaafar 682 H Baghdad
40.
Syaraf Al-Din Al-Syahrastani 691 H Baghdad
41.
Ibn Al-Aqili Permulaan
tahun
800
H Baghdad
42.
‘Abd Allah bin Bakhtasy Akhir tahun
800 H Baghdad
43.
Al-Fairuzi Abadi 817
H Pembantu
Al-Bakhtasy
Di Baghdad
*Sumber : Syalabi, Ahmad, (1954,
History od Education Muslim Eduction, Bayrut: Dar Al-Kasysyaf , m.s 141-142)
Marilah kita
semua sepintas lalu menjengah ke dalam dunia pemikiran kebudayaan Islam yang
diwakili oleh pentas keilmuan, kebudayaan dan keintelektualan Parsi setelah kedatanagn
Islam.
Ahli-ahli Falsafah Islam dan
Parsi setelah Islam terbahagi kepada 2.
Diketuai
Syeikh Shahabuddin Suhruwardi kurun ke 6 H pengikut Plato. Tidak memadai dalam
mengkaji permasalahan falsafah dan khasnyah hikmah Ilahi dengan istidlal
semata-mata bahkan perlu kepada Suluk Qalbu Mujahadah nafs dan tasfiah untuk
menemukan hakikat-hakikat حكمة ذوقي (Hikmat Zuqi)
Al
Farabi di dalam kitab الجمع بين
الحكيمين (Himpunan Pandangan Dua Failosuf) menerangkan perbezaan
pandangan Plato dan Aristotile; tetapi perbezaan Ishraq dan Masha’
kebanyakkannya adalah masalah-masalah baru Islami (kecuali satu dua yang
berkenaan perbezaan antara Pluto dan Aristotile) Seperti ما هيت ووجود
2)
Masha’ (Periphetic)
Yakni Istidlaliyyun diketuai oleh Syekhul
Rais Abu Ali Ibnu Sina. Pengikut Aristotle ( Murid Plato)
* bergantung
kepada Istidlal (reasoning) dalam kajian permasalahan falsafah.
Diantara
terjemahan-terjemahan karya agung yang sangat dititik beratkan di dalam dunia
Parsi ialah terjemahan Nahjul Balaghah. Kitab
Nahjul Balaghah ini merupakan terjemahan khutbah-khutbah, surat, perintah dan
beberapa ucapan Ali bin Abi Thalib yang
dikumpulkan oleh Sayyid Radhi. Khutbah-khutbah Ali bin Abi Thalib dinilai dan
dihormati demikian tingginya di dunia Islam sehingga hanya dalam waktu seabad
setelah beliau meninggal, khutbah-khutbah itu telah diajarkan dan dibacakan
sebagai:
1. Kata
terakhir dalam falsafah
2. Ceramah-ceramah
bagi pembangunan watak
3. Sumber
inspirasi yang luhur
4. Khutbah-khutbah
meyakinkan ke arah taqwa
5. Mercu
penunjuk ke arah kebenaran dan keadilan
6. Karya
pujian yang menakjubkan tentang Rasulullah s.a.w.w dan Al-Quranul karim
7. Pembicaraan
yang menyakinkan tentang nilai-nilai spiritual Islam
8. Diskusi-diskusi
yang menakjubkan tentang sifat-sifat Tuhan
9. Karya
utama kesusasteraan
10. Model
seni retorika
11. Ketrampilan
berbahasa.
Menurut kitab
biografi yang termasyur, Rijal al-Kabir, orang yang pertama yang mengumpulkan
khutbah-khutbah ini dalam sebuah kitab ialah Zaid ibn Wahab Jahmi (M. 90H) yang
dipandang sebagai perawi Hadis. Jadi dalam masa 30 tahun setelah meninggalnya
Ali bin Abi Talib, dan selama abad pertama Hijrah, khutbah-khutbah, surat,
ucapan-ucapannya telah dikumpulkan, dikutip dan dipelihara.
Sehingga kini
tiada terjemahan Nahjul Balaghah seperti terjemahan ke bahasa Parsi. Di antara
terjemahan-terjemahan ini (samaada lama atau terkini) kita isyaratkan kepada
beberapa terjemahan.
1)
Terjemahan dan syarah Sayyid Ali
Naqi Feizul Islam yang tersohor.
2)
Terjemahan bebas dan menarik dari
pilihan kata-kata dan khutbah-khutbah Nahjul Balaghah yang terkenal di kalangan
para pemuda dan para pencinta sastera Parsi yang diterjemahkan oleh “Jawad
Fadhil”.
