Saturday 26 November 2011

Pemfitnah Bersiri buta sejarah & Abdullah bin Saba' di sisi Taha Hussein Terang Hati





                

                                                                            SOLAWAT

1 comment:

  1. "Mu'awiyah tidak pula segan mempergunakan alat-alat yang lain.Orang-orang yang dirasanya akan banyak bicara, membantah atau menghalangi langkahnya,diberinya wang banyak-banyak,atau diberinya negeri, diberinya kekayaan sehingga telah rintang dengan kekayaannya itu saja. Banyak teman Ali sendiri yang lari kepada Mu'awiyah. Ali tidak mahu berbuat begitu, dia mahu secara jujur, secara terus terang, sepeser pun harta kaum muslimin tidak hendak di belanjakan buat keperluan dirinya sendiri.
    Pemerintah Ali adalah pemerintah idealitis dan pemerintahan Mu'awiyah ialah politik yang di dirikan dengan sepenuh-penuh tipu daya buat merebut kekuasaan dunia.

    Politik semacam dipakai Mu'awiyah itulah yang dianjurkan oleh Machiavelli dengan bukunya"Jadi Raja" yang masyur itu, beratus-ratus tahun kemudian.

    Dan harus diakui bahawa Mu'awiyah memang seorang ahli negara yang jarang tandingannya.Kerana pintarnya dapatlah dia menurunkan jabatan mulia itu untuk anak-anak dan keturunannya.

    Kemenangan Ali ialah didalam riwayat,kemenangan Mu'awiyah di waktu hidupnya."

    ..Tahun 26 H, lahirlah anaknya iaitu Yazid .Dia hanya suka berburu, bersenda gurau dengan perempuan-perempuan cantik dan bersyair. Dia memang fasih dan memang sangat ahki bersyair.

    Seketika dia(Mu'awiyah) akan meninggal dipesankan kepada anaknya itu bahawa 4 orang itulah musuh yang besar. Ditunjukkan pula cara menghadapinya satu persatu.
    Husain bin Ali ,tangkap saja jangan di bunuh kalau dia tidak melawan, beri belanja secukupnya.
    Abdullah ibnu Umar, tidak begitu berbahaya, sebab dia seorang yang sangat taat kepad Tuhan, dia sangat sudi mencari jalan akhirat.sebab itu janganlah di ganggu akhiratnya, supaya jangan diganggunya dunia kita.
    Abdul-Rahman ibn Abu Bakr, adalah seorang pemuda yang tidak tahan hati melihat perempuan cantik .Sebab itu asal saja di palut dirinya dengan harta dan perempuan, tentu akan tertutup.
    Tetapi yang lebih berbahaya di antara berempat ialah Abdullah ibn Zubair. kalau musuh yang seorang ini di biarkan ,amat akan celaka, sebab itu kalau bertemu hendaklah bunuh betul-betul , cincang, jangan di beri ampun.
    Itulah setengah dari wasiat politiknya."

    .."Setelah mendengar bahawa Husin tidak dapt mengurungkan niatnya lagi, maka Yazid mengirim tentera, di kepalai oleh Ubaidillah bin Zayyad. Di satu tengah padang yang bernama Karbala, bertemulah kedua belah pihak.Pada hal tentera Husin sedikit jumlahnya, yang terbanyak hanyalah kaum kerabatnya, anak dan isterinya saja.Husin mati terbunuh di situ, kepalanya di ceraikan dari badan dan di bawa ke Damshik ke hadapan Yazid.
    Setelah itu Yazid memerintahkan Muslim ibn Okbah , seorang kepala perang yang amat bengis buat menyerang negeri Madinah.
    Sebab orang Madinah tidak suka mengakui kekhalifahan Yazid dan dianiayanya kaum Bani Umayah yang menjadi wakil kerajaan di Madinah. Maka berangkatlah tentera itu menyerang Madinah, tidak mengenal ampun sedikit juga.Di padang Hurrah di luar kota, terjadilah pertempuran yang sengit, beribu-ribu penduduk Madinah, dari Muhajirin dan Ansar habis di bunuhi.
    Tiga hari tiga malam lamanya tentera yang menang itu bermaharaja lela berbuat sesukanya di kota Rasulullah yang suci itu.
    Setelah selesai penyerangan yang amat kejam itu, Muslim di titahkan menyerang negeri Mekah, kerana memerangi Abdullah bin Zubair yang telah mendakwakan dirinya menjadi khalifah di negeri itu.Tetapi sebelum Mekah di kepung , Muslim ibn Okbah itu mati di tengah perjalanan.Tentera yang tinggal tidak berhasil melangsungkan maksudnya , lalu mundur."
    (PETIKAN DARI BUKU "SEJARAH UMAT ISLAM"
    KARANGAN HAMKA. 1965)

    Layakkah Mu'awiyah dikatakan r.a @rahimullah?

    ReplyDelete