3)
Terjemahan dan syarah ringkas
Sepehv Khorasani di dalam 3 jilid oleh penerbitan Ashrafi dan terjemahan ke Bahasa
Inggeris diantaranya:
1.
Terjemahan Muhammad Asgari Ja’fari
yang telah di cetak di India; dan
oleh Perpustakaan
Masjid Jami’ Chekel Sutun Tehran.
2.
Terjemahan Syed Ali Ridha di dalam
2 jilid oleh Institut Antarabangsa Khidmat-Khidnat Islam,Tehran.
Himpunan Makalah Nahjul Balaghah dan
Pengumpul-pengumpulnya,m/s 188.
Bonyad Nahjul Balaghah,Tehran,1373 Syamsi.
FAKTA DARUL ILMI
Hendaklah
diketahui bahawa Darul Ilmi Sayyid Radhi telah ditubuhkan selama berpuluh-puluh
tahun sebelum penubuhan Nizamiah Baghdad yang telah ditubuhkan dengan
belanjawan yang banyak oleh Koja Nizamul Mulk Thusi.
Kebanyakkan
sejarawan dan penulis Biografi mengatakan bahawa Nizamul Mulk adalah orang yang
pertama di dalam Islam yang telah menubuhkan madrasah-madrasah untuk mengajar
ilmu agama, tetapi kita melihat bahawa Nizamul Mulk telah wafat pada 485 H
iaitu kira-kira 100 tahun setelah kewafatan Sayyid Radhi yang telah
melaksanakan perkara ini.
Rujukan : Himpunan Makalah Nahjul
Balaghah & Pengumpulannya. Muka Surat: 106
Selain dari
metode pemikiran Masha’ dan Ishraq terdapat metode-metode pemikiran lain di
dunia Islam yang punya peranan utama di dalam perubahan kebudayaan Islam yang
diantaranya 2 metode penting.
1)
Metode Irfan dan tasawwuf yang
menekankan تصفية
النفسpenyucian jiwa berasaskan suluk Ilallah dan taqarrub Ilalhaq
sehingga sampai ke hakikat dan tidak sesekali bersandar kepada istidlal.
“Kaki orang yang berpandukan dalil aqal adalah kaki palsu
dan kaki palsu sukar untuk berjalan.”
Mereka
mengatakan bahawa matlamat bukanlah kashfu
hakikat tetapi sampai ke hakikat.
Ba
yazid Bastami, Hallaj, Syilali, Juanid Baghdadi, Zunnun Misri, Abu Said
Abulkhair, Khojah Abdullah Ansari, Abu Talib Makki, Abu Nasr Sarraj, Abul Qasim
Qushairi, Muhyiddin Ibnu Arabi, Ibnu Faridh Misri dan Maulavi Rumi. Perwakilan
Irfan Islami yang memberi bentuk kepadanya sebagai satu disiplin ilmu ialah
Muhyiddin Ibnu Arabi
Manuskrip
Sahifah Sajjadiyah merupakan kumpulan doa-doa mat’sur yang berasal dari Imam
Ali Zainal Abidin bin Al-Hussain bin Ali bin Abi Talib, yang termasuk golongan
imam Ahlul Bait. Imam Syafie pernah menyebut mengenai Imam Ali Zainal Abidin
sebagai orang yang paling faqih di kalangan penduduk Madinah. Bahkan para
khalifah Bani Umayyah, Abdul Malik bin Marwan pernah berkata bahawa Imam Ali
Zainal Abidin sebagai: “Anda diberkati dengan kurnian ilmu, agama, sifat wara
yang tidak pernah diberikan kepada orang-orang seperti anda sebelumnya kecuali
orang-orang yang telah mendahului anda”.
Manakal
khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah berkata tentang beliu: “Lentera dunia
dan keindahan Islam adalah Imam Ali Zainal Abidin”.
1)
Terjemahan dan syarah Sahifah
Sajjadiah Sayyid Ali Naqi Feizul Islam, Tehran 1376S Markaz Nashre Asar Feizul
Islam
2)
Terjemahan Mahdi Ilahi Qamsheiy
Tehran, Institut Danesh Hoshar, 1383S.
3)
Terjemahan Abul Hasan
Sya’rani1378S Tehran. Bina
TERJEMAHAN
Inggeris.
1)
William Chittick, S Jactor, Qom,
Istisharat Ansariyan 1421H / 2000
2)
Ahmad Muhani dan Laleh Bakhtiari
Anjunam Imam Sahib Zaman, 1366S / 1977M
* Kitab Vaneh
Hazrat Imam Sajjad m/s 114 – 129, Salman Habibi, Majma’ Jehani Ahlul Bait.
1386S
Metode suluk irfani dan metode falsafi Ishraqi kedua-duanya bergantung
kepada penyucian jiwa (tahzibun nafs) tetapi berbeza antara satu sama lain
kerana irfan menolak sebarang istidlal. Tetapi falsafi ishraqi memeliharanya
dan baginya fikiran dan penyucian saling melengkapi satu sama lain.
Keduanya tujuan falsafi ishraqi sama seperti para filosof lain untuk
menemukan hakikat kashfu hakikat
كشف
الحقيقتtetapi tujuan arif ialah sampai kepada hakikat.
* Mengenal
Ilmuan Islam bahagian Falsafah, Murtadha Mutahhari. M/s 100 - 106
* Setelah Plato
dan Aristotle, murid-murid mereka telah bertungkus-lumus mengumpul, menyusun
dan mensyarahkan kata-kata guru mereka dan telah memakmurkan bazaar falsafah
tetapi situasi ini tidak berpanjangan dan kemorosotan di Greek ini telah
digantikan oleh Iskandariah yang telah menjadi pusat ilmu dan falsafah sehingga
kurun ke 4 masihi. Tetapi apabila emperator-emperator Romawi memeluk Kristian,
telah berlaku penentangan terhadap pusat-pusat pemikiran dan keilmuan
sehinggalah keluarnya arahan penutupan universiti-universiti dan
sekolah-sekolah di Athen dan Iskandariah
oleh emperetor Rom timur pada tahun 529 M.Maka dengan ini telah padam obor-obor
ilmu dan falsafah di tanah jajahan Romawi.
*Pengajian
falsafah jilid 1, Misbah Yazdi. m/s 32.
Sezaman dengan peristiwa ini telah berlaku peristiwa teragung sejarah
iaitu kelahiran nabi Islam saww, kerasulan dan penghijrahan beliau. Ayat
pertama turun telah menggesa umat manusia untuk menuntut ilmu. Umat islam
dengan dorongan nabi saw dan para penggantinya yang suci telah mempelajari
perbagai disiplin ilmu dan telah menterjemahkan warisan ilmu Greek, Romawi dan
Parsi ke bahasa Arab dengan kajian-kajian dan telah membuat penemuan-penemuan
di dalam Algebra, مثلثات هيأت مناظر ومرايا
fizik dan kimia.
* Mengenal ilmu-ilmu Islam
(falsafah Murtadha Mutahhari).
Metode Istidlal Kalami
Metode ini
seperti ahli-ahli falsafah masha’ bergantung kepada istidlal akli tetapi dengan
dua perbezaan.
Mutakallimin
khasnya muktazilah berpegang kepada ushulul ma’arif yang terpenting bagi mereka
yakni baik dan buruk (dengan perbezaan baik dan buruk syari’e bagi Ashairah dan
baik dan buruk aqli bagi muktazilah) yang berdasarkan ini mereka membawa
kaedah-kaedah seperti kaedah lutf dan wajib yang terbaik bagi tuhan.
Tetapi ahli-ahli
falsafah mengatakan asal buruk dan baik I’tibari
(redeutial) yang hanya diguna di dalam jidal
(debat) bukan di dalam burhan.
Maka itu mereka memanggil kalam sebagai hikmat jidali bukan hikmat burhani.
Keduanya, mutakallim
berbeza dari filosuf apabila memandang dari mereka sebagai komited (متعهد) untuk mempertahankan Islam sedangkan
filsafat adalah satu perbincangan bebas dari sebarang aqidah terdahulu.
Metode kalam ini terbahagi kepada
tiga:
i.
Kalam Muktazilah
ii.
Kalam Ash’ari
iii.
Kalam Syi’i
- Kalam Muktazilah antaranya:
Abul Huzail
Allaf, Nazzam Jahiz, Abu Ubaidah Muammar bin Munthanna pada kurun kedua dan
ketiga, Qadhi Abdul Jabbar kurun ke 4, Zamakhsyari akhir kurun ke 5 dan awal
kurun ke 6 yang merupakan Duta bagi muktazilah.
- Kalam Ash’ari
Manakala Syeikh
Abul Hasan Ash’ary (wafat 330 H) adalah manifestasi maktab Ash’ari, Qadhi Abu
Bakar Baqillani Al Juwainny, Imam Ghazali dan Fakhru Razi adalah orang-orang
yang berpegang kepada Metode Ash’ary.
- Kalam Syi’i
Ahli kalam Syi’i
juga ramai. Hisham bin hakam sahabat Imam Ja’far adalah mutakallim syi’i.
Keluarga Naubakhti berbangsa Iran adalah ahli-ahli kalam mahir. Syeikh Mufid (yang telah menghasilkan
400 buku), Sayyid Murtadha Alamul Huda adalah dari mutakallimin syi’i. Khoja
Nasiruddin Tusi adalah perwakilan sempurna bagi kalam syi’i yang mempunyai
kitab Tajrid Aqaid yang setelah beliau ilmu kalam telah menjadi mirip kepada
filsafat.
Hikmat Muta’aliah
Empat metode
pemikiran telah berterusan di dunia Islam sehinggalah bertemu di satu titik
pertemuan mewujudkan Hikmah Muta’aliyah yang telah diasaskan oleh Sadrul
Mutaalikin Syirazi (wafat 1050 H).
Di dalam Maktab
Mulla Sadra banyak perkara yang menjadi ikhtilaf di antara Masha’ dan Ishraq
atau di antara falsafah dan irfan atau diantara falsafah dan ilmu kalam telah
diselesaikan buat selama-lamanya.
Falsafah Mulla
Sadra bukanlah satu falsafah campur aduk tetapi adalah satu disiplin ilmu yang
khas dan walaupun metode-metode pemikiran Islam yang pelbagai berperanan di
dalam kewujudannya tetapi ia adalah satu sisitem pemikiran yang bebas.
Di antara
kitab-kitab Mulla Sadra ialah Asfor Arbaah, As Shawahid Rububiyah, Mabda’ dan
Maad, Arshiah, Mashair dan lain-lain.
Di antara
pengikut Maktab Mulla Sadra ialah Haj Mullah Hadi Sabzewari tuan punya kitab
Manzumah (1212H-1297H). Kitab Syarah Manzumah Sabzewari, Kitab Asfor Mulla
Sadra, Kitab Isyarat Ibnu Sina, Kitab Syifa’ Ibnu Sina dan Kitab Hikmat Ishraq
Syeikh Ishraq adalah kitab-kitab buku teks di Hauzah-Hauzah ilmiah tradisional.
Di antara
kerja-kerja Mulla Sadra ialah memberi sistem kepada perbahasan-perbahasan
falsafah yang merupakan suluk pemikiran dan Akly mirip kepada yang dilakukan
Urafa di dalam Suluk Qalbu dan Rohani.
Urafa’ percaya bahawa ahli Suluk
dengan metode Irfani menjalani 4 perjalanan.
1.
سفرمن
الخلق الي الحق (perjalanan dari makhluk kepada tuhan) yakni dengan melintasi
tabiat dan sebahagian dari alam-alam ما ورأ الطبيعي
(alam metafizik) hingga sampai kepada zat yang hak dimana tiada lagi hijab di
antaranya dengan hak.
2.
سفر با لحق
في الحق (perjalanan dengan hak
di dalam hak). Setelah ahli suluk mengenal zat yang hak dari dekat (dengan
pertolongannya), ia mula berjalan mengembara di dalam urusan, kesempurnaan-kesempurnaan
Asma dan sifat-sifatnya.
3.
سير من
الحق الي الخلق بالحق (perjalanan dari hak menuju makhluk dengan
hak). Ahli Suluk kembali kepada makhluk tetapi kembalinya tidak bermakna
terpisah atau berjauhan dari zat yang hak. Ia melihat zat yang hak bersama
semua benda dan di dalam semua benda.
4.
سير في
الخلق بالحق (perjalanan di dalam makhluk dengsn hak). Di dalam perjalanan
ini ahli suluk menumpukan diri kepada tunjuk ajar dan hidayat orang ramai dan
menyampaikan mereka kepada hak.
Maka Mulla Sadra telah
membahagikan masalah-masalah falsafah. Oleh kerana berfikir ialah satu bentuk
suluk walaupun secara minda kepada 4 bahagian.
- Masalah-masalah
pendahuluan Tauhid yakni perjalanan fikiran (perkara-perkara umum falsafah / من الخلق الي الحق )
- Perbahasan
Tauhid, Makrifat Tuhan dan Sifat-sifat
Ilahi (سيو بالحق في الحق
(
- Perbahasan
Af’al Tuhan, alam-alam kully wujud (
سير من الحق الي الخلق بالحق
)
- Perbahasan
jiwa (Nafs) dan Maad (سير في الخلق بالحق
)
Kitab Asfar Arbaah adalah
bedasarkan tertib sebegini.
Mulla Sadra telah memanggil
falsafah Mashmur sebagai فلسغة عامية / فلسفة متعارفة (falsafah biasa).
Sadr Al-Din
Syirazi (d 1050/1640) known as Mulla Sadra and Sadr Al-Muta’allihin, was the
philosopher who, after centuries of philosophical development in Islam, brought
complete order and harmony into the discussion of philosophical and systemized
then like mathematical problems and at the same time wed philosophy and gnosis,
thereby bringing about several important developments, the gave to philosophy
new ways to discuss and solve hundreds of problems that could not be solved
throughperpatetic philosophy. He made possible the analysis questions which to
that day had been considered as belonging to a domain reason and beyond
comprehension through rational thought.
He clarified and
educated the meanings of many treasuries of wisdom, contained in the exoteric
sources of religion and in the profound metaphysical utterances of the Imams of
the household of the prophet, that for centuries had been considered as
insoluble riddles and usually believed to be of an allegorical or even unclear
nature. In this way gnosis, philosophy and exoteric aspect of religion were
completely harmonized and began to follow a single course.
- Transubstantial
motion “(harakat-I jawhariyah) and intimate relation of time to the three
spatial dimensions in a manner that in similar to the meaning given in
modern physics to the fourth dimension.
It should be
rated here that before Mulla Sadra certain sages like Suhrawardi the 6th/12th
century philosopher and author of Hikmat Al Ishraq and Shams Al-Din Turkeh, a
philosopher of the 8th/14th century had taken steps
toward harmonizing gnosis, philosophy and exoteric religion but credi for
complete success in this undertaking belong to Mulla Sadra.
He wrote nearly
fifty books and treatises among his greatest masterpieces is Al-Asfar
Al-Arabaah.
*Shia, Allamah Muhammad Husayn Thabatabai pg 110.
Tokoh Teologi Tersohor Yang Telah
Merapatkan Jurang Diantara Teologi Dan Falsafah Ialah Khoja Nasiruddin Thusi
Nashiruddin Muhammad bin Muhammad
ibni Al-Hasan Ath-Thusi lahir di Thus, Khaurasan pada 597 H. Filisof dan
teologi terkemuka Syiah dan dikenal luas di kalangan sunni.
Pandangan-pandangannya sebelum Mulla Sadra dianggap sebagai cermin pemikiran keagamaan
syiah. Pemergiannya ke Baghdad untuk mengumpulkan kitab dalam rangka mendirikan
dan menyempurnakan observatoriumnya di Maraghah mengadakan hauzah filsafat di
Baghdad. Antara karya-karyanya ialah:
- Tajrid
Al-I’tiqad (antara yang dikomen oleh Qursyaji (teologi terkemuka sunni))
- Syarah
Al-Isyarat
- At-Tadzkirah
- Ikhtiyarat
Al-Muhimmat (parsi)
- Istikraj
At-Taqwim
- Bist
Bab (parsi)
- Tajrid
Al-Haudasah (senibina)
- Al-Jabr
Wa Al-Ikhtiyar
- Ar-Risalah
Al-Mu’iniyah
- Zudreh
Al-Idrak fi Hai’ah Al-Aflak (astronomi, parsi)
- Si
Fashl (parsi)
- Kitab
Al-Zhaf fi al-Jabr wa Al-Muqabalah.
- Al-Mu’thayat
- Rasa’il
Al-Khawajeh Ath-Thusi. Beliau adalah pengkritik tajam Fakhrud-Din Ar-Razi
dan mengungkapnya di dalam sebuah buku dan risalah. Meninggal dunia di
Baghdad dan dikebumikan di Kazhimain.
Rujukan: Para filosof, Muhsin
Labib m/s 131.
Khawajah Nasir Al-Din Tusi (b.
597, d 672 H/ 1274H) is the first to have made Kalam thorough and complete
science. Among his masterpieces in this domain is his Tajrid Al-Aqaed which has
preserved its authority among master in this discipline for more than seven
centuries. Numerous commentaries have been written on it by shi’ite and sunnis
alike. Over and above his genius in science of Kalam, he was one of the
outstanding figures of his day in philoshy and mathematics as witnessed by the
volueble contributions he made to the intellectual sciences. Moreover, the
Moraghah Observatory owed its existence to him.
Shi’a- Muhammad Husayn
Thabatabai, pg 110.
Bandar
Qom merupakan Bandar ilmu yang terulung sejak beratus tahun lamanya. Terdapat
pelbagai sumber ilmu yang boleh didapati dari Bandar Qom antaranya pusat-pusat
penterjemahan, percetakan buku, pusat pengajian ilmu, perpustakaan serta tempat
pengumpulan manuskrip lama dan makam seorang wanita mulia iaitu Fatimah binti
Musa ibnu Ja’far iaitu adik kepada Imam Ali Ar-Ridha yang menjadikan faktor
utama keberkatan kepada Kota Qom.
Antara
aktiviti dan program yang telah dijalankan di Pusat Penterjemahan Al-Quran
adalah seperti berikut:
- Pengumpulan
dan percetakan terjemahan Al-Quran
- Pengajian
berkaitan terjemahan Al-Quran
- Perpustakaan
khas berkaitan terjemahan
- Kumpulan
penterjemah dan linguistik
- Bank
maklumat berkaitan terjemahan Al-Quran
- Perkembangan
penterjemahan
- Jurnal
Tarjuman-e Wahy
- Bibliografi
terjemahan manuskrip Parsi
- Percetakan
terjemahan Parsi dan lain-lain Bahasa
Syeikh Abdul Karim Haeri (Pengasas Hauzah Qom)
Qom bukan
semata-mata kota “Hauzah” (institusi Ilmu Agama) kerana usia Hauzah Qom
hanyalah lebih sedikit dari separuh abad (100 tahun). Apabila ia diasaskan oleh
Syeikh Abdul Karim Haeri yang wafat pada tahun 1355 H sedangkan usia Kota Qom
telah mencapai lebih dari 13 abad.
Pusat
pengajian atau Hauzah yang telah diasaskan oleh Syeikh Abdul Karim Haeri
dikatakan mempunyai 900 pelajar yang dipanggil “Talabah” (pelajar agama) yang
kebanyakkan keperluan mereka dibiayai oleh Syeikh Abdul Karim Haeri dan mereka
akan menduduki peperiksaan setiap 6 bulan dan pada hujung tahun.
* Sumber: Qom & The Virgin of
the City.
Pusat Penterjemahan Al-Quran.
Pusat
Penterjemahan Al-Quran ini telah diasaskan pada tahun 1994 oleh Awqaf dan Charities
Organization of the Islamic Republic of Iran di Bandar Qum. Pusat ini
bertanggungjawab menjalankan proses menyediakan pendidikan yang
komprehensif dalam menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan penterjemahan Al-Quran dan kesalahan yang biasa dilakukan
dalam penterjemahan Al-Quran dalam interpritasi yang dilakukan oleh
penterjemah. Pusat Penterjemahan ini mempunyai matlamat jangkamasa panjang
untuk menghasilkan penterjemahan Al-Quran yang berkualiti dalam pelbagai bahasa
dunia. Sehingga hari ini ia telah
menghasilkan penterjemahan Al-Quran melebihi 4,306 terjemahan yang dihasilkan
oleh 977 penterjemah ke dalam 101 bahasa. Proses penterjemahan ini telah
berjaya dihasil atas kerjasama yang baik yang telah diberikan oleh para alim
ulamak serta institut seluruh dunia. Inilah usaha yang amat unik yang dapat
dihasilkan melibatkan pelbagai aliran pemikiran dan kefahaman dalam
menghasilkan terjemahan Al-Quran yang terbaik untuk umat Islam seluruh dunia.
Selain itu
pusat ini juga telah mencetak 3 juta naskah Al-Quran untuk disediakan kepada
komuniti umat Islam seluruh dunia. Usaha yang berterusan ini amat penting dalam
memelihara kesucian Al-Quran yang mana ianya merupakan peninggalan yang
terpenting oleh baginda Rasulullah saw. Mengikut rekod sejarah berkaitan
terjemahan Al-Quran, terjemahan yang pertama yang dihasilkan di dunia
Parsi dihasilkan oleh sekumpulan ulamak
pada zaman Mansur ibn Nuh iaitu Raja Samanid (350–365 / 961– 976). Terjemahan
ini masih lagi ada hingga ke hari ini dan ianya dikenali sebagai Terjemahan
Tafsir Tabari di dalam bahasa arab.
Di Bandar Qom
juga terdapat sebuah perpustakan yang menjadi khazanah terpenting Negara iaitu
Perpustakaan Ayatollah Uzma Najafi Mar’asyi. Di perpustakaan tersebut terdapat
50,000 manuskrip yang merupakan koleksi peribadi Ayatollah Najaf Mar’asyi yang
telah menjadi warisan yang amat bernilai kepada umat Islam keseluruhannya.
Sebelum kemenangan
Revolusi Islam Iran, segelintir pelajar-pelajar agama bukan warga Iran berada
di “Hauzah” (Pusat Pengajian Agama) di Kota Qom. Setelah revolusi ramai pelajar
luar negeri telah pergi ke sana untuk menuntut ilmu.
Pada 1358 (SM)
/ 1979 “Syura Penajaan Pelajar Bukan Iran” telah ditubuhkan di Hauzah Ilmiah
Qom dan dengan perhatian Almarhum Ayatollah Ruhullah Imam Khomeini r.a ia telah
diperkukuhkan dan dimajukan lagi sehingga tahun 1986 ia dinamakan sebagai “Pusat
Pengajian Islam Sedunia”. 7 tahun berikutnya iaitu pada tahun 1993 di zaman
kepimpinan Ayatollah Uzma Sayyid Ali Khamanei beliau telah memberi perhatian
yang istimewa kepada institusi ini di mana pengarahnya dipilih secara lantikan
terus dari pihak beliau.
Pada ketika
ini lebih 10,000 pelajar luar negara dari pelbagai negara dunia sedang menuntut
ilmu di bawah institusi ini dan mereka telah mempelajari dan menguasai bahasa
Parsi serta membantu di dalam kerja-kerja penterjemahan kitab-kitab ilmiah ke
pelbagai bahasa. Pada masa sekarang institusi ini dinamakan “Jami’atul
Mustafa”.
Pusat percetakan
buku terulung di Bandar Qom ialah Ansariyan Publication. Ianya telah ditubuhkan
sejak 30 tahun yang lalu. Pusat percetakan ini memainkan peranan yang penting
dalam menghasilkan karya-karya serta hasil-hasil tulisan dan terjemahan ke
dalam bentuk bahan bercetak. Pengasas kepada Ansariyan Publication adalah dua
orang tokoh penting disebalik penubuhannya iaitu Ayatollah Tabataba’iy dan
Professor Mahmoud al-Shihabi.
RUMUSAN
Sebagai
rumusan pembentangan kertas kerja ini, saya amat berharap pihak Institut
Terjemahan Negara Malaysia mempergiatkan lagi kerjasama yang sedia ada dengan
institut terjemahan di Negara Iran. Ini penting agar khazanah ilmuan Islam yang
sekian lama terpendam dapat dimanfaatkan oleh rakyat Negara kita tanpa mengira
latarbelakang agama, bangsa dan fahaman yang dipegang. Diharap dengan adanya
terjemahan manuskrip-manuskrip lama ilmuan Islam ini yang mana kebanyakkan dari
mereka berbangsa Parsi dapat memupuk dan menggalakkan budaya ilmu di Negara
kita selaras usaha menjadikan Negara kita sebagai Negara maju.
Setakat
ini yang mampu disediakan untuk sesi pembentangan pada kali ini. Memandangkan
keterbasan masa untuk menyediakan pelbagai sumber maklumat ilmu yang mana
sekiranya kita ingin membahaskannya secara terperinci maka sebuah ensiklopedia
perlu diterbitkan bagi membicarakan topik ini secara lebih menyeluruh. Sebagai
contoh tokoh-tokoh yang amat terkenal dalam masyarakat Parsi seperti Allamah
Thabatabai, Ayatollah Murtadha Muthahhari serta tokoh yang telah menggegarkan
dunia serta telah dianugerahkan sebagai “Man of the Year” oleh majalah Times
iaitu Almarhum Ayatollah Khomeini. Jika kita ingin membicarakan tentang
tokoh-tokoh ini memerlukan masa yang lebih lama di atas sumbangan mereka kepada
dunia Islam.
No comments:
Post a Comment